Wednesday, April 7, 2010


Tinggal lagi 2 hari sebelum bermulanya peperiksaan buat blok
Respiratory
Masih banyak yang perlu ditatapi..

Puas jua untuk memujuk hati ini untuk kuatkan diri
..

Entah bagaimana kelmarin,
search dari youtube..dan terjumpa dengan lagu ini..

Lagu membuatkan saya tersedar daripada lamunan kesedihan diri..






shakautu ila Waki` su'a hifdhi
wa arshada-ni an tark al-ma`asi
wa akhbara-ni bi anna ilman nur
wa nur Allah la yu`ta al-`as


The great Imam ash-Shafi', he went to his teacher Waki`
Complaining about the weakness of his memory.
He told him, 'abandon rebellion, for knowledge is a light
And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'



Melihatkan lirik ini..
Terlintas ketika itu kisah Imam-As-Syafie Rahimullah..
Pelbagai riwayat hidupnya dalam menjadi seorang ulama yang mujtahid..

Terasa terbenam di hati..

Betapa lemahnya diri saya dibandingkan dengan kehebatan mereka-mereka yang terdahulu
Kecekalan mereka dalam mendalami ilmu
Dalam mencari cahaya Ilahi bagi membimbing hati manusia

Namun,
baru hanya terbentang beberapa ujian..
Sudah pun tercalit di hati akan keluhan diri..


Ya Allah,

Kerana keluhanku inilah yang menghalangku daripada cahayaMu..

Maafkan hambaMu ini,Ya Allah..








3 comments: