Sunday, June 24, 2012

Mesir - 24 Jun 2012







Alhamdulillah..tarikh 24 Jun 2012 mencatatkan satu sejarah bagi umat Islam di Mesir atas kemenangan Dr.Mohamad Mursi selaku Presiden Mesir secara rasminya setelah revolusi 25 Januari 2011. Kegembiraan dan kesyukuran juga dirasai oleh seluruh umat Islam di negara-negara lain termasuklah juga bagi umat Islam Malaysia.

Kemenangan ini sewajarnya dijadikan suatu ibrah dan dapat kita teliti perjalannya yang mungkin kita boleh fikirkan dan dijadikan suatu pandangan & perkaitan bagi menelusuri perjuangan selaku umat Islam :

1) Perjuangan dalam menegakkan syiar Islam bukanlah suatu yang mudah. Ia adalah suatu sunnah perjuangan bahawa akan ada tangan-tangan ataupun musuh Islam yang tidak akan pernah berdiam diri mahupun bersenang apabila akan tibanya kemenangan bagi agama Allah.

2) Maka dengan sebab itulah pejuang-pejuang yang menegakkan kebenaran agama Allah perlulah persiapkan diri dengan segala bentuk kekuatan emosi,fizikal dan rohani dalam mendepani duri-duri dan kelicikan mereka yang memusuhi Islam.

3) Kemenangan itu tidak akan tercapai melalui individu tetapi memerlukan penyatuan umat Islam dan pergerakan yang tersusun.

4) Perjuangan di Mesir menunjukkan kesatuan umat Islam khususnya dan rakyat Mesir secara amnya menunjukkan kesatuan dalam menentang kezaliman, menegakkan keadilan dan meninggalkan kebatilan. Ahmed Syafiq ditolak rakyat Mesir kerana ke’fulul’annya beserta kezaliman & penyelewangan yang beliau ‘warisi’ dari zaman Mubarak.

Begitulah juga dalam konteks di negara kita,rakyat Malaysia secara amnnya dan umat Islam khususnya harus bersatu dalam menentang kezaliman,menolak kemungkaran & kebatilan serta menegakkan kembali hak dan keadilan.

5) Bertapa besarnya kepentingan medan siyasah(politik) yang perlu dikuasai umat Islam untuk memenangkan Islam hatta kerana besarnya kepentingan medan ini,bergolakan musuh-musuh Islam cuba untuk mematahkan segala usaha yang menjadikan kemenangan buat Islam.

6) Maka dengan itu,perlunya Harakah Islamiyyah (Gerakan Islam) yang bergerak dalam konteks dakwah dan juga siyasah (politik) bagi memastikan jaminan kemenangan bagi agama Allah s.w.t dan kita perlu bersama dan mendokonginya.

7) Jikalau diperhatikan,tiada konteks “perjuangan bangsa” dalam menegakkan kemenangan di Mesir. Umat Islam bersatu atas nama Islam dan rakyat Mesir bersatu menolak kezaliman dan menegakkan kembali keadilan. 

8) Ingatlah, kemenangan yang Allah s.w.t janjikan bagi agamaNya adalah suatu yang pasti. Maka, sewajarnya dijadikan suatu iktibar dan peringatan bagi mereka yang melakukan kezaliman terhadap agama Allah dan merasakan selesa ke atasnya.

9) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadanya. Sungguh, Dia Maha Penerima taubat.[An-Nasr 110:1-3].

10) Doa itu adalah senjata yang paling kuat bagi seorang mukmin. Maka sentiasalah berdoa apabila kita sudah berusaha memperjuangkannya.

“Ya Allah,tetapkanlah hati kami kepada agamaMu dan ketaatan kepadaMu”

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. diharapkan pemerintahan Malaysia juga akan menjadi seperti di Mesir..
    Mesir sudah berubah,. Malaysia bila lagi..? Adakah masih di takut lama? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. semoga kemenangan mesier adalah catatan & pelajaran yg berharga bagi umat Islam dunia...bahwa perjuangan adalah aebuah keniscayaan..pergeralan adalah ruh daripada iman...sedang kesabaran adalah jalan yg harus di tempuh..Alloohu yarham untuk umat & sdr kami di Mesir.semoga menjadi bola salju yg bergulir dlm kebaikan ke selueuh dunia.sehingga Islam bisa memimpin dunia.

    ReplyDelete