Tuesday, August 3, 2010

Tidak Pulang


Baru sahaja pulang dari solat Zohor..

Telefon saya berdering..

Uztaz Majdi memaklumkan pada saya :

“ana dah survey tiket Mesir-Makkah-Malaysia,ada tiketnya”

Alhamdulillah,rasa bersyukur bila mendengar khabar berita sebegitu..

Di dalam hati saya cuma tinggal untuk risaukan keadaan kewangan yang perlu diuruskan untuk kembali pulang ke Malaysia.


“tapi..”

“tapi,kenapa,ustaz?serba kekeliruan saya dibuatnya

“harganya mahal sangat..8000 genih..itu sahaja yang tinggal,1st class punya flight”ustaz Majdi menambah..


Allahuakbar..terdiam saya seketika memikirkan harga sebegitu mahal..one way sahaja sudah sebegitu mahal.

Saya cuba bertanyakan tiket lain untuk pulang ke Malaysia,namun itulah sahaja yang tinggal untuk pulang selepas tamat bulan Ramadhan..selebihnya penuh..

Saya ubah perancangan untuk pulang ke Mesir dahulu sebelum bertolak pulang ke Malaysia..Ustaz Majdi pula cuba mencarikan tiket untuk pulang lebih awal ke Mesir setelah tamat Ramadhan.

Namun,itulah ketetapanNya..saya dimaklumkan sekali lagi tiada tiket untuk pulang awal ke Mesir melainkan 17/9..tarikh dimana rombongan umrah yang saya sertai pulang ke Mesir.


Petang itu juga saya menelefon secara online emak&ayah..rasa bersalah tidak dapat pulang untuk menjenguk mereka..

Seawalnya,emak & ayah bersungguh meminta saya pulang atas sebab-sebab tertentu..namun,atas ketiadaan rezeki,terpaksa mengecewakan hasrat mereka untuk melihat si anak pulang..


Alhamdulillah,setelah perbincangan,mereka lebih memahami..rasa tenang bila mendengarkan suara mereka yang memahami hasrat si anak yang ingin mengerjakan umrah terlebih dahulu.

Akhirnya,saya mengambil keputusan tetap untuk tidak pulang ke Malaysia pada tahun ini.

Biarlah hasrat pulang ke tanah air itu ditangguhkan selepas tamat Tahun 3 nanti..Mudah-mudahan ada rezeki.



PENANTIAN

Tidak sabar saya menantikan untuk menjadi tetamu Ilahi..

Sudah saya nekadkan di hati untuk melaksanakan umrah di akhir Tahun 2 ..biarlah itu diawalkan sebelum saya bercadang untuk ke mana-mana negara ketika cuti semester nanti.

Pernah jua terlintas di hati untuk pergi bersama sahabat yang lain menunaikan umrah di awal Ramadhan kemudiannya boleh terus pulang ke Malaysia.

Tiada masalah yang menanti untuk perjalanan yang sebegitu.


Entah kenapa hati saya begitu nekad untuk menunaikannya di akhir Ramadhan.

Berasa begitu inginkan kemanisan di saat-saat akhir Ramadhan..Terus saya memilih untuk meneruskan perjalanan bersama rombongan di akhir Ramadhan.

Selebihnya saya berserah padaNya.

Saya redhakan sahaja bila memikirkan rezeki yang tidak kesampaian apabila merancang untuk pulang ke Malaysia setelah selesai menunaikan umrah..

Tiada apa yang terlintas lagi di hati melainkan untuk mencari maghfirahNya..

Mencari berkat di saat-saat akhir Ramadhan yang kian menjelma..


Bulan Ramadhan kian menjelma,

Menampung rindu mencari maghfirahNya,

Ku angkatkan tangan berdoa pada Yang Maha Esa,

Mencari titik kemanisan iman kepadaNya~

Moga Ramadhan yang kian menjelma menjadi titik tolak perjalanan yang ku tanamkan~


“Allahuma balighna ramadhan”


Doakan kemudahan bagi perjalanan kami ke sana..amin~



1 comment:

  1. sabar afiq..aku doakan ko selamat pulang..kt mekah tu macam2 boleh jadi..doa je..

    all the best

    ReplyDelete