Monday, April 4, 2011

Pilihan Raya Batch


Bismillahirrahmanirrahim..

Seawal-awalnya di dalam penulisan saya ini..

Sebagai rangkap baris pertama ingin saya tujukan kepada sahabat sekalian yang membaca adalah untuk Meminta Maaf atas segala salah dan silap saya samada ada dari segi kekasaran bahasa, kelemahan mengendalikan majlis ataupun kelemahan dalam menyampaikan maklumat ketikamana majlis pilihan raya batch semalam..

Sesungguhnya saya adalah selemah-lemah hambaNya yang hina dan sedia menerima teguran yang diberi..

Awwalan,saya ingin menjelaskan setiap perkara di dalam dewan kuliah pada hari ini, namun memikirkan perihal untuk tidak mengkusutkan keadaan yang sedia ada dan sebagai menghormati keadaan sahabat yang lain yang tidak terlibat bagi memberi peluang kepada mereka untuk memberikan perhatian sepenunya terhadap pembelajaran mereka.

Justeru,saya memilih untuk menulis di dalam blog ini dan berharap penerangan yang saya catitkan melalui medium blog ini dapat meredakan keadaan yang sedia ada..

Sebarang komen,luahan ataupun cadangan sahabat amat saya alukan melalui blog ini..Insya-Allah,mana yang termampu bagi saya untuk mencari jalan penyelesaiannya,saya akan cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikannya..

Perihal Organisasi Batch

Saya meminta maaf atas kelemahan daripada saya yang kesuntukan masa untuk menerangkan lebih terperinci rasionalisasi penubuhan organisasi Batch.

Justeru,saya lampirkan kembali kertas cadangan (secara ringkas) mengapa pada sesi ini PCI mengambil inisiatif untuk menubuhkan Organisai Batch :

2.0 Rasional

1)Bilangan ahli PCI yang semakin ramai

· Tumpuan dan target bagi setiap pelaksanaan gerakkerja PCI tidak dapat dipadukan.Objektif kurang tercapai.

· Ketiadaan tempat program yang sesuai untuk melibatkan semua ahli.Tempat yang terbesar dan terbaik ialah Tingkat 3 Asrama MARA yang hanya boleh memuatkan seramai 200 orang sahaja.

2)Menyediakan medan yang lebih luas untuk semua ahli terlibat dan mengambil pengalaman dalam urusan berorganisasi.

3)Kepelbagaian kehendak/keperluan bentuk program dikalangan ahli.

4)Pembahagan tugas dan gerakkerja yang lebih tersusun dan membantu kelangsungan gerakkerja antara Organisasi PCI dan Organisasi Batch.

5)Mengurangkan sedikit masalah birokrasi yang berlebihan dalam gerakkerja.

Saya lampirkan juga bahagian yang tidak sempat saya terangkan berkaitan perihal organisasi Batch..Moga dapat memberi penerangan yang jelas buat sahabat sekalian.

1)Organisasi Batch dianggotai oleh Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch, Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Bendahari, Timbalan Bendahari serta wakil-wakil unit

2)Organisasi Batch diketuai oleh Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch

3)Organisasi jurusan/agensi (jika ada) berada dibawah Ketua Batch

4)Hubungan gerakkerja Organisasi Batch dengan Organisasi PCI :

i. Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch diletakkan secara terus dibawah Pengerusi, Timbalan Pengerusi 1 dan 2.

ii. Setiausaha dan Timbalan Setiausaha diletakkan secara terus dalam Jabatan Setiausaha PCI.

iii. Bendahari dan Timbalan Bendahari diletakkan secara terus dalam Jabatan Bendahari PCI.

iv. Unit-unit kecil berkait secara terus dengan setiap unit dalam PCI


5)Pengerusi, Timbalan Pengerusi 1 dan 2 PCI bertangungjawab sepenuhnya dalam penyelenggaraan/pengurusan organisasi batch.

6)Seorang daripada lapan orang penasihat PCI akan dilantik sebagai pemerhati/penasihat dalam gerakkerja setiap batch.


Pelaksanaan Program

1)Idea, perancangan dan pengurusan gerakkerja adalah dibawah tanggungjawab Ketua Unit bersama Timbalan Ketua Unit dan/atau Ketua Batch bersama Timbalan Ketua Batch (Rujuk Perancangan Program/Modul.

2)Setiap program yang dilaksanakan adalah bersifat batch, bukan individu.

3)Program yang melibatkan beberapa batch adalah sangat digalakkan.

4)Setiap program yang dilaksanakan hendaklah berkisar dengan visi, misi serta objektif PERUBATAN Cawangan Iskandariah :

i. Kecemerlangan akademik

ii. Kerohanian dan pembangunan insan

iii. Kebajikan ahli

iv. Konsep kebersamaan dalam komuniti PCI


5)Setiap program mesti dimaklumkan kepada Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah.


6)Dibenarkan menggunakan sebarang aset PCI dengan kebenaran.


7)Peranan JAKSI mesti dititikberatkan dalam setiap program yang dilaksanakan :

i. Bertanggungjawab memikirkan segala gerakkerja amar makruf dan nahi mungkar dalam setiap program.

ii. Menyelitkan unsur-unsur dakwah islam dalam setiap program.


8)Laporan penuh setiap program perlu diserahkan kepada Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Kertas Kerja Pelaksanaan Program

1)Kertas kerja pelaksanaan program disediakan oleh jawatankuasa Unit PCI atau jawatankuasa Organisasi Batch. (Rujuk Perancangan Program/Modul)

2)Setiap kertas kerja perlu mendapat kelulusan Pengerusi dan/atau Ketua Batch terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. (Rujuk Kelulusan)

3)Setiap kertas kerja perlu melalui Ketua Batch atau timbalan Ketua Batch.

4)Format kertas kerja akan disediakan oleh Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Iskandariah.


Kelulusan

1)Setiap program mesti mendapat kelulusan Ketua Batch.

2)Kelulusan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah diperlukan sekiranya pelaksanaan program melibatkan individu dan/atau organisasi selain PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

3)Ketua Batch yang terlibat perlu dimaklumkan sekiranya program melibatkan ahli batch tersebut.


Perancangan Program/Modul

1)Program PCI berskala kecil dan sederhana :

i. Perancangan dan penyusunan gerakkerja adalah dari Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit dalam PCI.

ii. Perancangan dan penyusunan dibantu oleh Majlis Tertinggi PCI.

iii. Pelaksanaan program adalah mengikut batch.


2)Program batch bersama PCI

i. Perancangan dan penyusunan gerakkerja adalah dibawah tanggungjawab Organisasi Batch.

ii. Perancangan dan penyusunan dipantau oleh Penasihat PCI.

iii. Pelaksanaan program adalah bersifat batch.


Peranan Penasihat


Sepertimana yang sahabat keutarakan persoalan semalam, ingin saya jelaskan kembali bahawa bukanlah suatu pendokongan PCI dalam mana-mana gerak kerja batch..

Mereka bertindak sebagai pemantau dan pemberi nasihat dalam apa jua gerak kerja batch dan kesetujuan dalam melaksanakan program adalah merujuk kepada kelulusan Ketua Batch (rujuk bahagian kelulusan) dan kesepakatan bersama antara Ketua Batch dan organisasi itu sendiri.


Secara hakikatnya,adalah tidak cukup tangan bagi kami (Pengerusi & Timbalan Pengerusi) untuk mengendalikan setiap batch dari Tahun 1 hingga 5 yang ahli PCI sekarang melitupi hampir 1000 orang.

Justeru,Lembaga Penasihat PCI diletakkan sebagai penasihat organisasi batch sesi 2011/2012 bagi membantu kami dalam menyelaraskan organisasi Batch.



Hubungan Luar

Sahabat perlu faham mengapa pihak PCI meletakkan sebarang hubungan luar perlu dimaklumkan kepada Pengerusi PCI itu sendiri.

Apa yang menjadi kerisauan di pihak kami adalah apabila berlakunya perkara yang tidak diingini kepada ahli lebih-lebih lagi di dalam keadaan Mesir yang masih belum stabil dan amin daulah yang masih belum dilantik.

Justeru,adalah diletakkan ke atas kami kewajipan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan ahli jikalau berlaku apa-apa masalah yang melibatkan orang luar dari PCI itu sendiri.

Perwakilan PCI itu sendiri akan dirujuk untuk sebarang permasalahan yang berlaku khususnya yang melibatkan mahasiswa&mahasiswi Perubatan Iskandariah.

Harap sahabat dapat memahaminya..sepertimana juga sebabnya kami menetapkan buat pihak akhwat untuk menlibatkan musyrif bagi sebarang aktiviti luar rumah pada waktu malam.

Semuanya khas demi menjaga kebajikan dan keselamatan setiap ahli PCI di sini.



Persoalan

Saya faham bahawa sahabat mempunyai pelbagai persoalan mengenai organisasi ini..
Mungkin kelemahan dari diri saya sendiri yang tidak memberikan penerangan sebaiknya ketika di dewan kuliah semalam.

Justeru,amat saya alukan untuk sahabat hadir ke Majlis Transisi Kepimpinan PCI di mana sahabat boleh membawa perkara ini di dalam sesi muhasabah dan soal jawab.

Cumanya,dari sudut pandangan diri saya sendiri khususnya buat sahabat satu batch yang saya hormati dan sayangi.

Inisiatif ia diwujudkan untuk dilaksanakan adalah untuk memberi ruang kepada sahabat untuk belajar erti memberi dalam kehidupan ini.

Skop yang lebih kecil yag diberikan, saya mengharap sahabat-sahabat yang lain dapat bersama membantu Ketua Batch dan perwakilan SR untuk menggerakkan apa yang terbaik untuk batch.

Serba salah & kekesalan yang kami (Perwakilan SR tahun 2 lepas) hadapi bilamana tidak mampu untuk meletakkan apa yang terbaik untuk batch kami bagi melihat semua berjaya naik ke Tahun 3 masih lagi berbekas di hati kami.

Jadi,saya sememangnya meletakkan harapan & kepercayaan yang tinggi kepada sahabat untuk bersama dengan organisasi batch merancang apa yang terbaiknya buat batch.

Mengharapkan semua yang ada di antara kita ini,lulus dan berjaya naik ke tahun klinikal..dan bersama mengulung ijazah bersama pada tahun 2014..

Saya sendiri masih serba salah sebab tidak lagi mampu menumpukan sepenuhnya untuk apa yang terbaik untuk batch saya sendiri sepertimana yang pernah saya dipertanggungjawabkan ketika di Tahun 2 dahulu.

Namun,saya sedia membantu dalam apa jua yang sahabat rancangkan..Membantu dari sudut saya di dalam organisasi AJKT PCI itu sendiri..

Itulah pengharapan yang saya letakkan tikamana cuba mengendalikan majlis semalam..

Mungkin kelemahan dari sudut penerangan ataupun cara pengendalian saya ketika majlis semalam..Ia menjadi perkara yag sebaliknya..

Sekali lagi,minta maaf yang mampu saya hulurkan..


Calon yang Tidak Hadir

Saya sedia maklum bahawa ia menjadi isu di dalam majlis semalam malahan saya menerima message YM dari beberapa sahabat yang tidak berpuas hati akan keputusan saya untuk tidak menerima calon yang tidak hadir ke dalam majlis untuk dilantik sebagai AJK unit dalam organisasi batch.

Bukanlah satu keputusan yang sewenang-wenangnya diambil..

Saya faham bahawa sahabat sendiri lebih memahami dan mengenali sahabat yang lain lebih baik dari diri saya sendiri..Tidak pernah terlintas di hati saya untuk raguinya.

Namun ,keputusan yang dibuat adalah untuk sahabat faham bahawa perlu ada unsur keadilan ketikamana saya sendiri mengendalikan majlis tersebut.

Bantahan yang diberikan oleh pihak akhwat ada rasionalnya memandangkan kita telah persetujui ketika di awal pilihan raya bahawa calon yang tidak hadir tidak boleh untuk dicalonkan.

Keputusan musyawarrah adalah penting dan sebagai seorang ketua perlu ada unsur kesaksamaan dalam setiap keputusannya.

Mungkin isitilah saya mengatakan saya menggunakan 'kuasa' menimbulkan keadaan yang tegang atas sahabat sekalian terutamanya pada ikhwah..

Namun,kenyataan itu bukan kerana hendak suka-suka digunakan apatah lagi saya sendiri akan dipersoalkan di akhirat kelak jikamana saya salah menggunakannya.

Saya menyatakan bahawa ia adalah keputusan saya untuk menolak cadangan sahabat sekalian secara tegas yang masih lagi tegang untuk melantik calon yang tidak hadir..

Maafkan saya kalau ia disalah anggap sebagai salah guna..kekasaran bahasa mungkin mengundang ketidak selesaan pada sahabat sekalian..


Saya ingin membawa sahabat kembali untuk melihat bagaimana Khulafa’ ar-Rasyidin dilantik menjadi khalifah.

Saidina Abu Bakar r.a dibai’ah oleh sahabat berhadapan dengan khayalak ramai dan diangkat untuk menjadi khalifah setelah kewafatan baginda Rasullah s.a.w.

Malahan ketikamana sebelum beliau kembali ke menghadap Ilahi,beliau memanggil Saidina Umar al-khatab dan bertanyakan persetujuannya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah.

Inilah apa yang ditinggalkan oleh mereka,mengajar kita untuk berbaiah dalam keputusan kita untuk melantik seseorang sebagai pemimpin.

Ia memerlukan persetujuan bersama..

Persetujuan bersama yang lahir inilah yang akan meletakkan mereka yang dilantik sedar bahawa mereka telah menerima satu tanggungjawab untuk dilaksanakan.

Saya cuba mengikut apa yang saya nampak haknya..mungkin ia perkara kecil, namun ia tidak lari menuntut ke atas diri saya untuk meletakkan apa yang haknya pada tempatnya.

Mungkin atas penggunaan bahasa yang saya tidak sedari yang digunakan di dalam majlis tersebut menyebabkan keadaan menjadi tegang dan berlaku salah faham di antara kita..

Ia suatu yang amat saya kesali dan diharap dapat diterima kemaafan dari pihak saya sendiri..


Akhir Kalam

Akhir Kalam dari saya sendiri..

Saya meminta maaf sekali lagi bagi setiap tingkah laku, bahasa dan cara pengedalian saya di dalam majlis pilihan raya Tahun 3 semalam.

Terima kasih atas setiap sokongan dan teguran yang diberikan sahabat.

Mungkin itulah yang sebaiknya Allah s.w.t tetapkan untuk mendidik saya bilamana di dalam jalur kepimpinan.

Saya bukanlah insan yang sempurna bilamana dilantik menjadi salah satu jawatan terpenting PCI.

Saya membuat silap dan masih lagi dalam peringkat belajar untuk memperbaikinya..

Justru,saya akhiri penulisan saya ini dengan ucapan Minta Maaf atas setiap segala kekurangan dan kelemahan dari pihak saya..


Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Sempurna sifatnya dan kehinaan itu datang dari diri saya sebagai pengajaran dan kasih sayang terhadap hambaNya..

Sekian.

Wallahua'lam..


21 comments:

  1. boleh la akhowat tempah kan padang ka, susunkan aktiviti rekreasi dengan mahmud ka nanti..

    ReplyDelete
  2. "Dan katakanlah : telah datang haq dan hilang lenyaplah perkara yang batil, sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap" Al-Isra':81

    ReplyDelete
  3. jujurnya kemungkinan semua perkara ni timbul atas sistem itu sendiri.. seolah-olah menunjukkan ramai tahun 3 yang tidak bersetuju.. xtau pula bagaimana dengan batch lain.. sebelum diambil kira pandangan pelajar-pelajar tahun 3, sistem dah pun dilaksanakan.. lihat sendiri kehadiran semasa pilihanraya batch dibuat.. dan jujurnya ramai yang mahu lebih fokus kepada pelajaran.. sudah tidak ramai yang mahu bekerja dan terlibat dengan PERUBATAN.. bukan tidak menyumbang, tetapi majoriti tahun 3 pernah menjadi pengarah program dan AJK sebelum ini.. tenaga kerja andai kata ingin membuat program-program besar nampak sangat kurang.. demokrasi daripada PERUBARAN pun terlalu kurang.. terasa kami terpaksa menerima semua perkara yang diputuskan oleh PERUBATAN.. untuk membuat program sesama sendiri tidak boleh.. untuk membuat hubungan luar tidak boleh.. terasa terkongkong.. sedangkan kami tidak minta menjadi ahli PERUBATAN dari awal kehadiran kami ke mesir.. kita menghargai segala usaha baik PERUBATAN.. sebagai badan kebajikan untuk memberikan kebajikan kepada pelajar.. sumbangannya banyak.. tetapi bukan atas satu kuasa yang memegang segala benda.. memaksa menerima segala benda.. biokrasi pula agak keterlaluan.. sistem baru ini bukan mengurangkan, tetapi menambahkan..

    ReplyDelete
  4. afiq, kalau betol lah jadi, kami tak setuju langsung maro jadi penasihat kita. ko tlg cakap kt die yg majoriti budak laki buat2 baik je depan die, tapi sebenya tak, perempuan je kot yg nampak die baik..cube ko tnye budak2 yg penah keje ngn die, budak ni dah fed up dh ngn maro, perfectionist sgt..ko pun dah ada gaya nk jadi cm die..semua nk perfect, urusan yg simple, tbe2 jadi rumit, kene buat itu la, ini la.. tlg la sedar yg ramai dalam batch kite yg buat2 baik je depan ko afiq..ko pun tak rapat ngn budak2 lain..turun padang tak, turun asrama je, kat asrama tu budak2 baik je yg selalu pegi, budak2 yg jahat ni turun ke padang bola je, klu ko rapat ngn budak2 nakal ni aku rasa lagi bagus,

    cube ko tgk alep acap, dulu budak2 mmg tak suke die, buat lawak pastu ketawa sorg2, tp skg ko tgk la, die wlupun org tak suke, tapi die becampur ngn budak lain, main futsal pun geng ngn budak nakal lagi, takde masalh pun..semua org dh boleh terima die skrg..

    tp ko?

    dari 1st year smpai skg? jogging pun tak..support perubatan apekebenda klu cmtu..kene campur la sket ngn budak2 lain..

    tgk akmal, die rajin kot pegi rumah si fadli, rumah syafiq gmn tu, tny ape problem diorg smua, aku tak taula ko buat ke tak cmni.

    ini la msalah pemimpin perubatan skg, bertegur sape ngn geng2 baik je, yg hisap rokok smua ni korg dh mark "nakal" dan tak dapat diselamatkan gamaknye..

    yg aku tgk ok, abg din ngn abg rahim je stakat ni..yg lain,,entahla, tak tau lagi.

    jujur aku rase nyesal undi ko haritu..jgn kecik hati eh..just luahan hati je..ok..

    ReplyDelete
  5. aku tahu anon, maksud hubungan luar kau tu isma.
    aku tak rasa pun perubatan halang kita nak buat hubungan luar. cuma perubatan kena jaga nama baik dia jugak. dia kan nak jaga kebajikan student je.

    yang ko rasa perubatan tertutup sangat tu nape??
    ko rase ko yang terkongkong??
    masuklah perubatan, ubah apa yang ko nak ubah.

    aku rasa logik lah perubatan buat camtu. kalau ada masalah hubungan luar perubatan gak kena band ngan pihak lain. kena jawab. sedangkan bukan semua ahli perubatan yang buat.

    open la sikit. perubatan ahli dia pelbagai.

    lagi satu, ko dok kondem afiq ni watpe? kalau tak puas hati bagitau je lah dia face to face. ni dok ngate kat sini. sian tau. semua orang bace. ko tak de perasaan ke?? kalau orang wat camtu kat ko. consider lah sikit. alah ko tu pun tak lah perfect sangat.

    ReplyDelete
  6. Kite selalu sgt nampak bahagian yang buruk pada seseorang. susah sekali nak nampak kebaikan, walaupun kebaikan itu mengatasi keburukan. betullah bila ada titik hitam di atas kertas putih, pastinya yg difokus titik hitam itu. Tapi baiknya kalau titik hitam itu boleh dipadam dengan pemadam, bererti kita masih diberi peluang untuk terus berubah, menjadi lebih baik. kadang kala orang terus menerus mencemuh, memcemarkan nama kita walaupun kita sudah berusaha menjadi yang lebih baik. itulah lumrah kehidupan apabila syaitan berada di sisi. Tidak apalah afiq, apapun tindakan kita, rujuklah pada Allah. Allah lebih baik menilai kita daripada manusia itu sendiri. Banyakkan bersabar ye..

    ReplyDelete
  7. salam. afiq.. allah sayang semua ummat muhammad... and aku pon sayang ko juga.. smileeee...


    hit me if u need me.. dush.. hehe... smilee yer

    ReplyDelete
  8. eh anon atas tu.
    tak de manner betul lah. ko tak belajar ke cara sopan sket dalam bercakap. nak tegur orang cara yang betul lah.
    ni main redah je. mana tarbiyah yang ko dapat selama ni??
    haha.

    afiq, no worries lah. insyaAllah ramai je yang sokong ko dari belakang nih. lantaklah puak lain tu. ko dah ok, dengan cara ko mintak maaf ni. biarlah golongan yang rasa diorang bagus tu. all da best lah ye !

    ReplyDelete
  9. ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة

    menegur biarlah dengan cara baik bukan dengan sekasar-kasar bahasa. tidak perlu bersinis-sinis. alangkah baiknya jika perkara ini tidak diperbesar-besarkan. tegurlah didepan mata. senang koje. tidak perlu nak memalukan pihak lain
    ISMA ke PERUBATAN ke ULTRAMAN ke BATMAN ke, semua ingin menuju matlamat yang satu iaitu mendapat redha Ilahi. Kalau nak berpecah belah baik korang masuk kubur la! WOHA!

    ReplyDelete
  10. saya anon comment ke 4 : anon comment ke 4 dan anon comment ke ke 5 bukan orang yang sama.. saya sendiri tidak bersetuju dengan anon komen ke 5 dengan kondem individu.. dan hubungan luar yang dimaksudkan tidak tertuju kepada mana-mana persatuan sama ada ISMA, PEMERAM, GIM atau mana-mana pihak lain.. saya minta maaf.. saya x tujukan salah kepada sesiapa.. pandangan terhadap sistem yang mungkin sedikit kasar.. kelemahan saya sendiri.. minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati..

    ReplyDelete
  11. Bismillahirrahmanirrahim..

    Pertama sekali saya mengajak semua supaya beristighfar banyak2 ..
    mungkin dengan marah , syaitan senang untuk masuk kedalam diri kita..

    Be Positif..

    Pertama sekali..
    saya amat kurang gemar apabila sangka2 buruk ni berlaku..
    akhirnya kita akan berasa tidak senang dengan sekeliling dan tension akan berbalik kepada diri kita sendiri ..

    Chill, and Be cool..
    insyaALLAH kher

    Ya Jadi pemimpin x pernah mudah dan senang..
    semuanye memerlukan akal yg tangkas ,
    memikirkan setiap yg positif dan negatif setiap perkara..

    So, insyaALLAH
    segala perkara ada jalan keluar
    "wamayyattaqillaha yaj'al lahu mahraja"
    (sesiapa yg bertaqwa kepada ALLAH, ALLAH akan menjadikan ia jalan keluar)

    Apa2 pun..
    tenangkan diri setenang pantai meditteranean..

    kita akan discuss untuk selesaikan semuanya ..

    "Sayangilah sahabat2 disekeliling kita, kita takkan lari kemana .. sahabatlah keluarga"

    sorry kali ni agak skema sikit..
    Be Cool and think Postive insyaALLAH...

    Allah sayang org yg menyayangi sesama Muslim keranaNya...

    -syahmi-

    ReplyDelete
  12. Hmm anon yg diatas yg sungguh tidak sopan menegur.care anda menegur sungguh cukop melambangkan diri anda.knp ade istilah puak nakal?dah tau diri tuh nakal,bawak2 la jadi org baik.pg la ckp depan2 kalau xpuas hati.bukan tulis bg satu dunia bace.afiq ade kelemahannye,and amat tidak layak utk trime teguran mcm tuh.semoga Allah bg kau petunjuk.

    ReplyDelete
  13. Ui sape yg anon menegor org xde lapik lgsung tp xletak name?klu bgus ngan brani sgt pg la letak name or ckp depan2 afiq.kutuk blakang bukan men laju je.ckp org bukan maen,diri tuh bgus sgt ke?ntah2 kau tula org yg plg byk org xsuke nak banding org yg xsuke afiq.
    Saba la afiq,doa byk2.perbaiki kesilapan semoga Allah bg kau kemudahan dlm
    Setiap urusan.

    ReplyDelete
  14. Quote from anon
    Anonymous said...
    boleh la akhowat tempah kan padang ka, susunkan aktiviti rekreasi dengan mahmud ka nanti..
    April 4, 2011 5:15 PM


    Saya Jawab

    kamu nak lantik si "A" sebagai AJK Unit Sukan atas alasan beliau yang selalu tempah padang.

    saya ingin timbulkan persoalan

    1. adakah tugas AJK Sukan dan AKtiviti luar yang ingin kaumu lantik, tugasnya hanya menempah padang?

    2. adakah kita melantik ajk2 batch ini adalah untuk menyuruh mereka membuat semua kerja?


    sahabat2..

    kila lantik AJK2 setiap unit, bagi membantu PERANCANGAN aktiviti sahaja. apabila sampai kepada peringkat PELAKSANAAN, gerak kerja mestilah secara berkumpulan, beramai2.

    itu fungsi kita lantik AJK unit, bukan semua benda kita nak suruh dia buat, sampaikan nak tempah padang pun suruh dia?

    saya nak tanya. ???

    kalau si A ni selalu tempah padang, adakah kebolehan beliau untuk menempah padang hilang serta merta apabila tidak dilantik menjadi AJK? dan saya rasa, jika sekalipun si A tidak dilantik, beliau akan terus menjalankan tugas menempah padang. kerana apa saya beranggapan begitu? kerana saya TSIQAH terhadap beliau. tidak seperti anon2 yang mengutuk peribadi saudara afiq fahimy dan NAMPAKNYA ingin melakukan pecah belah dalam kalangan batch tahun 3.

    Quote April 4, 2011 9:29 PM
    dari 1st year smpai skg? jogging pun tak..support perubatan apekebenda klu cmtu..kene campur la sket ngn budak2 lain.

    tlg la sedar yg ramai dalam batch kite yg buat2 baik je depan ko afiq..ko pun tak rapat ngn budak2 lain..turun padang tak, turun asrama je, kat asrama tu budak2 baik je yg selalu pegi, budak2 yg jahat ni turun ke padang bola je, klu ko rapat ngn budak2 nakal ni aku rasa lagi bagus,

    saya tidak sangka ada dalam kalangan pelajar tahun tiga yang "talam dua muka". depan2 baik, belakang2 kutuk, keji, umpat... adakah benar apa yang saudara katakan? "MAJORITI""RAMAI?!!!" benarkah? ataupun hanya saudara seorang sahaja?

    adakah satu kesalahan tidak turun bermain bola? atas pendirian apa kamu mem"baik"kan pelajar yang turun ke asrama dan men'Jahat"kan pelajar yang turun padang?

    sila menjadi lebih matang dan BERANI!
    jangan ingat apa yang kita cakap, semua betul. kadang2 syaitan hias bagi nampak cantik, sepertinya kita berada di pihak yang HAQ.. muhasabah diri saya sendiri...


    sila fikir sebelum cakap/tulis, jangan ikut emosi anda. walaupun anda menggunakan "anon" sebagai pelindung bagi mengutuk orang lain, sesungguhnya ALLAH maha mengetahui.

    kadang2 kita tak perasan gaya bahasa kita, sedangkan orang lain dah boleh cam dengan tengok pendahuluan sahaja...

    maaf salah silap. afiq fahimy sendiri dah minta maaf tentang peristiwa semalam. kamu bila lagi.
    pilihan 1. sila hubungi afiq secara terus dan nyatakan yang kamu tidak puas hati dan kamu mengutuk dia dalam komen kamu. Adakah kamu anggap afiq tidak mempunyai perasaan, tidak sakit hati?
    pilihan 2. tak perlu minta maaf, kita setel kat akhirat. "kita tak SALAH kan? buat apa minta maaf?"

    Ahmad Dzarrin Bin Hanafi
    3rd Year IUMP
    Alexandria Faculty of Medicine
    +20115813591
    http://dzarrin.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. salam bro...
    chill keyh....
    aku da penah kena dlu camni dok kena condenm2 sume ni....:)

    xpela....yg penting,kiter maafkan diorg2 anon ni...semoga xteruskan fitnah pada mana2 pihak....

    pedih kot kena fire camni....
    xpela...at least ALLAH nak ajar kiter atas kesilapan kiter kan.....
    insyaALLAH kheir la bro...
    be strong keyh!

    hope kita sama2 dirahmati ALLAH....
    ameen...
    chow..salam

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. rasanya kalau nak komen, x elok lah nak komen pedas2. kalau nk tegur, tegur la elok-elok kalau dia buat salah. Afiq pun manusia yang tak terlepas dr buat kesilapan, dan ada perasaan.

    Afiq, harap kau dapat buat kerja dgn lebih efektif. anggap ni dugaan dr Allag. :)

    ReplyDelete
  18. sekali lagi WOHA!
    kamu-kamu semua makhluk yang sama. berada diatas landasan sama, ingin mencapai satu matlamat yang sama. hidup biarla sentiasa berbakti. tidak kira kita ingin bergerak didalam PERUBATAN ke? dalam ISMA ke? dalam BATMAN ke? semua sama. jangan sesekali kita menjustifikasikan manusia terhadap tindakannya. sesungguhnya syurga neraka itu berada pada kekuasaan ALLAH S.W.T. sifat wara', nakal dan sesuatu yang zahir itu boleh dilihat dengan mata dan akal manusia, tapi tidak akan berlepas dari pandangan ALLAH.

    ألم تر أن الله يعلم ما فى السماوات وما فى الأرض

    dan bagi ketua-ketua ye. kamu jangan ingat bahawa tanggungjawab itu adalah timbangan dunia semata-mata. menjadi ketua bukanlah kerana untuk mendapat nama. jadilah ketua yang hidup bersama rakyat jelata.WOHA!~

    إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُواْ مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُواْ وَرَأَوُاْ الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الأَسْبَابُ

    ReplyDelete