Friday, January 21, 2011

Berlalunya Pergi..



Pemergian Allayarhamah Nurul Iman bt.Ab.halim,Tahun 3,Universiti Iskandariah memang tidak didugakan..

Sekelip mata sahaja beliau pergi menemui Yang Maha Esa akibat keracunan gas karbon monoksida..(link)

Terlintas di hati saya diselubungi segenap rasa bersalah,tidak mampu berbuat apa-apa tatkala menerima kunjungan dari sahabat mengajak saya bersama apabila mendapat panggilan telefon bahawa terdapat akhwat yang pengsan..

Hanya mampu meminta sahabat saya yang lain gerak dahulu membawa arwah ke hospital dan saya pula akan menyusul kemudian..

Tidak lama itu,saya menelefon seorang sahabat..

Terkedu mendengarkan berita..

“Inalillahi wa innalillahi raajiuun”..


Saya terdiam memikirkannya..susah nak percaya..tapi itulah yang berlaku sekelip mata tanpa tiada siapa yang sangka..


Sungguh Allah s.w.t lebih menyayanginya..itulah yang mampu saya lintaskan dalam hati..

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Hayyu Asyir,Kaherah jam 9.20 malam kelmarin (18/1)(link)..

Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan yang solihin..


“Allahhummaghfirlaha warhamha wa’aafiha wa’fu ‘anhaa..”

________________________________________________________

Saya mengimbas kembali pesanan ustaz Rasyimi kepada kami ketika persediaan di IKIP dahulu..

mengingatkan kami akan penggunaan sakhanah (water heater) yang menggunakan gas sememangnya memerlukan penggunaan yang berhati-hati..

Tidak sangka,pada salah seorang dari kami jualah ia terjadi..

IKIPians 2008


Sebagai Peringatan Terbaik


“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka beruntunglah ia.Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”

(Ali Imran :185)



Sepanjang perjalanan ke Kaherah,sempat saya berbual dengan seorang sahabat..

“kalaulah kita berada di tempatnya,apakah akan cukup amalan kita untuk diberikan sebagai jawapannya?”

Kami berdua memang terdiam..


Memang sebagai insan yang lemah,tiada jawapan yang pasti untuk apa yang dipersoalkan.

Banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki..Apatah lagi tatkala memegang beban amanah dibahu ini,makin bertambah soalan yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak..

Kematianlah yang sedekat-dekat dengan diri kita,kita tidak tahu bila hatta bilamana sampai harinya..tiadalah awal,tiadalah lewat baginya..

Segalanya ditarik dalam sekelip mata..

Nikmat yang dipinjamkan selama ini kembali pada pemilikNya..Maka,tinggallah kita seorang diri untuk berdepan dengan segala persoalan dariNya..


Menitis air mata bila mengenangkan kembali dosa-dosa yang pernah menutupi diri..

Memang benar,kalaulah kita berada di tempatnya,belum tentu amalan yang sedia ada dapat menjamin sebagai jawapan dari persoalan dariNya.


Kesibukan meniti harian hidup memang sedikit sebanyak melalaikan kita..Kita sibuk dengan study,kita sibuk dengan ini,itu..dan pelbagai..

Namun,kadang-kala lalai untuk sibukkan diri menyediakan bekalan untuk akhirat kelak..

Study hingga meninggalkan solat berjemaah,melewatkan waktu solat..Sibuk sepanjang masa hingga alpa untuk duduk dan bermuhasabah akan kelakuan dosa..

Bermuka-muka surat buku-buku medic kita selak dan baca hatta sesaat kita tidak mampu untuk menyelak sehelai daripada helaian kitab suci Al-Quran..Mengalunkan nada-nada indah dari pembacaannya..


Banyak yang dosa mengaburi diri kita hinggakan kita tidak pernah layak untuk digelar sebagai penghuni syurga..

Umat akhir zaman memang terlalu banyak dosanya..sebesar kemajuan yang dicapai,sebesar itu jualah musibah & bergelumang dosa yang bakal menenggelami diri..


Sahabat..

Nilailah di mana letaknya diri kita..

Perjalanan hidup ini bukan sekadar untuk mencapai matlamat kejayaan di dunia,namun perjalanan hidup di akhirat jua perlu diselami.

Ruang masa yang diberikan kepada kita bukan sekadar untuk mengulangkaji,namun letakkanlah jua ruang untuk memberi dan berbakti..

Nikmat akal yang diberikan bukan untuk bertuhankan pada nafsu, letakkanlah ia sebagai pemandu hati,memahami dan mengerti erti kehambaan terhadapTuhanmu..

Nikmat kebahagiaan yang diberikan bukanlah sekadar untuk kegembiraan dirimu,namun letakkanlah ia sebagai pemacu peningkatan kesyukuran terhadap Tuhanmu..

Nikmat Islam yang lahir dalam dirimu bukanlah sekadar kerana namamu,namun letakkanlah ia jalan perjuangan syahadah menegakkan kemuliaan agamamu..

Nikmat kehidupan yang ada bukanlah sekadar untuk hidup buat dirimu,namun adalah untuk dikorbankan demi mencari keredhaan dari Tuhamu..



“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya..Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”

(Az-zalzalah : 7- 8)



1 comment:

  1. "Terlintas di hati saya diselubungi segenap rasa bersalah,tidak mampu berbuat apa-apa tatkala menerima kunjungan dari sahabat mengajak saya bersama apabila mendapat panggilan telefon bahawa terdapat akhwat yang pengsan.."

    kita merancang, Allah merancang, Allah sebaik-baik perancang...

    kadang bila mula nak terfikir kenapa aku tak....
    kenapalah aku tak....

    cepat hilangkan.
    semuanya dah tersurat.

    moga arwah bersama dengan orang-orang yang soleh.

    dan kita di sini terus mengumpul bekalan bertemunya kelak...

    ReplyDelete