Inilah antara hari yang terpanjang untuk dilalui buat semua..
4 jam lectures sedikit sebanyak menguji mujahadah kita dalam menuntut ilmu.
Dewan kuliah lengang selepas 2 jam..Kebanyakannya mengangkat kaki keluar dari dewan kuliah..
Saya tidak banyak berkata melihat individu demi individu keluar dari dewan kuliah..Hanya duduk termenung di kerusi sendiri..
Terimbas kembali kata-kata seorang ustaz tikamana di bangku sekolah dahulu :
“Umat Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W kesemuanya mengangkat senjata,menumpahkan darah serta syahid dalam menegakkan kebenaran Islam di jalan yang benar”
“Hinggalah hari ini,umat Islam hanya perlu mengangkat sebatang pen & sehelai kertas(ilmu) untuk berjuang,namun sudahpun kalah di hadapannya”..
Zaman sememangnya terlalu banyak perubahan,perbezaan antara zaman Baginda Rasullah s.a.w berserta para sahabat bak langit dengan bumi dengan zaman yang dikecapi oleh Islam masa kini..
Hasil dari pengorbanan para shuhada’ dahulunya meletakkan umat Islam dalam zon selesa hinggalah hari demi hari ia luntur dalam diri para pemuda Islam bahawa besarnya erti perjuangan itu..
Penelitian kita terhadap keinginan perjuangan itu hanya terletak pada medan dakwah tetapi terlupa bahawa menuntut ilmu itu jua merupakan satu perjuangan..satu mujahadah untuk mendapatkan keredhaanNya terutamanya bagi yang bergelar sebagai penuntut ilmu..
Sabda Rasullah S.A.W :
“Barangsiapa yang menempuh perjalanan mencari ilmu maka kelak Tuhan akan permudahkan baginya syurga”
(H.R : Muslim)
Penat itu adalah suatu yang perlu dalam bermujahadah..tiada siapa yang akan terlepas darinya,kesemua daripada kita merasa apa itu erti kepenatan..
Akan tetapi istilah ‘penat’ itu bukanlah satu pintu untuk kita buka bagi meninggalkan medan juang kita..meninggalkan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada insan yang bergelar PELAJAR..
Kita mengindamkan syurga tapi tidak ingin titikkan peluh ke atasnya..
Malah meninggalkan ‘jual-beli’ yang sewajarnya kita peroleh keuntungan daripada perjuangan kita yakni menyerahkan seluruh sepenuh hati kita dalam berjuang ke arah mendapatkan kasih sayang dan redhaNya..
Andai dibunyikan seruan Jihad demi memperjuangkan agama Islam tercinta..layakkah kita untuk membarisi barisan pertama pertahanan Islam mengangkat senjata demi mempertahankan agama tercinta andai kita sudah pun tewas dan gugur di medan menuntut ilmu..
Sayangnya,medan kita memang jauh sekali berbanding medan jihad yang dikurniakan Allah s.w.t pada para shuhada’.. Namun,kita tetap membazirkannya..
Inilah antara yang mampu membezakan apakah semangat kita memperjuangkan Islam hanya sekadar pada semangat ataupun sebenar-benarnya tulus hadir dari hati kita..
Pemuda Islam mampu memahami sebaiknya..memahami bahawa segala apa yang makruf dilaksanakannya demi memperoleh keredhaan Ilahi merupakan satu perjuangan..satu jihad..
Walau jauh untuk dibandingkan dengan jihad para shuhada’..namun tetap dilaksanakan dengan penuh kesungguhan hatta memahami bahawa setiap perkara yang dilakukan akan dtimbang seadilnya di akhirat kelak..
Justeru..
Wahai pemuda,mengapalah kamu meninggalkannya?
NIAT
Sedikit sebanyak,kemalasan kita untuk bermujahadah dipengaruhi daripada tersilapnya untuk hadirkan niat tikamana melangkah dalam menuntut ilmu..
Memetik sabda Rasullullah S.A.W mafhumnya:
“Berapa ramai yang daripada amalan gambarnya digambarkan dengan amalan dunia dijadikan sebagai amalan akhirat kerana baiknya niat,dan berapa ramai daripada amalan gambarnya digambarkan dengan amalan akhirat,kemudiaannya jadilah ia amalan dunia kerana buruknya niat”
Senantiasa tajdid niat demi memastikan niat itu adalah sebenar-benarnya demi bermujahadah ke arahNya
Barulah nikmat menuntut ilmu diperolehi..hati mudah diterangi dengan ilmu,mudah untuk memahami kuliah yang dibentangkan..
BERSEDIA
Tahun clinical jua semakin menghampiri..Malah kita semua sedia maklum akan peraturan beberapa peraturan kelayakan untuk naik clinical year..
Apa yang dilalui hari ini merupakan antara yang terawal sebelum banyak lagi kepadatan jadual yang perlu dipenuhi apabila menjelma akhir semester..
Kalaulah seawal sebegini kita sudah pun menunjukkan sikap putus asa,apatah lagi apa yang bakal menduga ketikamana di akhir semester nanti..
Slogan “Doctors of 2014” merupakan objektif untuk kita capai bersama..
Kalaulah ada 200 lebih antara kita pada tahun ini..Maka,angka 200 inilah yang sewajarnya dicapai pada tahun 2014..
Kita bersama dalam mujahadah ini..
Mudah-mudahan yang lahir daripada itu bukanlah hanya seorang yang bergelar Doktor juga sebagai seorang muslimin & muslimah yang berkhidmat serta berjuang mempertahankan agamanya..
Jikalau bukan kerana golongan pemuda masa ini,siapakah lagi bakal menerangi jalan kepimpinan negara Islam kelak..
Usah biarkan hari demi hari kita biarkan ummah kita menuju ke arah kemurkaanNya..menunggu hari untuk menerima pembalasanNya…
AKHIR KALAM
Saya sendiri yang menulis..maka saya sendiri yang pertama dan selalu membacanya..
Mudah-mudahan ia juga menjadi peringatan buat diri saya..
Maaf atas sebarang penulisan yang mengguris hati..Namun,apa yang hadir itu adalah keinginan yang terbaik buat semua..
Senantiasa berusaha untuk mepertingkatkan diri kita..setiap apa yang diusahakan itu,insya-Allah akan dibalas dengan suatu kebaikan..
Latih diri untuk sentiasa bersangka baik dengan rahmatNya..
“Kita inginkan pengakhiran yang BAIK,maka amalan & perjalanan yang dituju itu juga haruslah yang TERBAIK”
Syukran jiddan kepada saudara Afiq atas nasihat yang amat berguna untuk kita semua.
ReplyDeleteLari dari medan perjuangan adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan dan sukar diterima oleh sahabat-sahabat seperjuangan. Namun anggaplah mereka itu berundur seketika untuk mengatur strategi. (husnu dzon).
Wallahualam.
Teruskan perjuangan ke gerbang jaya.
Salam...Afiq, walaupun aku ada dalam kelas sehingga jam terakhir, tapi aku tetap rasa bersalah. Sebab kebanyakan masa kuliah tadi aku tak tumpukan perhatian sepenuhnya.
ReplyDeleteFikiran melayang, banyak yang tak masuk ; tak faham.
Tak apalah, semoga lepas ni aku, kita, dan semua orang dapat perbaiki kesilapan masing-nmasing.Amin~~
dok dalam kelas nahan ngantok.
ReplyDeletetak masuk jugak dalam kepala.
sebab tu kami balik ja.
pada pendapat saya, artikel ini bagus dan saya benar-benar menghargai usaha serta masa yang diluangkan untuk menulis artikel ini, yang turut disertakan dengan hadis pengukuhan.
ReplyDeletekalau tak silap beberapa minit lepas ada balasan komen kepada komen-komen di atas.
salam...
ReplyDeleteperingatan yang bagus..kembali terjaga agar terus tsabat dalam jalan yg telah d pilih..
susah senang itulah pilihann yg telah d buat...
salam'alaik..
ReplyDeletejazakumullah atas peringatan yang diberi..
moga kita suma lebih kuat dalam bermujahadah serta berjihad dalam menuntut ilmu Allah..(p/s:ilmu untuk mengenal kembali,asal usul kita suma..!!)
suka part nie:
" “Umat Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W kesemuanya mengangkat senjata,menumpahkan darah serta syahid dalam menegakkan kebenaran Islam di jalan yang benar”
“Hinggalah hari ini,umat Islam hanya perlu mengangkat sebatang pen & sehelai kertas(ilmu) untuk berjuang,namun sudahpun kalah di hadapannya”..
~ingatkanlah pada sahabat2 yang lupa~
wallahualam