Saturday, July 31, 2010

20th


Alhamdulillahi rabbil a’lamin..

Akhirnya genap sudah umur saya 20..

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memberikan ‘kejutan’ lepas 12.00 tgh malam tadi..

Habis sungguh saya ‘dilanyak’ mereka.. =)

Terima kasih atas majlis sambutan yang ringkas..Mudah-mudahan sahabat sekalian jua diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..

Jazakumullahu khairan kathiran


20 Tahun

Sedar tak sedar umur sudah pun meningkat tua..

Segala pujian kepada Yang Maha Esa atas keberkatan umur yang diberikan kepada hambaNya..



NIKMAT USIA

Keberkatan usia merupakan suatu nikmat yang tiada nilainya..

Melaluinya kita dapat terus melaksanakan ibadah,merasai makna kehidupan & kebahagiaan dan juga belajar daripada kesilapan.

Jikamana ditarik nikmat usia oleh pemilikNya,maka

tiadalah lagi peluang untuk diri untuk terus menjadi hamba yang taat & bersyukur.


Diperingatkan kepada kita dalam Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”


(Surah al-‘Araaf, ayat 34)


Alangkah ruginya jikamana hari-hari yang dilalui,sambutan tahun demi tahun tarikh kelahiran kita tanpa merasai sedikit pun pertambahan ataupun perubahan iman kita kepada Yang Maha Esa.


Malahan semakin tua,semakin lalai kita kepadaNya,sengaja diikutkan pepatah Barat:

“Life is to Enjoy”

Maka diberikan jawapannya kepada mereka yang sedemikian rupa:


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


“Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu sambil merayu:

Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari azab ini, kami akan mengerjakan amal soleh yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (Lalu Allah menempelak mereka), bukankah Kami sudah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir?dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan(Rasul)?

Maka,rasalah(azab Kami) dan tidak ada bagi orang yang zalim sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.”


(Surah Faathir, ayat 37)


Nauuzbillahu min zaa’lik..

Mudah-mudahan tidak akan dimasukkan kita dalam golongan itu.



IMAN

Kadang-kala,terasa juga di hati ini diuji dengan pelbagai gelora kehidupan..

Adakalanya jatuh tersungkur ketika meneruskannya..

Belum tentu akan layak untuk memiliki syurgaNya dengan berbekalkan amalan sepanjang kehidupan ini..

Mudah-mudahan masih ditetapkan iman ini untuk terus-menerus mencari keredhaanNya..


“Allahuma ya muqallibal qullub,thabit qalbi anni a’la diinik wa thoa’tik”

(Ya Allah,zat Yang Membolak-balikkan hati,tetapkanlah hatiku atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu)






Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.”


(Hadis riwayat at-Tirmizi)



Sunday, July 25, 2010

Random


Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin:
jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.”


(Hadis riwayat Muslim)



-learning the highest creation of Allah is never easy-


Tuesday, July 20, 2010

Erti dan Makna (sebuah kisah)


Kuala Lumpur – 6.30 petang..

KTM Komuter sesak dengan penumpang..ramai di antaranya baru pulang dari kerja..

“Subahanallah..sesaknya”,keluh hati seorang mak cik lingkungan 40-an beresakan mencari tempat untuk berdiri..

Cuba menyelesakan dirinya di dalam komuter tersebut..


Namun sekali jua pandangannya tersentak..

Tidak selesa..

Manakan tidak,di hadapan tempatnya berdiri sedang asyik si kumbang dengan si bunga bermadu kasih..

Si bunga mengedik tidak tentu hala..inginkan dimanja..

Si kumbang pula melayan setiap keinginan si bunga kesayangannya..


“Ehemm..!”,isyarat diberikan oleh mak cik tersebut..

Ter-berhenti seketika pasangan tersebut..

Berapa saat selepas itu,terus tidak dihiraukan mak cik tersebut..menyambung kembali bermadu kasih mereka..

“Apalah nak jadi dengan anak muda sekarang..”,keluhnya dalam hati..

Tidak menghiraukan lagi pasangan tersebut..



Komuter berhenti di perhentian Petaling..

Keadaan komuter mula lengang..namun tidak adalah jua tempat duduk buat mak cik tersebut..

Naik seorang wanita..sarat mengandung..

Mencari tempat untuk duduk..

Keletihan..Penat berkejar ke platform..


Serta merta bangun seorang pemuda dari tempat duduknya…

“akak,akak duduklah kat sini”,kata pemuda tersebut dengan senyumannya..

“terima kasih”..

Berdirilah pemuda itu di hadapan mak cik tadi..sambil melontar senyumannya.


Dalam waktu itu juga,meluru seorang anak kecil lingkungan 4-5 tahun ke arah pemuda itu..

Gerak-geri mereka diperhatikan mak cik tesebut..


Anak kecil itu memang comel,senyumannya sama seperti pemuda tadi..

“Ayah,kenape ayah bangun tadi?kan ayah kena berdiri skrang..”

“Penat la berdiri,”..sambungnya kembali sambil merungut ke arah ayahnya..

Tersenyum pemuda tersebut melihat gelagat anak perempuannya..Anaknya memang bijak berbicara..


Didukungnya anak kecil tersebut sambil berkata,

“Ada masa,kita kena bagi dekat orang yang lebih memerlukan”

“contohnya untuk mak cik tadi,dia lebih perlukan tempat duduk sebab dia penat bawa baby dalam perut dia”..


Si anak angguk kepala seolah-olah mengerti apa yang dibahasakan oleh ayahnya..tidak banyak bertanya..


“Ayah pula masih kuat..boleh berdiri..tambah-tambah lagi siap boleh dukung adik lagi ni”,sambungnya sambil senyum..

“Setiap benda baik kita buat,nanti Allah s.w.t akan balas balik perkara yang baik untuk kita..Jadi,tak rugi pun kalau kita buat”..


“ooo..kalau camtu,adik pun nak buat baik banyak-banyaklah..boleh dapat benda baik banyak”..

Senyum si anak kecil itu mendengar penjelasan ayahnya..


Tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t terdetik dari dalam hati pemuda itu..

Sekurang-kurangnya anaknya memahami maksud yang cuba disampaikannya..

Inilah nikmat yang kurnia Allah yang begitu besar bagi dirinya..Segala kesyukuran tidak terhingga pada Maha Pencipta..



“Ayah,adik mengantuk r”,keluh si anak tersebut sambil menggosok matanya..

“Pergilah kat umi,minta umi ribakan..boleh tidur..”katanya sambil menurunkan kembali anaknya..

Berlari si anak kecil tersebut ke arah ibunya..didakap ibunya yang sedang duduk sambil dibaringkan kepalanya..

Keletihan sepanjang perjalanan..


Percakapan mereka menarik perhatian makcik tersebut..

Ditegurnya pemuda itu..

“Bijaknya anak kamu..baru kecil banyak dah faham”


Senyuman kembali dilontarkan pemuda tersebut..

“Terima kasih,mak cik..Alhamdulillah,sejak kecil dia memang diasuh begitu”

“Faham akan setiap yang kita lakukan akan diperhatikan olehNya..Biarlah bila dia besar nanti,dia dapat faham sendiri dengan lebih dalam lagi kenapa manusia itu diciptakan"..

"Mengenali Maha Pencipta”..

“Itu tujuan kita sebagai emak & ayah dalam mendidik anak kita..mereka bagaikan kain putih,yang mencorakkannya adalah kita sendiri”..

“moga Allah s.w.t sentiasa melindunginya”..kata pemuda tersebut menghabiskan ayatnya..


Mak cik itu mengangguk tanda faham..

Belum sempat makcik tersebut untuk meluahkan kata..

Tiba-tiba..

Komuter berhenti di perhentian seterusnya..

“Ermm,maaf mak cik,saya dah sampai destinasinya..izinkan saya”..kata pemuda tersebut..

“eh..silakan”..balas mak cik tersebut..

Gerak langkahnya keluar dari komuter dituruti isteri serta anak kecilnya…

Gerak-geri mereka diperhatikan mak cik tersebut..


Alangkah berserinya wajah isterinya dilabuhi dengan tudung menutupi dadanya..

Senang mata untuk memandang..

Sempat ditanya kepada kepada isteri tersebut,

“Apa nama anak ni?”..

“Ainul Mardhiah..”dibalas kembali isterinya sambil dengan senyumannya..

Nama yang indah..bak nama bidadari syurga..

Berjalanlah pergi pasangan suami isteri bersama anaknya..senyuman antara mereka mengundang cemburu di hati mak cik tersebut..


“Benarlah..makna sebuah perkahwinan itu bukan sekadar untuk menghalalkan perhubungan cinta sahaja”

“Ia lebih daripada itu..”


“tapi lebih baik daripada perhubungan yang haram”..katanya dengan nada perlahan sambil memerli & melontar sekilas pandangan terhadap pasangan yang asyik bermadu kasih dari tadi..

Tercengang pasangan kekasih tadi mendengarkan kata-kata makcik tadi

-TAMAT-



“..dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)…” (Surah An-Nur : 26)


Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang musyrik.” Lalu seorang laki-laki bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat engkau kalau anak itu mati sebelum itu?” Beliau menjawab: “Allah lebih tahu tentang apa yang pernah mereka kerjakan.”

(H:R :Abu Hurairah r.a)


Tuesday, July 6, 2010

Si Kecil


Jam 6.00 ptg..keletihan jua baru pulang dari universiti..

Tram(train) memang akan jadi pilhan saya untuk pulang ke rumah walaupun adalah lebih cepat menaiki tremco(sejenis van penumpang)..

Sengaja ingin merehatkan minda tatkala penat menghabiskan hari di universiti..

Ketika di perhentian Azarita,naik seorang budak bersama seorang lelaki..montel & bulat orangnya..

Secara kebetulan dia datang berdiri di hadapan saya sendiri..memandang dengan pelik..

Memang begitulah lumrah di bumi Mesir ini,bilamana berdepan dengan kanak2,mereka akan pandang kami pelajar Malaysia dengan pelik..

Tambahan lagi muka saya yang seperti muka orang Cina..memang akan sentiasa disangka datang dari negara China..

Tidak ingin kisahkan sangat pandangan si kecil itu..saya hanya lontarkan senyuman kembali kepadanya..

Terus dia berpaling ke arah luar tingkap..tidak menghiraukan saya di sebelahnya..

Saya cuma tersenyum melihat gelagatnya..

Berapa lama,selepas itu ,sementara tunggu tram untuk bergerak,datang seorang budak lelaki,berdiri di luar..

Berkaca mata,pendek dan juga comel orangnya..saya perhatikan gelagatnya menegur kawannya yang berdiri di hadapan saya..

Tidak dengarkan sangat apa yang diucapkan cuma dapat mendengar yang mereka akan berjumpa kembali esok..terus si kecil kaca mata itu duduk di bangku perhentian..

Tram bergerak..

Secara tiba-tiba,si kawan yang berdiri di hadapan saya ini,tunduk dari tingkap..menyorok dengan serius..

Saya kepelikan..saya jengukkan di luar..sambil tram melintasi keluar dari perhentian Azarita

Kesian melihatkan si kawan yang berkaca mata itu mencari-cari di mana kawannya yang di dalm tram ini..

Selesai melepasi perhentian Azarita,si kawan ini berdiri kembali,menjenguk ke tingkap memandang ke arah perhentian yang sudah lepas..sambil senyum..

Saya cuma tesrsenyum melihat gelagat mereka..

Senyuman itu mengingatkan diri saya sendiri tikamana waktu kecil dahulu..

Pernah saya menyorok dari kawan-kawan sepermainan saya kalau tidak ingin berjumpa dengan mereka..

Biasalah,zaman kanak-kanak semuanya adalah mengenai keseronokan,apabila dibuli..mulalah merajuk dan tidak ingin berjumpa..

Kemudian tidak berapa lama,kembali berseronok antara satu sama lain..itulah dalam hati seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa..

Saya memang seorang yang nakal..maklumlah,yang paling sulung..

Manakan tidak kenakalan itu memang susah untuk ditangani,tambahkan lagi sikap yang degil..

Di awal usia 4 tahun,saya memang susah untuk dikawal..

Tambahkan lagi duduk di kampung (di Kuala Kangsar,Perak).. huru-hara sungguh atuk & opah(nenek) untuk mengawal diri saya..

Cucu yang paling sulung dalam keluarga(belah ayah),memanglah dilayan bagaikan ditatang minyak yang penuh..

Kelakarnya saya teringat bahawa saya memang suka main ‘tukang-tukang’..

Apabila melawat datuk saudara saya(panggilan saya akannya,Tok Chow) yang bekerja sebagai tukang kayu kampung dan secara kebetulannya ketika dia sedang bekerja,saya pasti akan jadi tukang pengacau..

Ambil kayu kecil yang ada disampingnya,kemudian tukul kecil,saya bawa lari jauh-jauh..’bertukang’ sendiri di tempat yang saya suka..

Emak pula terpaksa mengekori saya untuk melihatkan keadaan saya yang sedang sibuk ‘bertukang’.. Risaukan kalau-kalau tercedera..

Pernah sekali,saya terjumpa paku kecil..bagaikan orang yang terjumpa ‘emas’..

Gembiranya bukan kepalang, habis saya pergi pakukan kayu kecil dengan paku tersebut dekat pondok kecil milik atuk saya..

Saya dimarahi..entah macammana siapa yang salah letak tempat paku itu,sampaikan saya sendiri yang jumpa..

Bengkak juga tangan gara-gara saya tersalah menukul paku itu.. =)

Itulah kenangan yang saya tidak lupa..setiap kali melawat Tok Chow saya..

“ooo..inilah si Along yang sibuk betul nak bertukang dulu”..

Saya hanya tersenyum..



SEMUT & BELALANG

Masuk umur 4 tahun itu jualah,saya merasa dirotan..

Emak memang tegas dengan saya,dalam umur itulah emak akan duduk di hadapan saya dengan rotannya berserta sebuah buku cerita..

Mengajar saya untuk membaca..

“Kisah Semut & Belalang” yang menjadi tatapan saya yang paling lama untuk dibaca..susah sungguh hendak menyebut sepatah demi sepatah perkataan yang ada dalam buku itu..

Tersalah sebut,hinggap satu rotan di tangan..menahan jualah air mata saya untuk menangis..jikalau menangis,akan tambah lagi satu sebatan di tangan..

Namun,apa yang emak lakukan itu begitu benar membantu diri saya di bangku sekolah..tatkala kawan-kawan sedang dalam usaha untuk belajar membaca,saya sudahpun menguasainya..

Bolehlah jua untuk mendapatkan tempat dalam peperiksaan ketika sekolah rendah dahulu..

Terima kasih,emak.. =)

Masuk bangku sekolah,nakal saya yang paling susah untuk dikawal..pening juga emak & ayah dilakukan oleh saya..



SENAPANG KAYU

Senapang kayu..itulah bahan mainan yang paling saya suka..

Seorang jiran saya yang lebih tua akan tolong ukirkan buat saya bentuk sebuah senapang kemudiannya saya sangkutkan beberepa getah di situ bersama penyepit baju..

Di situlah kenakalan bermula..

Saya akan petik buah ceri milik jiran saya..bersama anaknya jua,kami main ‘perang’..Buah ceri akan jadi pelurunya..

Memang seronok..bising dan huru-hara suasana di depan halaman rumah di Shah Alam dahulu(sebelum berpindah ke Rawang) dengan suara ‘perang’ kami..

Hinggalah sampai satu masa,habis pohon ceri itu togel tanpa buah..mana tidaknya,buah yang muda habis kami petik buat peluru..

Dalam 5-6 orang antara kami..teruk dimarahi oleh jiran..semuanya berdiri dalam satu barisan..tunduk ketika dimarahi..

Namun,tidak lama lepas itu,lepas ketika pohon itu berbuah kembali..permainan ‘perang’ kami sambung kembali..

Pening kepala jiran saya dibuat kami.. =)

Biasalah,begitulah kerenah anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa..


Gambar pokok ceri di belakang (1997)



PS 1 & Polystation

Bilamana musim PS1 & Polystation bermula,saya menjadi antara orang yang ghairah untuk mendapatkannya..

Biasalah bilamana melihat kawan-kawan yang mempunyainya gembira bermain dan kemudian menceritakan akannnya kepada kawan-kawan yang lain..

Pernah saya meminta pada ayah..

Bulat-bulat ayah menolak permintaan saya kerana tidak inginkan saya leka dengan bermain permainan tersebut..

Gara-gara itu jualah,pernah saya menerima ajakan kawan saya untuk datang ke rumahnya untuk bermain PS1..

Saya ‘skip’ sekolah petang saya(sekolah rendah agama)dan datang bermain di rumah kawan saya..

Bilamana diketahui emak & ayah (anak jiran saya yang beritahu)..saya teruk dimarahi..

Kemudian esoknya dicubit ustazah di sekolah sebab ponteng kelas..habis dileteri di depan kawan-kawan..

Serik..itulah kali terakhir saya lakukannya.. =)



KENANGAN

Itulah antara kenangan yang terpacar di memori saya tikamana melihatkan gelagat si kecil arab dua orang itu..

Sepanjang perjalanan saya tersenyum..

Kadang-kala saya ingin kembali berseronok seperti anak kecil dahulu.. =)

Masa tetap berjalan.dan kini umur hampir mencapai 20..

Perjalanan tetap diteruskan.. Yang tersirat dalam kehidupan kecil kita dahulu adalah dimana kita mengenal erti USAHA..

Kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan..waktu kecil dahulu,tidak pernah kita kenal apa itu erti putus asa..

Begitulah jua sekarang..

Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang dimatlamatkan..

Sama si anak kecil dahulu,jangan kenal erti berputus asa.. =)

-TAMAT-

BITAUFIQ WANNAJAH~