Saturday, June 12, 2010

La Tas'aluni



La Tas'aluni
(Jangan Tanyakan Aku)

oleh : Muhammad al-Husayyn

Bait-bait syair Arab yang indah..
Penuh erti dan makna..
Penawar kekeringan hati tatkala sibuk dengan fatrah imtihan~








Jangan tanyakan aku tentang hidupku,
ia adalah sebuah rahsia kehidupan..

Ia adalah anugerah..
Ia adalah ujian..
Ia adalah dunia penuh dengan cita-cita..

Aku telah menjualkannya kepada Allah,
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk..
(2x)



Jalan hidupku adalah al-Quran,pedang dan ujian..
Allah telah memberkatinya,
dan para Nabi terdahulu telah melaluinya..

Para syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka,
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
(2x)



Jangan tanyakan aku tentang hidupku,
ia adalah rahsia kehidupan..

Ia adalah anugerah,
Ia adalah ujian,
ia adalah dunia penuh dengan cita-cita

Aku telah menjualkannya kepada Allah,
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
(2x)



Sedangkan hujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diingikanNya

Keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian

Jika engkau telah berada di muka bumi,
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas..

Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk..
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu..
(2x)


Jangan tanyakan aku tentang hidupku,
ia adalah rahsia kehidupan..

Ia adalah anugerah..
Ia adalah ujian..
Ia adalah dunia penuh dengan cita-cita..

Aku telah menjualkannya kepada Allah,
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk..
(2x)





Wednesday, June 9, 2010

Penulisan


Alhamdulillah..baru sahaja selesai menyiapkan tugas yang dipikul..

Tidak tersangka baru sahaja pulang dari mesyuarat akademik,bertimbun pula permasalahan jadual yang berlaku untuk minggu berikutnya..

Terbatal niat untuk melabuhkan badan di sofa..

Masa dihabiskan mencari & menyiapkan jalan penyelesaian atas masalah yang timbul..

Buku pula tidak tersentuh untuk malam ini..

Namun,segala pujian bagiNya,diri ini masih lagi mampu untuk berfikir untuk menyelesaikannya..

Berat juga rasanya dalam kepala ini..Allah~

Akhirnya setelah selesai,saya ambil kesempatan untuk menulis tatkala untuk menghilangkan rasa beban di hati ini..


REALITI

Berat & Dugaan..

Itulah yang terdetik di hati tatkala diberikan amanah untuk memikul tanggungjawab..

Namun,digagahkan jua mencari kekuatan di sebalik perancangan yang ditetapkanNya..

Banyak jua masa yang dikorbankan..Banyaklah jua perjuangan yang dipertaruhkan..

Kesemuanya menuntut kesabaran yang besar daripada diri seorang hamba yang lemah ini..

Ada masanya,semangat yang dipertaruhkan itu cukup kuat untuk digoncang hingga tapaknya..

Begitulah sekali apa yang saya hadapi sepanjang beberapa minggu ini..


Pernah seorang sahabat menegur :

“Aku tengok kau cam dah down je..dalam kelas pun diam..dah tak happy cam dulu”..


Maafkan saya, sahabat..

Bukan kerana rasa ‘down’di hati atas apa yang dipikul..tapi keletihan meletakkan diri ini sebegitu..

Kadang-kala,fikiran saya melayang jauh memikirkan perkara lain ketika waktu kelas..susah untuk mencari fokus di sebaliknya..

Dan sejujurnya,memang ada terdetik di hati untuk kembali senyum seperti dulu..


SERIUS

Sedikit sebanyak..inilah apa yang saya sedar pada diri ..

Saya menjadi semakin serius..Tidak banyak gurauan yang saya endahkan..

Hampir kesemuanya saya hanya mendiamkan diri..Tidak kurang juga,ada antara gurauan itu menjadi bahan teguran saya..

Maafkan untuk itu..

Adakalanya,saya selalu menyalahkan diri kerana terlalu banyak berfikir hinggakan gurauan pun menjadi serius buat diri saya..

Saya harap sahabat yang membaca dapat memahami situasi ketika itu..

Terlalu banyak perkara yang berlaku mengubah diri saya untuk menjadi lebih tegas..

Tidak ingin diri saya menjadi seorang yang sebegitu namun atas dasar amanah inilah yang mampu saya letakkan untuk menjalankan amanah sebaiknya..

Berdepan dengan pelbagai sikap serta permasalahan individu pelajar bukanlah mudah..

Adakalanya,saya terpaksa bersikap tegas akan apa yang berlaku..

Saya tidak rela melihat jiwa remaja kita ini terlalu dimanjakan dengan kesenangan mahupun kemewahan yang diberikan pada diri kita..


SEMUA MERASA

Pernah saya diterjah dengan ayat sebegini :

“Ko tu SR,kene r fikir kite orang punye masalah..jadual pack sangat,camne r kiteorang nak study?..ko tu dah pandai,tak payah study pun takpe”..

Dari mana bermula datangnya ayat ini,usahlah saya nak bercerita..Cuma agak terkilan apabila disergah sebegitu..


Kadang-kala,terdetik jua di dalam hati,

“apakah kami di pihak SR ini bukannya seorang pelajar?”

“apakah kami juga tidak ingin study?”

Kami juga adalah pelajar,kami juga merasai kurangnya waktu untuk mengulangkaji..

Apatah lagi banyak waktu juga dihabiskan memikirkan jalan untuk permudahkan segala urusan sahabat sekalian..


Kepandaian seseorang tidak menentukan segalanya..Pernah saya menulis akannya dahulu..

Sepatutnya kesusahan yang dihadapi sekarang inilah menjadikan sahabat sekalian sebagai doktor sejati..

Sentiasa bersedia walau tikamana ujian datang menimpa..

Melatih mentaliti untuk berdepan dengan “hecticness of medic's life”..

Ini baru sahaja kita berdepan dengan sehelai kertas..menanda jawapan yang betul..kemudiannya menunggu keputusannya..

Namun,kelak..apa yang bakal dihadapi adalah nyawa seorang insan..

Datang berhadapan dengan kita tanpa mengira masa dan dengan pelbagai jenis penyakit..

Tika itu,keputusan yang lebih tepat diperlukan..lebih tepat daripada menghitamkkan jawapan di dalam kertas jawapan..

Tersalah keputusan..maka hilangnya satu nyawa yang tidak bersalah atas keputusan kita…yang berakar umbi daripada sikap kita ketika di univerisiti satu ketika dahulu..

Perlukah ia berakhir dengan sebegitu?..fikirkanlah..


PERASAAN

Dua hari lepas,saya demam seharian..bukannya kerana demam disebabkan jangkitan..

Namun,disebabkan terlalu banyak ditekan daripada pelbagai individu hingga saya tidak mampu untuk berdepan dengannya..

Sudah berlembut..dan juga sudah pun bertegas akan sesetengah daripada mereka namun apa yang dilontarkan hanyalah ketidakpuashatian terhadap sistem pembelajaran pihak universiti..

Segala yang disusun dianggap menyusahkan bagi mereka..Subahanallah~

Saya memang tidak mampu untuk berkata apa..lebih baik mendiamkan diri daripada berkata sesuatu yang hasilnya mendatangkan perpecahan antara kita..

Terkilan jua melihatkan..

kita sebagai seorang yang penuh bijak berkata-kata..bijak menulis seribu satu ayat menunjukkan semangat kejatian diri..

Namun ,kitalah jua yang meninggalkan apa yang diperkatakan..

Hujah hanyalah tinggal hujah,meninggalkan amal selepasnya..


BERSABAR

Saya teringat apa yang ustaz Fairuz pesan daripada program motivasi lepas :

“Kesabaran di dalam kesabaran terhadap itu sesuatu adalah lebih besar maknanya”

Ya,mereka yang bersabar terhadap kesabaran yang menguji mereka itulah golongan yang berjaya..

Hatta,seorang nabi ataupun Rasul itu sendiri diuji Allah s.w.t dalam membawa umat mereka untuk mentauhidkan Allah s.w.t..

Inikan pula diriku sebagai seorang hamba yang lemah..

Kadangkala,mengeluh itu terlontar di hati,tanda kelemahan iman diri ini..

Ampunkanlah dosa hambaMu ini,Ya Allah~

“Dan sungguh kami akan berikan cubaan kepadamu,(berupa) dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan..Dan berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar”

(al-Baqarah : 155)


Sunday, May 23, 2010

Perasaan


Jauh di sudut hati ini..

Saya rindukan diri yang dulu..tikamana hari-hari dipenuhi dengan kesibukan menyelak buku-buku medic dan juga International Book sbg rujukan tambahan..Penuh di atas meja dengan kertas-kertas serta nota yang mampu dicatit olehku..

Saya rindukan masa-masa yang saya habiskan dahulu..Bersusah mencari jawapan bagi setiap apa yang dipelajari..dan bergembira dengan kesemua kesusahan itu..

Saya rindukan hari-hari yang dulu,di mana kekuatan & keinginan itu begitu kuat di hati..Begitu teguh untuk berdiri..



"Bersabarlah,wahai hatiku”


Friday, April 16, 2010

Di sebalik sebuah kisah..







Di sebalik sebuah kisah :

Jam tepat pukul 5.45 petang..Tidak sedar yang jam sudahpun hampir maghrib..

Dalam train,disandarkan kepalanya di sisi tingkap..Ali melepaskan keletihannya,keluh seketika..

Pandangannya dilepaskan..terlintas memori suatu tika..


3 tahun sudah ia berlalu..

Namun,tidak pernah dia lupakan saat-saatnya..Hari-hari yang dilalui masih segar di ingatannya..

Kebisingan suasana di dalam train tidak lagi dihiraukan tatkala imbasan memori mula menyingkap dirinya..

Menyinggah jauh..di mana semua ia bermula..


Ali masih teringat berdiri seorang pemuda di dalam ingatannya..Di tangannya terletak sebuah kitab..digenggamnya sekuat hati..

Menitis air matanya mengharungi suasana ketika itu..Kembali ia genggam kitab itu sekuat-kuatnya..

Mengharapkan itulah sahaja saksi kebenaran yang diperkatakannya..

Tiada seorang pun ketika itu yang berdiri buat pihaknya..Fitnah yang dilontarkan atas dirinya,menelan seribu kepahitan yang menduga..

Air matanya terus mengalir..

Ditunjukkan di hadapannya kitab tersebut..Sekali lagi dengan linangan air mata,dia bersumpah di hadapan Al-Quran al-Karim apa yang diperkatakannya adalah benar..

Menolak segala fitnah yang dilontarkan bagi membela dirinya..

Sedihnya sungguh menduga..menangislah pemuda itu tatkala dihina,dicampakkan fitnah yang dilontarkan di hadapan mukanya..

Melihatlah ia akan sekeliling itu..melihatkan ada air mata yang lain turut mengalir bersamanya..

Bertanyalah pemuda ini di dalam hatinya..apakah tiada seorang pun berdiri untuk pihaknya?tatkala ramai yang mengetahui kebenarannya..

Lidahnya menjadi kelu seketika itu..dibiarkan air mata itu mengalir..

suasana menjadi tegang..sudah tiada daya ia berdiri melainkan meletakkan harapannya itu pada Ilahi..

Suasana reda seketika itu..air matanya masih mengalir..

Dibiarkan sahaja dirinya ditinggalkan keseorangan ketika itu..tidak ingin dia berkata lebih daripada semua yang berlaku..duduklah dia di sisi kelas ketika itu..

Tiadalah mengalir lagi air mata ketika itu..Sudah bengkak dimamah kesedihan yang melanda..

Duduklah dia berseorangan..cuba menenangkan hati yang dihanyut lara..

Pedihnya tiada terkata..Pilu menahan fitnah yang dilontarkan padanya..

Cuba mencari apakah silap itu juga berpunca dari dirinya?

Hari-hari berikutnya,suasana berubah..Sedarlah pemuda ini akan perubahan sekelilingnya..

Dia hanya mampu terdiam..

Kisah-kisah memori luka makin banyak memamah diri..Menangislah dia di dalam hatinya..

Pelbagai dugaan datang menimpa..adakalanya tidak mampu dia pendamkan..adakalanya kembali mengalir menitiskan air matanya..

“Salah ini datang dari diriku”..

Pedih dan pilu dinyatakan dari dalam hati..Mungkin itulah jua yang menjadi punca semua ini..

Digagahi hari-hari yang mendatang untuk dirinya..tinggal 3 bulan sahaja ketika itu sebelum peperiksaan datang menduga..yang bakal menentukan masa hadapannya..

Dikuatkan hati..disisipkan segala kekuatan untuk membina semangatnya..Meskipun,hari-hari yang dilalui,ditontonkan kesedihan yang menimpa diri..

“Masih ada harapan ayah dan ibuku untukku penuhi”..

Bertitik mula dia membina segala kekuatan diri..Biar adakalanya air mata itu mengalir mengenangkan kesedihan diri..Namun,masih ada tanggungjawab yang perlu dia penuhi..

Segala apa yang diperkatakan..ditelan sejauh-jauhnya di dalam hati..Biarlah mereka menghina jiwa pemuda ini..Hinggalah tiba saat yang perlu dia hadapi..penentu masa hadapannya..



Berapa bulan sudah berlalu..Saat-saat yang ditunggu telah tiba..Saat untuk mengaut hasil daripada segala pengorbanannya..

Alhamdulillah..

Senyumlah pemuda itu akan hasilnya..menahankan jua air matanya melihatkan segala pahit & luka yang menduga diri..menjadi titik tolak pembina semangat & usaha buat dirinya untuk berjaya..

Berjalanlah ia menuju kepada gurunya..Menunjukkan hasil yang diperolehi..senyuman diukir kembali..

Maka berkatalah murabbi itu akan kejayaan dirinya :

“kamu tahu tak,apa kejayaan yang lagi besar yang kamu perolehi daripada apa yang kamu lalui?”

“erk..tak tau cikgu”..jawab pemuda itu


“kamu dah bina kekuatan diri kamu..kamu bangkit daripada kesedihan kamu..dan kamu buktikan apa yang tersimpan dalam diri kamu..kebolehan kamu..”

“Bukti kebenaran diri kamu bukan terletak pada usaha untuk membuktikan diri kamu difitnah ketika itu tetapi yang penting adalah jalan yang kamu pilih setelah hal itu berlaku adalah sebenar-benarnya bukti bagi diri kamu..sebagai kebenaran kepada hak kamu”..


Pemuda itu terdiam seketika..


“Kamu boleh memilih untuk memberontak,kamu boleh memilih untuk membalas kembali perbuatan fitnah ke atas kamu tetapi kamu tidak lakukannya..”

“tapi kamu pilih untuk berdiri kembali atas kesedihan diri kamu..Kamu bina segala kekuatan yang ada meskipun saya melihat kamu menangis dengan kesedihan diri kamu..dan kamu berjaya”..


“Itulah sebenar-benar kebenaran akan diri kamu yang telah kamu buktikan”..


Ayat akhir dari gurunya itu menusuk di dalm kalbunya..menahan sebak di dalam hatinya tetapi tidaklah mahu dia tonjolkan di hadapan gurunya..

Hanya senyum diukirkan sebagai penghargaan buat gurunya..

Tersentak Ali dari lamunannya..keadaan train yang bising melalui terowong ketika itu menyentak dirinya daripada lamunan yang jauh..

Ya..sudah 3 tahun kesemua itu berlalu..pemuda yang dalam lamunan itu masih berdiri kuat dengan mengengam seribu satu harapan buat keluarganya..

Kesedihan yang dilalui menjadikan dirinya seorang yang matang..Jalan yang dipilih tikamana selepas memori pahit itulah yang membentuk masa hadapannya..

“Tidak berputus asa”..

Dia masih berdiri hingga sekarang..adakalanya dia sedar kesedihan yang dahulunya masih membayangi hidupnya..

Dan kerana itu jualah dirinya dilihatkan sebagai seorang yang serius.. dia sedar sebahagian daripada senyumannya itu hilang di kala memori duka itu..

Dia hanya mampu menahankan sebak itu di dalam hati..Biarlah ketika,kisah ini akan berlalu..

Msekipun sekarang,dijadikan ia sebagai penjana kekuatan dirinya..Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi..Banyak pengalaman yang perlu ditimbanya..


Apakah memori yang sama bakal menduganya lagi?...

Ya,mungkin..dan mungkin akan lebih luka daripada yang dahulunya..

Namun,sedarlah jua buat dirinya..Dia hanyalah seorang hamba yang lemah..

Masih mengharapkan bantuan daripada Maha Pencipta..

Dan setiap tika mana ia bersedih..kepada Ilahi jua ia berserahkan dirinya..kepada-Nya dia menceritakan segalanya..

Meskipun kerana memori itu,dia acapkali menjauhkan dirinya daripada sekeliling..kerana dia sedar jauh daripada sudut hatinya,masih ada kesedihan dahulu menjadikan dirinya sukar untuk bersama sekelilingnya..

Bimbang jua,tersalah kata akan mengundang kembali peristiwa yang hinggap sebagai kesedihan di hatinya..

Berseorangan?..ya,mungkin memori dahulu meletakkan dirinya sebagai keseorangan..

Namun,cukuplah bagi dirinya Allah Yang Maha Penyayang sebagai tempat untuk dia mencari ketenangan buat dirinya.

tempat untuk mengadu segalanya..kerana pada-Nya jualah akan dirinya kembali..

-TAMAT-