Jam 6.00 ptg..keletihan jua baru pulang dari universiti..
Tram(train) memang akan jadi pilhan saya untuk pulang ke rumah walaupun adalah lebih cepat menaiki tremco(sejenis van penumpang)..
Sengaja ingin merehatkan minda tatkala penat menghabiskan hari di universiti..
Ketika di perhentian Azarita,naik seorang budak bersama seorang lelaki..montel & bulat orangnya..
Secara kebetulan dia datang berdiri di hadapan saya sendiri..memandang dengan pelik..
Memang begitulah lumrah di bumi Mesir ini,bilamana berdepan dengan kanak2,mereka akan pandang kami pelajar Malaysia dengan pelik..
Tambahan lagi muka saya yang seperti muka orang Cina..memang akan sentiasa disangka datang dari negara China..
Tidak ingin kisahkan sangat pandangan si kecil itu..saya hanya lontarkan senyuman kembali kepadanya..
Terus dia berpaling ke arah luar tingkap..tidak menghiraukan saya di sebelahnya..
Saya cuma tersenyum melihat gelagatnya..
Berapa lama,selepas itu ,sementara tunggu tram untuk bergerak,datang seorang budak lelaki,berdiri di luar..
Berkaca mata,pendek dan juga comel orangnya..saya perhatikan gelagatnya menegur kawannya yang berdiri di hadapan saya..
Tidak dengarkan sangat apa yang diucapkan cuma dapat mendengar yang mereka akan berjumpa kembali esok..terus si kecil kaca mata itu duduk di bangku perhentian..
Tram bergerak..
Secara tiba-tiba,si kawan yang berdiri di hadapan saya ini,tunduk dari tingkap..menyorok dengan serius..
Saya kepelikan..saya jengukkan di luar..sambil tram melintasi keluar dari perhentian Azarita
Kesian melihatkan si kawan yang berkaca mata itu mencari-cari di mana kawannya yang di dalm tram ini..
Selesai melepasi perhentian Azarita,si kawan ini berdiri kembali,menjenguk ke tingkap memandang ke arah perhentian yang sudah lepas..sambil senyum..
Saya cuma tesrsenyum melihat gelagat mereka..
Senyuman itu mengingatkan diri saya sendiri tikamana waktu kecil dahulu..
Pernah saya menyorok dari kawan-kawan sepermainan saya kalau tidak ingin berjumpa dengan mereka..
Biasalah,zaman kanak-kanak semuanya adalah mengenai keseronokan,apabila dibuli..mulalah merajuk dan tidak ingin berjumpa..
Kemudian tidak berapa lama,kembali berseronok antara satu sama lain..itulah dalam hati seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa..
Saya memang seorang yang nakal..maklumlah,yang paling sulung..
Manakan tidak kenakalan itu memang susah untuk ditangani,tambahkan lagi sikap yang degil..
Di awal usia 4 tahun,saya memang susah untuk dikawal..
Tambahkan lagi duduk di kampung (di Kuala Kangsar,Perak).. huru-hara sungguh atuk & opah(nenek) untuk mengawal diri saya..
Cucu yang paling sulung dalam keluarga(belah ayah),memanglah dilayan bagaikan ditatang minyak yang penuh..
Kelakarnya saya teringat bahawa saya memang suka main ‘tukang-tukang’..
Apabila melawat datuk saudara saya(panggilan saya akannya,Tok Chow) yang bekerja sebagai tukang kayu kampung dan secara kebetulannya ketika dia sedang bekerja,saya pasti akan jadi tukang pengacau..
Ambil kayu kecil yang ada disampingnya,kemudian tukul kecil,saya bawa lari jauh-jauh..’bertukang’ sendiri di tempat yang saya suka..
Emak pula terpaksa mengekori saya untuk melihatkan keadaan saya yang sedang sibuk ‘bertukang’.. Risaukan kalau-kalau tercedera..
Pernah sekali,saya terjumpa paku kecil..bagaikan orang yang terjumpa ‘emas’..
Gembiranya bukan kepalang, habis saya pergi pakukan kayu kecil dengan paku tersebut dekat pondok kecil milik atuk saya..
Saya dimarahi..entah macammana siapa yang salah letak tempat paku itu,sampaikan saya sendiri yang jumpa..
Bengkak juga tangan gara-gara saya tersalah menukul paku itu.. =)
Itulah kenangan yang saya tidak lupa..setiap kali melawat Tok Chow saya..
“ooo..inilah si Along yang sibuk betul nak bertukang dulu”..
Saya hanya tersenyum..
SEMUT & BELALANG
Masuk umur 4 tahun itu jualah,saya merasa dirotan..
Emak memang tegas dengan saya,dalam umur itulah emak akan duduk di hadapan saya dengan rotannya berserta sebuah buku cerita..
Mengajar saya untuk membaca..
“Kisah Semut & Belalang” yang menjadi tatapan saya yang paling lama untuk dibaca..susah sungguh hendak menyebut sepatah demi sepatah perkataan yang ada dalam buku itu..
Tersalah sebut,hinggap satu rotan di tangan..menahan jualah air mata saya untuk menangis..jikalau menangis,akan tambah lagi satu sebatan di tangan..
Namun,apa yang emak lakukan itu begitu benar membantu diri saya di bangku sekolah..tatkala kawan-kawan sedang dalam usaha untuk belajar membaca,saya sudahpun menguasainya..
Bolehlah jua untuk mendapatkan tempat dalam peperiksaan ketika sekolah rendah dahulu..
Terima kasih,emak.. =)
Masuk bangku sekolah,nakal saya yang paling susah untuk dikawal..pening juga emak & ayah dilakukan oleh saya..
SENAPANG KAYU
Senapang kayu..itulah bahan mainan yang paling saya suka..
Seorang jiran saya yang lebih tua akan tolong ukirkan buat saya bentuk sebuah senapang kemudiannya saya sangkutkan beberepa getah di situ bersama penyepit baju..
Di situlah kenakalan bermula..
Saya akan petik buah ceri milik jiran saya..bersama anaknya jua,kami main ‘perang’..Buah ceri akan jadi pelurunya..
Memang seronok..bising dan huru-hara suasana di depan halaman rumah di Shah Alam dahulu(sebelum berpindah ke Rawang) dengan suara ‘perang’ kami..
Hinggalah sampai satu masa,habis pohon ceri itu togel tanpa buah..mana tidaknya,buah yang muda habis kami petik buat peluru..
Dalam 5-6 orang antara kami..teruk dimarahi oleh jiran..semuanya berdiri dalam satu barisan..tunduk ketika dimarahi..
Namun,tidak lama lepas itu,lepas ketika pohon itu berbuah kembali..permainan ‘perang’ kami sambung kembali..
Pening kepala jiran saya dibuat kami.. =)
Biasalah,begitulah kerenah anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa..
PS 1 & Polystation
Bilamana musim PS1 & Polystation bermula,saya menjadi antara orang yang ghairah untuk mendapatkannya..
Biasalah bilamana melihat kawan-kawan yang mempunyainya gembira bermain dan kemudian menceritakan akannnya kepada kawan-kawan yang lain..
Pernah saya meminta pada ayah..
Bulat-bulat ayah menolak permintaan saya kerana tidak inginkan saya leka dengan bermain permainan tersebut..
Gara-gara itu jualah,pernah saya menerima ajakan kawan saya untuk datang ke rumahnya untuk bermain PS1..
Saya ‘skip’ sekolah petang saya(sekolah rendah agama)dan datang bermain di rumah kawan saya..
Bilamana diketahui emak & ayah (anak jiran saya yang beritahu)..saya teruk dimarahi..
Kemudian esoknya dicubit ustazah di sekolah sebab ponteng kelas..habis dileteri di depan kawan-kawan..
Serik..itulah kali terakhir saya lakukannya.. =)
KENANGAN
Itulah antara kenangan yang terpacar di memori saya tikamana melihatkan gelagat si kecil arab dua orang itu..
Sepanjang perjalanan saya tersenyum..
Kadang-kala saya ingin kembali berseronok seperti anak kecil dahulu.. =)
Masa tetap berjalan.dan kini umur hampir mencapai 20..
Perjalanan tetap diteruskan.. Yang tersirat dalam kehidupan kecil kita dahulu adalah dimana kita mengenal erti USAHA..
Kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan..waktu kecil dahulu,tidak pernah kita kenal apa itu erti putus asa..
Begitulah jua sekarang..
Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang dimatlamatkan..
Sama si anak kecil dahulu,jangan kenal erti berputus asa.. =)
-TAMAT-
BITAUFIQ WANNAJAH~
No comments:
Post a Comment