Saturday, July 31, 2010

20th


Alhamdulillahi rabbil a’lamin..

Akhirnya genap sudah umur saya 20..

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang memberikan ‘kejutan’ lepas 12.00 tgh malam tadi..

Habis sungguh saya ‘dilanyak’ mereka.. =)

Terima kasih atas majlis sambutan yang ringkas..Mudah-mudahan sahabat sekalian jua diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..

Jazakumullahu khairan kathiran


20 Tahun

Sedar tak sedar umur sudah pun meningkat tua..

Segala pujian kepada Yang Maha Esa atas keberkatan umur yang diberikan kepada hambaNya..



NIKMAT USIA

Keberkatan usia merupakan suatu nikmat yang tiada nilainya..

Melaluinya kita dapat terus melaksanakan ibadah,merasai makna kehidupan & kebahagiaan dan juga belajar daripada kesilapan.

Jikamana ditarik nikmat usia oleh pemilikNya,maka

tiadalah lagi peluang untuk diri untuk terus menjadi hamba yang taat & bersyukur.


Diperingatkan kepada kita dalam Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”


(Surah al-‘Araaf, ayat 34)


Alangkah ruginya jikamana hari-hari yang dilalui,sambutan tahun demi tahun tarikh kelahiran kita tanpa merasai sedikit pun pertambahan ataupun perubahan iman kita kepada Yang Maha Esa.


Malahan semakin tua,semakin lalai kita kepadaNya,sengaja diikutkan pepatah Barat:

“Life is to Enjoy”

Maka diberikan jawapannya kepada mereka yang sedemikian rupa:


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:


“Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu sambil merayu:

Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari azab ini, kami akan mengerjakan amal soleh yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (Lalu Allah menempelak mereka), bukankah Kami sudah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir?dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan(Rasul)?

Maka,rasalah(azab Kami) dan tidak ada bagi orang yang zalim sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.”


(Surah Faathir, ayat 37)


Nauuzbillahu min zaa’lik..

Mudah-mudahan tidak akan dimasukkan kita dalam golongan itu.



IMAN

Kadang-kala,terasa juga di hati ini diuji dengan pelbagai gelora kehidupan..

Adakalanya jatuh tersungkur ketika meneruskannya..

Belum tentu akan layak untuk memiliki syurgaNya dengan berbekalkan amalan sepanjang kehidupan ini..

Mudah-mudahan masih ditetapkan iman ini untuk terus-menerus mencari keredhaanNya..


“Allahuma ya muqallibal qullub,thabit qalbi anni a’la diinik wa thoa’tik”

(Ya Allah,zat Yang Membolak-balikkan hati,tetapkanlah hatiku atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu)






Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.”


(Hadis riwayat at-Tirmizi)



1 comment:

  1. selamat hari jadi!
    semoga dimurahkan rezki dan dirahmati Allah selalu..aminn..=)

    ReplyDelete