Untuk melawan pengaruh nafsu amarah atas hati orang mukmin adalah dengan menyiasat(muhasabah) dan tidak memperturutkan kemahuannya,sebagaimana disebut dalam sebuah hadis Rasullah S.A.W yang bermaksud :
“Orang yang pandai ialah orang yang mahu menyiasat nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati.Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (dengan angan-angan kosong)”
(H.R : Imam Ahmad)
Rasullah S.A.W juga bersabda :
“Hisablah dirimu sebelum dihisab dan timbanglah amal perbuatanmu sebelum ditimbang (di hadapan Allah).Sebab lebih ringan bagimu,jika kamu mahu menghisab diri pada hari ini daripada menunggu nanti diperhitungkan pada hari penghisaban dan penimbangan iaitu pada hari pertemuan besar antara para makhluk dengan Tuhan mereka”
(H.R :Imam Ahmad dari Umar bin Khathab r.a)
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“Pada hari itu kamu semua dinampakkan(kepada Tuhanmu) tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi-Nya)”
(surah al-Haaqqah :18)
Imam Hasan al-Basri berkata :
“setiap mukmin adalah pemimpin bagi dirinya,ia menghisab nafsunya kerana Allah.Penghisaban pada hari kiamat itu hanya diringankan bagi golongan yang mahu menghisab nafsunya di dunia dan penghisaban kelak akan berat bagi mereka yang melakukan perbuatan tanpa penghisaban(perhitungan) sendiri”
Bagi orang mukmin,apabila ia mendapati sesuatu yang ia senang dan takjub padanya,maka ia katakan,
“Demi Allah,aku senang terhadapmu dan aku sangat memerlukanmu tetapi Allah tidak memberi jalan bagiku untuk memilikimu,memang teramat jauh jarak antara kita”
Namun bila ia lalai dan melakukan sesuatu yang tidak terpuji,maka ia segera menilai dan berkata,
“Sungguh aku tidak menginginkan ini!..Mengapa aku melakukan ini?Demi Allah aku tidak akan mengulanginya lagi.”
Orang mukmin adalah orang yang mahu mengikuti petunjuk al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai tali kendali dari semua perbuatan yang menimbulkan kesan negatif bagi dirinya.
Kedudukan orang mukmin di tengah-tengah penduduk bumi ini bagaikan tawanan,yang selalu berusaha untuk bebas dari ikatan yang membelenggunya.
Ia belum merasa aman sedetik pun sebelum ia menghadap Allah s.w.t.Sebab ia sedar bahawa dirinya diminta pertanggungjawabkan atas pendengaran, penglihatan, lisan dan seluruh anggota tubuhnya. Semua itu akan dibebankan atas bahunya.
-(Abu Nuaim – Hilyau Auliyaa’,jilid II ,halaman 157)
Malik bin Dinar berkata :
“Semoga Allah merahmati hamba-hambaNya yang mahu menegur dirinya sendiri dan berkata, “Bukankah kamu melakukan ini? Bukankah kamu yang melakukan itu?” Kemudian ia mencelanya, berusaha menguasai dan mengalahkannya lalu menwajibkan agar mengikuti Kitabullah.Maka jadilah ia pembiming bagi nafsunya”
Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab bagi orang mukmin yang kuat imannya kepada Allah s.w.t dan hari Akhirat agar tidak alpa terhadap perhitungan nafsunya dan mempersempit peluang ke arahnya.
Setiap helaan nafas dalam kehidupan adalah butiran-butiran mutiara,yang setiap butirnya mampu menebus satu istana idaman yang kenikmatannya kekal abadi.
Membiarkan nafas-nafas itu hilang atau menggunakan di jalan yang sesat,adalah kerugian besar.Hanya orang yang tidak berakal sahaja yang membiarkan mutiara-mutiara itu hilang begitu sahaja.Kerugian besar ini akan dirasakan kelak di hari dinampakkannya segala kesalahan dan penyelewengan manusia.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala amal kebajikannya di hadapannya,begitu juga kejahatan yang pernah dikerjakannya,ia ingin sekiranya antara dirinya dan hari itu ada masa yang jauh”
(Surah Ali imran : 30)
Ada dua cara untuk mengadakan muhasabah diri atau membuatperhitungan kepada nafsu,iaitu sebelum dan sesudah melakukannya.
1.Berfikir sejenak sebelum melakukan
Hendaklah seseorang berhenti sejenak untuk berfikirketika pertama kali ia bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan.Dan jangan tergesa-gesa mengambil keputusan sebelum jelasbaginya bahawa keputusan itu menimbulkan kesan negatif.
Imam Hasan al-Basri berkata ;
“Semoga Allah merahmati hamba-Nya yang mahu berfikir sejenak ketika ia mahu melakukan perbuatan, jika memang perbuatan itu kerana Allah,maka teruskan dan jika kerana selain-Nya,maka batalkan”
Ada sebahagian ulama salaf yang meneliti masalah ini dan berkata :
“Apabila hati tergerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan,maka ia berhenti dahulu dan berfikir,apakah ia memiliki kemampuan untuk melakukannya atau tidak.Jika tidak bersedia untuk melaksanakannya, maka diputuskan untuk mengundurkan diri sahaja.
Andaikata ia yakin dan sanggup,maka dipertimbangkannya lagi,apakah melakukannya lebih baik daripada meninggalkannya atau sebaliknya? Jika cenderung pada alternatif kedua (meninggalkannya lebih baik),maka selesailah permasalahannya kerana tiada niat untuk melakukannya.
Namun,bila cenderung pada alternatif pertama,maka dipertimbangkannya lagi,motif apakah yang mendorong melakukannya itu,apakah kerana Allah dan mengharapkan pahala-Nya atau kerana jawatan, populariti dan kekayaan? Jika keputusan yang diambil justeru membawanya meraih nikmat duniawi,maka dengan lapang dada ia mundur diri darinya”
Keputusan ini diambil supaya tidak membudayakan jiwa berbuat syirik yang pada akhirnya jiwa menjadi ringan untuk berbuat seperti itu.Oleh sebab ituia merasa berat untuk melakukan hal yang sia-sia semata-mata kerana Allah s.w.t.
Sebaliknya bila ia cenderung pada pilihan pertama,maka ia pun berfikir,apakah sudah mempunyai kawan(pengikut) yang akan membantu dan menolongnya atau tidak,seandainya pekerjaan itu tidak mungkin diatasinya sendiri.
Andaikata tidak mempunyai pengikut,maka ditundaya pekerjaaan itu sebagaimna Rasullah S.A.W pernah menunda untuk memerangi kota Mekah sampai baginda memiliki kekuatan dan pengikut yang cukup.
Jika ternyata ia mendapat simpati dan memiliki bekal yang cukup,maka segeralah ia merealisasikan harapannya,sebab ia akan memperoleh kemenangan dengan izin Allah s.w.t.
2.Menilai diri setelah beramal
Pertama :
Menilai nafsu dalam ketaatan yang dilakukannya tetapi ia kurang dalam memenuhi hak Allah dalam perbuatan itu.Sehingga dalam pelaksanaannya tidak berjalan sebagaimana semestinya.
Adapun hak Allah dalam suatu perkara ketaatan itu ada 6 perkara :
a)Ikhlas melaksanakan
b)Mengharapkan kebaikan kerana Allah
c)Mengikuti ajran Rasullah s.a.w
d)Menampakkan sisi ehsan dalam beramal
e)Mengakui kurniaan Allah atasnya
f)Kemudian mengakui kekurangannya dalam melakukan perbuatan itu
Maka,dihisablah dirinya sendiri dari enam kriteria tersebut.
Kedua :
Menghisab diri atas setiap perbuatan yang apabila ditinggalkan lebih utama daripada dikerjakan
Ketiga :
Menghisab diri atas sesuatu perbuatanyang boleh (mubah) hukumnya,sebab ia relah melakukannya. Apakah ia melakukannya kerana Allah dan kehidupan akhirat supaya beruntung, atau demi mengejar kebahgiaan dunia yang bersifat semnetara ini,sehinggakan ia menyesal di hari kemudian?
Mensia-siakan nafsu tanpa kawalan (muhasabah) dan tidak mengambil berat permasalahannya akan membawa seseorang pada kerosakan yang nyata.
Hal sedemikian sudah menjadi budaya pada diri oeang yang suka dan tertipu oleh nafsu dan dunianya.
Ia menutup kedua matanya dari kenyataan akibat perbuatannya,dengan mengandaikan bahawa Allah akan mengampuninya..Sehingga meremehkannafsu dari sesuatu yang diperbuatnya tanpa pertimbangan yang bijaksana.
Apabila seseorang yang berbuat demikian,maka akan ringan baginya untuk melakukan dosa dan menganggapkannya sebagai perkara biasa.Jika kenyataanny sudah seperti itu,maka ia akan merasa sukar untuk melepaskan diri dari perbuatan dosa.
Seseorang hendak bermuhasabah dengan nafsu,maka pertama haruslah bertanya apakah sudah memenuhi kewajipannya sebagai hamba Allah s.w.t.
Jika merasa masih belum secara keseluruhan melaksanakannya,maka sepatutnya ia memperbaikinya kembali.Kemudian bermuhasabah dalam soal larangan Allah s.w.t.
Andaikata sudah terlanjur melakukan dosa,maka segeralah mengikutinya dengan taubat, memohon keampunan-Nya dan melakukan kebajikan bagi menghapuskan dosa tersebut.
Selain itu,juga melakukan muhasabah dengan nafsu atas kelalaiannya.Andaikata ia khilaf dan lupa akan hakikat hidup di dunia ini,maka segeralah berzikir dan menghadapkan hati ke hadrat Allah s.w.t.
Kemudian bermuhasabah atas nafsunya terhadap apa yang diucapkan lisan atau kemana kaki melangkah atau apa kedua tangannya atau apa yang didengar kedua telingannya.
Ia sentiasa bertanya :
-Apa yang aku harapkan dalam melakukan perbuatan ini?
-Mengapa aku melakukannya?
-Untuk siapa aku melakukannya?
-Atas dasar apa aku melakukan hal ini?
Ia sedar sepenuhnya bahawa selalu timbul pertanyaan dalm benak hatinya setiap kali untuk memulakan sesuatu pekerjaan :
-Kamu melakukan itu semua kerana siapa?
-Bagaimana kamu melakukannya?
Kalimat pertama merupakan pertanyaan yang berkaitan masalah keikhlasan dan yang kedua pertanyaan tentang metaa’bah(Yakni apakah ia melakukannya sesuai dengan syariat Rasullah s.a.w atau tidak)
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka..”
(surah al-Ahzab :8)
Apabila mereka yang berbuat kebenaran sahaja akan ditanya tentang kebenaran mereka dan dihisab atas kebenarannya..
Maka bagaimanakah dengan orang yang berdusta?
Dipetik dari :
-Dr.Ahmad Faried
-“Penawar & Penyucian Jiwa”(halaman 86 -92)
-Terjemahan judul asal Tazkiyatun Nufuus Wa Tarbiyatuha Kama Yaqarriruhu Ulama’ us Salaf (oleh Ahmad Muhammad)
Sama-samalah ambil masa untuk bermuhasabah diri sepanjang madrasah Ramadhan ini~
Golongan sekularis Barat mengetengahkan beberapa hujah yang digunakan dalam dakwaan mereka akan perlunya mendirikan sesebuah negara berdasarkan sistem sekularisme.
Berikut merupakan hujah mereka yang juga dijadikan sebagai hujah yang menimbulkan kemusykilan terhadap sistem pemerintahan Islam.Antaranya :
1)Negara beragama (negara yang berdasarkan sistem agama) bermakna negara tersebut dikuasai oleh golongan agamawan..Golongan agamawan pula dalam sistem negara beragama ini mempunyai kuasa dan hak memerintah yang mutlak..Rakyat biasa tidak ada ruang untuk bersuara dan menuntut hak.Oleh itu,menjadi keperluan yang amat mendirikan sesebuah negara dengan bersistemkan sekularisme demi menjaga keadilan dan memberikan hak kepada semua.
2)Negara beragama tidak boleh mencapai sebarang kemajuan..Kerana undang-undangAGAMA dalah kekal,kaku dan tidak boleh diubah,tidak boleh diguna pakai untuk semua keadaan ,masa dan tempat.
3)Kebiasaannya sesebuah negara terdiri daripada pelbagai agama dan doktrin..Maka tidak boleh negara itu didirikan berdasarkan ajaran agama kerana ia akan menindas agama-agama lain yang ada di dalam negara tersebut.Ia adalah tidak adil.
4)Negara beragama bertentangan dengan pembangunan dan kemajuan ilmu dan pemikiran..Ini adalah kerana agama hanyalah spiritual dan amal ibadat yang menghubungkan manusia dengan Tuhan tanpa ada kaitan dengan pembangunan dan kemajuan pemikiran dan ilmu pengetahuan
Apapun dakwaan dan kemusykilan yang diketengahkan oleh sekularis barat tentang agama secara umum dan Islam secara khususnya,Islam tetap merupakan agama yang mempunyai kepercayaan ,akhlak ,prinsip, muamalat, sosial, ekonomi, politik dan lain-lain11.
ISLAM ADALAH PENYELESAIANNYA
Dunia dan seluruh isi penduduknya mesti menerima serta melaksanakan tuntutan wahyu Allah s.w.t yang mencipta sekalian alam ini.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman : “Agama islam,yang kami telah sebati dengannya ialah) : celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) ;dan siapakah Yang lebih baik daripada celupannya daripada Allah? (kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”
(surah al-Baqarah :138)
Dunia ini pada amnya dan negara Islam khasnya memerlukan Islam dengan syiar dan syariat dari sumbernya yang asal iaitu Al-Quran demi mewujudkan sebuah tamadun dan peradaban yang sejahtera, selamat, maju, rahmat, berkat dan mendapat redha Allah s.w.t.
Justeru Al-Quran ini memang diturunkan untuk menyelesaikan masalah ummah sekaligus menyelamatkan mereka dari terus hanyut dan tenggelam dalam pengaruh.
1.Al-Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w sebagai petunjuk
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“dan sesungguhnya Al-Quran iti memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada kaummu ;kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan)
(surah Az-Zukhruf :44)
Al-Quran merupakan pekeliling yang diwahyukan oleh Allah s.w.t sebagai pedoman untuk membimbing manusia menjalani kehidupan di dunia ini.Samada perkara tersebut berkaitan dengan ibadah dan sahsiah, termasuk juga soal ekonomi, politik, dan sosial, semuanya dipandu dan ditunjuk ajar oleh Allah s.w.t melalui Al-Quran.
Lebih menarik lagi,bagaimana didikan Al-Quran ini mampu menyelamatkan manusia dan tamadun mereka dari binasa sekalipu tanpa penguatkuasaan undang-undang terutamanya undang-undang manusia.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kamu telah menurunkan kepada kamu sebuah kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)”
(surah al-Anbiya’ : 10)
2.Al-Quran dan Sunnah Rasullah s.w.t perlembagaan tertinggi
Begitulah mukjizat Al-Quran, kitab suci yang diturunkanoleh Allah s.w.t sebagai sumber manhaj Islamdalam mendidik dan membimbing umat manusia.Namun begitu,Maha Suci Allah s.w.t , Al-Quran juga menyediakan beberapa peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan untuk mencegah dan mengawal manusia yang tidak mahu dirinya dididik melalui proses ilmu dan tarbiyah sekaligus berfungsi sebagai akibat (hukuman) keatas mereka yang degil dan keras kepala.
3.Perundanganan sosial dan jenayah di dalam al-Quran
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat ;dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”
(Surah An-Nur :2)
Firman Allah s.w.t (yang bermaksud) ;
“dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahkan, (juga sebagai) suatu hukum pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa,lagiMaha Bijaksana”
(Surah Al-Maidah :38)
4.Pemerintahan ,politik dan kepimpinan dalam Al-Quran dan Sunnah
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar,lagi sentiasa Melihat"
(surah An-Nisa :58)
5.Islam Menjamin kesejahteraan Negara
Negara umat Islam hari iniperlukan islam supaya dapat memulihkan semula segala kemusnahan dan kebinasaan yang telah berlaku ekoran daripada maksiat,kemungkaran dan jenayah yang berlaku kerana ;
-Islam menitik beratkan perlaksanaan syariat berasaskan proses didikan ilmi, kefahaman, keredhaan, penghayatan dan ketundukan
Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia-sia,tidak akan diterima kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah Rasullah s.a.w . Ilmu merupakan penerangan jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat.
Wahyu pertama juga diturunkan juga memperlihatkan kepada kita mengenai kepentingan ilmu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud ;
“Bacalah(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian makhluk)”
(surah al-Alaq :1)
-Islam memelihara 5 unsur penting kemuliaan insan iaitu agama,nyawa, akal, keturunan dan harta.
Negara dan rakyat akan selamat jika menghayati dan melaksnankan syariat Islam delam kehidupan mereka serta pentadbiran Negara kerana Islam datang dengan bertujuan memelihara 5 unsur penting bagi kemuliaan insan.
Unsur Pertama : Islam menjaga Agama
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutnya, Wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan ; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada penciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus tapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”
(surah ar-Rum :30)
Bukti Islam menjaga agama ialah tiada paksaan di dalam Islam.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar,(mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata ; “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorongkan sesetengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan Menolong sesiapa yang menolong agamaNya(agama Islam) ; Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
(surah al-Hajj :40)
Ini adalah bukti yang paling jelas bahawasanya kedatangan Islam itu menjaga dan memelihara fitrah manusia untuk beragama walaupuna agama yang lain dari Islam.
Unsur kedua : Islam menjaga nyawa
Islam mensyariatkan hukuman Qisas dan Diat (ganti rugi) kepada pembunuhan yang sengaja dan kafarah bagi atas pembunuhan yang tidak sengaja.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar “diah” (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati) kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya) tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu,sedangkan ia beriman,maka (wajiblah si pembunuh membayar kafarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka,maka wajiblah membayar ‘diah’ (denda ganti nyawa)kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu,sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakan), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut ; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana"
(surah An-Nisa’ :75)
Selain itu,Islam juga mengharamkan pembunuhan jiwa sama ada dirinya atau orang lain.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu semua dengan jalan yang salah (tipu,judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu,dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”
(surah An-Nisa’ :29)
Unsur ketiga : Islam menjaga akal
Buktinya Islam mengharamkan setiap benda yang menghilangkan kewarasan akal.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan permujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan.Oleh itu,hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”
(surah al-Maidah :90)
Unsur keempat : Islam menjaga keturunan
Buktinya Islam menjaga hubungan lelalki dan wanita melalui perkahwinan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan(isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit serta dikurniakan kepada kamu benda dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat Allah”
(surah an-Nahl :72)
Unsur kelima : Islam menjaga harta
Buktinya Islam mensyariatkan hudud berkaitan dengan harta iaitu hukuman keatas pencuri.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahkan, (juga sebagai) suatu hukum pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa,lagiMaha Bijaksana”
(Surah Al-Maidah :38)
Disamping 5 unsur yang dipelihara ini,Islam juga melindungi yang bukan muslim (zimmi) dengan hak yang dijamin oleh syariat.
Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“barangsiapa yang menyakiti ahli zimmi, sesungguhnya aku menjadi musuhnya dan sesiapa yang aku menjadi musuhnya, akan aku musuhinya hingga hari kiamat”12
Begitulah Islam diturunkan Allah s.w.t kepada umat manusia bagi menyelamatkan manusia demi kebahgiaan di dunia dan akhirat dengan membekalkan segala panduan untuk kehidupan manusia.
Secara hakikatnya,Islamlah penyelesaian kepada masalah umat manusia di dunia ini.
Disediakan oleh:
Ustaz Basir Bin Mohamed
Tahun 4
Kuliah Usuluddin,Jabatan Aqidah dan Falsafah
Uiversiti Al-Azhar,Kaherah
Rujukan :
11) Mina Tayarat Al-Fikriyah,Dr.Suhair dan Dr.Lawahiz,m/s 61, Kuliah Dirasat Banat, Universiti Al-Azhar
12) Islam adalah penyelamat, Ustaz Nasaruddin Hassan At-Tantawy
Nota Diri :
Kesyumulan Islam itu sendiri sudah pun melengkapi setiap aspek indivudu muslim..Tiada perlu lagi dilontarkan pemisahan antara agama dan perkara bukan agama demi kemajuan sesebuah negara.
Tertegaknya zaman kegemilangan Islam dahulu kala jua adalah melalui tertegaknya daulah Islamiyyah dalam pentadbiran negara Islam.
Malahan,kemajuan yang dicapai oleh umat Islam ketika itu bukan diukur dengan bertapa tingginya bangunan pencakar langit yang dibina tapi kemajuan itu diukur melalui perkembangan ilmu umat Islam itu sendiri hatta mampu menjadi rujukan negara Barat untuk keluar dari zaman kegelapan.
Kemajuan yang dicapai ketika itu juga setara dengan pembangunan sahsiah dan juga akhlak individu muslim.Maka lahirlah tokoh-tokoh pemikir Islam yang bukan sahaja memiliki ilmu malahan memiliki akhlak Islamiyyah yang disanjung tinggi.
Merekalah yang memacu kemajuan serta kegemilangan umat Islam ketika itu..Berbeza dengan realiti hari ini,mampu untuk melahirkan tokoh pemikir namun sudut jiwa dan akhlaknya mencalarkan sendiri ilmu yang dimilikinya..
Justeru,sama-sama kita keluar dari arus pembawakan yang cuba diterapkan orientalis-orientalis Barat..
Islam itu adalah agama yang indah, lengkap sebagai panduan kehidupan harian individu muslim berjuruskan kebenaran al-Quran dan as-Sunnah.
Wallahua’alam..
tatapan video :
Aku membayangkan al mujahid itu sebagai seorang lelaki,
yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan,
berupaya menguasai fikiran dan segenap jurus hatinya,
Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap persiapan yang terus menerus,
Apabila diseru,dia menyahut.
Apabila dipanggil dia menjawab.
Pulang dan perginya,
Perkataan dan bicaranya,
Kesungguhan dan gurauannya
tidak melampaui bidang yang disediakannya.
Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak