Thursday, April 1, 2010

Mereka adalah Guru Kita


Bismillahirahmanirrahim..

Sudah lama tidak updating blog..Terasa hilangnya waktu-waktu yang dahulunya dapat diluangkan untuk diri..Masa seolah-olah merentasi sanubari tanpa diri ini sedar bertapa jauhnya ketinggalan diriku ini..

“Demi masa,Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian..”

(al-asr : 1-2)

Lajunya waktu itu berlalu begitulah jua pelbagai peristiwa yang merentasi di sepanjang laluannya..

Pelbagai rentetan serta catitan yang dilalui..dan kali ini menulis tatkala hati ini melihat dan bertapa sedihnya melihat fenomena serta rentetan kehidupan pelajar perubatan..

Saya faham mungkin akan timbul ramai tidak bersetuju dengan penulisan ini..

tapi saya berharap sedikit sebanyak dapat dibukakan ruang bagi kita untuk muhasabah tatkala mengharungi perjalanan hidup sebagai seorang pelajar perubatan..


SEMESTER BARU

Jadual semester ke-2 bagi pelajar tahun 2 Perubatan telah pun bermula..

Tambahan pula perpindahan ke bangunan universiti yang baru menjadikan semester ini semester yang padat & sibuk buat semua..

Jadual semakin padat..8 pagi hingga 6 ptg..itulah antara yang meletihkan..

Malahan kita sendiri merungut akan jadual yang telah diatur..tidak kurang jua pelbagai tomahan yang dikeluarkan tatkala melihat perubahan yang berlaku..

Antara yang paling menyedihkan tatkala melihat kita ingin mencapai kesenangan kita sanggup berdepan dengan professor kita..mempersoalkan serta berdepan dengan menuntut hak kita sebagai seorang pelajar..

Bukanlah saya ingin memihak pada mana-mana pihak tetapi kali ini hati saya cukup tersentuh dan tidak sanggup melihat desakan demi desakan kita pada pensyarah-pensyarah kita..

Terasa depan mata ini,hilangnya adab antara seorang pelajar dengan pensyarah mereka..Terasa disantap keberkatan yang sepatutnya kita peroleh melalui mereka..

Maka saya catitkan semua ini..mudah-mudahan,kita mengetahui di mana letaknya kita sebagai seorang pelajar.





MEREKA ADALAH GURU KITA

Ya..Mereka adalah guru kita..Pensyarah ataupun lecturer yang bertungkus-lumus mengajar di hadapan kesemuanya adalah guru kita..

Maka,adalah patut kita meletakkan adab serta rasa hormat kita pada diri mereka..mereka berhak untuk dihormati,difahami serta disayangi atas setiap ilmu yang dicurahkan kepada kita..

Tatkala Saidina Umar r.a berkata dalam satu bait ayat yang indah:

“laula murabbi ma a’araftu rabbi”

(Kalau tidak kerana guruku,nescaya aku tidak akan mengenali Tuhanku)

Malah ketika mana anak Saidina Umar r.a berjaya menghafal surah al-Fatihah..Saidina Umar r.a sendiri mengurniakan ganjaran pada guru yang mengajar anaknya..

Lihatlah sendiri akhlak para sahabat..Bertapa indahnya akhlak mereka yang dididik oleh baginda Rasullah S.A.W..

Inikan pula kita..mendambakan kesenangan tanpa melihat bertapa susahnya mereka berkorban untuk memenuhi kehendak kita.

Kalau dahulunya,saya tidak pernah melihat kerja-kerja di sebalik tabir mereka..kesibukan mereka serta keinginan mereka memberikan yang terbaik bagi pihak kita..

Tikamana berurusan dengan mereka barulah saya melihat sendiri kehidupan mereka..Bertapa hari-hari yang dihabiskan oleh mereka lebih padat daripada jadual kita sebagai seorang pelajar..

Terasa malunya saya berdiri di hadapan mereka..terasa malu untuk meminta lebih daripada apa yang sepatutnya kita ada..

Pernah seketika saya duduk berbicara dengan Dr.Amal (physiology)..

“Everyday after I fininshed my classes,I’ll go to my clinic and work by there..sometimes it’s tired not to have much time for myself”..

Nilu rasanya melihatkan hari-hari yang dilalui mereka..apatah lagi mereka sendiri jua mempunyai keluarga..mempunyai anak-anak serta suami untuk diuruskan..

namun,mereka masih tetap terus meniti hari mengajar & mendidik kita..

Jauh bezanya dengan diri kita..kita hanya sebagai seorang pelajar..hari-hari hanya dihabiskan dengan belajar..tiada tanggungan untuk difikirkan..Malahan setiap langkah yang dipilih hanya akan mempengaruhi diri kita..

Tetapi tidak bagi guru-guru kita ini..Antara hari-hari yang dilalui..mereka mengharapkan ada hari untuk diri mereka..mengharapkan perlu ada masa untuk keluarga mereka..

Namun,kita masih meminta..tanpa memikirkan mereka..

Pernah jua saya mencadangkan pertukaran jadual waktu section tatkala ingin awalkan jadual bagi memberi ruang untuk peperiksaan..

Terharu rasanya ketika itu,melihatkan doktor yang bertanggungjawab section itu membuat panggilan direct (pada waktu itu juga)kepada professor lain untuk menanyakan samada ada atau tidak waktu lapang bagi mereka untuk bersama section yang diawalkan..

Kesemua mereka bersetuju..tiada sebarang bantahan akan waktu yang perlu mereka korbankan semata-mata untuk melihatkan kita senang untuk menduduki peperiksaan..

Pernahkah kita berterima kasih pada mereka?..


KESENANGAN

Hari-hari yang dilalui melihatkan pelbagai ragam kita yang mengadu-domba berkeinginan kelapangan waktu..

Kadang-kala kita menyatakan ketidakwajaran jadual harian yang telah ditetapkan..menyusahkan diri kita..membebankan diri kita..

Namun,sampai bila kita perlu ditangkup kesenangan?

Kemelayuan kita seringkali menjadi wadah untuk menuntut hak & kesenangan buat diri kita..

Sedangkan sahabat-sahabat di Malaysia mengharungi hari-hari mereka hingga waktu malam..Duduk di dalam kelas..mendengar kuliah pengajian daripada professor mereka..

Inikan pula apabila kita diberi peluang untuk menyatakan pandangan kita..hampir kesemuanya kita guna untuk mencipta kelapangan buat diri kita..

Jiwa muda kita terlalu lemah..cepat sekali untuk mencari ruang kesenangan..cepat sekali untuk mencari jalan pintas ke arah kejayaan..

sedangkan bukanlah itu yang diajarkan kepada kita..bukan itu yang dididik oleh guru-guru di sekolah kita dahulu..

Kepayahan yang dilalui masa ini sepatutnya sebagai didikan serta latihan dalam usaha kita untuk bergelar bakal doktor..doktor yang bersedia bukan sahaja daripada daripada IQ nya tetapi juga pada mentalitinya..

Jiwa seorang yang kental untuk menghadapi sebarang jua tekanan..

Apakah ada tikanya nanti,pesakit yang akan hadir di hadapan kita adalah pesakit yang kita boleh memilih keadaan sakit mereka?

Mereka akan hadir dengan pelbagai jenis penyakit dan pelbagai jenis keadaan yang kita sendiri tidak dapat sangkakan..

Apa yang perlu ada ketika itu adalah kesediaan kita untuk berhadapannya..Mentaliti yang kuat untuk berhadapan dengan segala dugaan..

Apakah semua ini akan berlaku tatkala kita selalu disuapi dengan udara kesenangan serta kelapangan dan kemudiaannya dibazirkan untuk memenuhi nafsu hiburan kita?..

Jauhlah sekali ia untuk mencapai gelaran doktor yang berjaya..

Mengapa susahnya untuk kita memahami ayat al-Quran ini :

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا

(al-baqarah : 286)

Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Tatkala kita melontarkan tomahan yang kita lalui..sedar tidak sedar kita sudah pun melontarkan ketidak syukuran kita pada Yang Maha Esa..Nau’uzubillahumin zaalik…

Saya mengerti..kadangkala ia adalah meletihkan..

tetapi lihatlah sekeliling kita..ada di antara kita yang menghabiskan waktu-waktu mereka semata-mata untuk kebaikan serta kesenangan ahli-ahlinya..

Pernahkah mereka mengeluh untuk mendapat lebih daripada yang sepatutnya?

Sedangkan kita yang masih mempunyai ruang untuk ber-chatting,tengok movie,ber-blogging dan juga ber-facebooking..

Layakkah kita untuk bersuara dengan lantang yang hilangnya kelapangan waktu daripada diri kita?

Fikirlah sejenak..adakalnya jiwa muda kita ini terlalu inginkan hiburan..terlalu melihatkan kesenangan sedangkan tiadalah erti kesenangan itu kalau tiada kesusahan di sebaliknya..

Apa yang telah diaturkan Yang Maha Esa adalah yang seperlunya buat diri kita..Dia Yang Maha Mengetahui urutan serta perjalanan hidup hamba-hambaNya..

Dia-lah Yang bergelar ar-Rahim – Yang Maha Penyayang..

Sewajibnya kita beriman serta menyakini bahawa Allah S.W.T tidak pernah sama sekali membiarkan ataupun melupakan hamba-hambaNya..

Cuma kita sendiri yang terlalu alpa dan lupa akan kasih sayangNya..

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

(Surah Ghafir : 60)

Maksudnya : Dan Tuhanmu berfirman "Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Ku-perkenankan bagimu"

Berdoalah tikamana kita dibebani dugaan..Itu yang lebih baik dari melontarkan tomahan kita..menyalahkan pelbagai pihak di sekeliling tanpa melihat bayang kita sendiri..


BERSANGKA BAIK

Mungkin kehidupan masyrakat Arab sekeliling sedikit banyak mempengaruhi perspektif kita akan pensyarah-pensyarah kita..

Membuatkan kadang-kadang kita menyamakan lecturer kita dgn Arab sekeliling kita..

Tetapi bersangka baiklah terhadap mereka..ada di antara mereka hendakkan yang terbaik lahir daripada kita..

Tiada guru yang tidak akan menyayangi anak muridnya..

“biarlah kita bersusah kerana guru kita bukan guru bersusah kerana diri kita”

Barulah manisnya berkat ilmu yang diterima..Barulah diredhai Ilahi setiap perkataan yang dicurahkan..

Maka,mudahlah bagi kita untuk memahami setiap apa yang diajarkan oleh mereka..


AKHIR KALAM

Maafkan jikalau terdapat baris-baris ayat yang agak tegas dan serius dari pihak saya..Bukanlah niat untuk memarahi ataupun memburukkan mana-mana pihak..

Cuma saya rasa tidak sampai hati melihat proffessor-professor kita bersusah tatkala kita mendesak mencari ruang kesenangan buat diri kita..

Malahan,saya sendiri jua adalah insan yang lemah..

Apa yang saya catitkan,itulah jua peringatan buat diri saya kerana sayalah orang pertama yang akan membacanya…



Buat sahabat-sahabat 2nd year,

SELAMAT BERJUANG untuk peperiksaan yang bakal menduga..

BITAUFIQ WANNAJAH~




4 comments:

  1. afiq.
    tlglah tukar tarikh midterm
    ;p

    ReplyDelete
  2. Salam ...

    Afiq..
    sabar "my BEST partner"
    teruskan usaha kita..
    bekerja untuk orang lain...

    mungkin orang lain x faham..
    atau belum lg faham
    atau kita yg belum memahamkan mereka...

    xpe2..
    ada hikmah sebaliknya..
    semoga amalan kita mendapat ganjaran ALLAH..

    p/s-kena bekerja lebih kuat kali ni, utk diri orang lain dan diri sendiri juga..jangan bazir masa..mari study

    ReplyDelete
  3. entry ini byk memberi input..kepade kawan2 yg membace,silalah hayati..jgn terlalu cepat trase hati..
    setuju dgn afiq,kite terlalu bersikap kemelayuan..pensyarah uitm slalu gak beri nasihat,jgn byk complaint..org melayu nie memg byk sgt xpuas hatinya..
    and aku juga baru sedar pasal menghargai lecturer nie..thanx!entry yg amat bernas..

    ReplyDelete
  4. malu dan pilu...
    jazakallahu khier afiq..

    ReplyDelete