Di sebalik sebuah kisah :
Jam tepat pukul 5.45 petang..Tidak sedar yang jam sudahpun hampir maghrib..
Dalam train,disandarkan kepalanya di sisi tingkap..Ali melepaskan keletihannya,keluh seketika..
Pandangannya dilepaskan..terlintas memori suatu tika..
3 tahun sudah ia berlalu..
Namun,tidak pernah dia lupakan saat-saatnya..Hari-hari yang dilalui masih segar di ingatannya..
Kebisingan suasana di dalam train tidak lagi dihiraukan tatkala imbasan memori mula menyingkap dirinya..
Menyinggah jauh..di mana semua ia bermula..
Ali masih teringat berdiri seorang pemuda di dalam ingatannya..Di tangannya terletak sebuah kitab..digenggamnya sekuat hati..
Menitis air matanya mengharungi suasana ketika itu..Kembali ia genggam kitab itu sekuat-kuatnya..
Mengharapkan itulah sahaja saksi kebenaran yang diperkatakannya..
Tiada seorang pun ketika itu yang berdiri buat pihaknya..Fitnah yang dilontarkan atas dirinya,menelan seribu kepahitan yang menduga..
Air matanya terus mengalir..
Ditunjukkan di hadapannya kitab tersebut..Sekali lagi dengan linangan air mata,dia bersumpah di hadapan Al-Quran al-Karim apa yang diperkatakannya adalah benar..
Menolak segala fitnah yang dilontarkan bagi membela dirinya..
Sedihnya sungguh menduga..menangislah pemuda itu tatkala dihina,dicampakkan fitnah yang dilontarkan di hadapan mukanya..
Melihatlah ia akan sekeliling itu..melihatkan ada air mata yang lain turut mengalir bersamanya..
Bertanyalah pemuda ini di dalam hatinya..apakah tiada seorang pun berdiri untuk pihaknya?tatkala ramai yang mengetahui kebenarannya..
Lidahnya menjadi kelu seketika itu..dibiarkan air mata itu mengalir..
suasana menjadi tegang..sudah tiada daya ia berdiri melainkan meletakkan harapannya itu pada Ilahi..
Suasana reda seketika itu..air matanya masih mengalir..
Dibiarkan sahaja dirinya ditinggalkan keseorangan ketika itu..tidak ingin dia berkata lebih daripada semua yang berlaku..duduklah dia di sisi kelas ketika itu..
Tiadalah mengalir lagi air mata ketika itu..Sudah bengkak dimamah kesedihan yang melanda..
Duduklah dia berseorangan..cuba menenangkan hati yang dihanyut lara..
Pedihnya tiada terkata..Pilu menahan fitnah yang dilontarkan padanya..
Cuba mencari apakah silap itu juga berpunca dari dirinya?
Hari-hari berikutnya,suasana berubah..Sedarlah pemuda ini akan perubahan sekelilingnya..
Dia hanya mampu terdiam..
Kisah-kisah memori luka makin banyak memamah diri..Menangislah dia di dalam hatinya..
Pelbagai dugaan datang menimpa..adakalanya tidak mampu dia pendamkan..adakalanya kembali mengalir menitiskan air matanya..
“Salah ini datang dari diriku”..
Pedih dan pilu dinyatakan dari dalam hati..Mungkin itulah jua yang menjadi punca semua ini..
Digagahi hari-hari yang mendatang untuk dirinya..tinggal 3 bulan sahaja ketika itu sebelum peperiksaan datang menduga..yang bakal menentukan masa hadapannya..
Dikuatkan hati..disisipkan segala kekuatan untuk membina semangatnya..Meskipun,hari-hari yang dilalui,ditontonkan kesedihan yang menimpa diri..
“Masih ada harapan ayah dan ibuku untukku penuhi”..
Bertitik mula dia membina segala kekuatan diri..Biar adakalanya air mata itu mengalir mengenangkan kesedihan diri..Namun,masih ada tanggungjawab yang perlu dia penuhi..
Segala apa yang diperkatakan..ditelan sejauh-jauhnya di dalam hati..Biarlah mereka menghina jiwa pemuda ini..Hinggalah tiba saat yang perlu dia hadapi..penentu masa hadapannya..
Berapa bulan sudah berlalu..Saat-saat yang ditunggu telah tiba..Saat untuk mengaut hasil daripada segala pengorbanannya..
Alhamdulillah..
Senyumlah pemuda itu akan hasilnya..menahankan jua air matanya melihatkan segala pahit & luka yang menduga diri..menjadi titik tolak pembina semangat & usaha buat dirinya untuk berjaya..
Berjalanlah ia menuju kepada gurunya..Menunjukkan hasil yang diperolehi..senyuman diukir kembali..
Maka berkatalah murabbi itu akan kejayaan dirinya :
“kamu tahu tak,apa kejayaan yang lagi besar yang kamu perolehi daripada apa yang kamu lalui?”
“erk..tak tau cikgu”..jawab pemuda itu
“kamu dah bina kekuatan diri kamu..kamu bangkit daripada kesedihan kamu..dan kamu buktikan apa yang tersimpan dalam diri kamu..kebolehan kamu..”
“Bukti kebenaran diri kamu bukan terletak pada usaha untuk membuktikan diri kamu difitnah ketika itu tetapi yang penting adalah jalan yang kamu pilih setelah hal itu berlaku adalah sebenar-benarnya bukti bagi diri kamu..sebagai kebenaran kepada hak kamu”..
Pemuda itu terdiam seketika..
“Kamu boleh memilih untuk memberontak,kamu boleh memilih untuk membalas kembali perbuatan fitnah ke atas kamu tetapi kamu tidak lakukannya..”
“tapi kamu pilih untuk berdiri kembali atas kesedihan diri kamu..Kamu bina segala kekuatan yang ada meskipun saya melihat kamu menangis dengan kesedihan diri kamu..dan kamu berjaya”..
“Itulah sebenar-benar kebenaran akan diri kamu yang telah kamu buktikan”..
Ayat akhir dari gurunya itu menusuk di dalm kalbunya..menahan sebak di dalam hatinya tetapi tidaklah mahu dia tonjolkan di hadapan gurunya..
Hanya senyum diukirkan sebagai penghargaan buat gurunya..
Tersentak Ali dari lamunannya..keadaan train yang bising melalui terowong ketika itu menyentak dirinya daripada lamunan yang jauh..
Ya..sudah 3 tahun kesemua itu berlalu..pemuda yang dalam lamunan itu masih berdiri kuat dengan mengengam seribu satu harapan buat keluarganya..
Kesedihan yang dilalui menjadikan dirinya seorang yang matang..Jalan yang dipilih tikamana selepas memori pahit itulah yang membentuk masa hadapannya..
“Tidak berputus asa”..
Dia masih berdiri hingga sekarang..adakalanya dia sedar kesedihan yang dahulunya masih membayangi hidupnya..
Dan kerana itu jualah dirinya dilihatkan sebagai seorang yang serius.. dia sedar sebahagian daripada senyumannya itu hilang di kala memori duka itu..
Dia hanya mampu menahankan sebak itu di dalam hati..Biarlah ketika,kisah ini akan berlalu..
Msekipun sekarang,dijadikan ia sebagai penjana kekuatan dirinya..Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi..Banyak pengalaman yang perlu ditimbanya..
Apakah memori yang sama bakal menduganya lagi?...
Ya,mungkin..dan mungkin akan lebih luka daripada yang dahulunya..
Namun,sedarlah jua buat dirinya..Dia hanyalah seorang hamba yang lemah..
Masih mengharapkan bantuan daripada Maha Pencipta..
Dan setiap tika mana ia bersedih..kepada Ilahi jua ia berserahkan dirinya..kepada-Nya dia menceritakan segalanya..
Meskipun kerana memori itu,dia acapkali menjauhkan dirinya daripada sekeliling..kerana dia sedar jauh daripada sudut hatinya,masih ada kesedihan dahulu menjadikan dirinya sukar untuk bersama sekelilingnya..
Bimbang jua,tersalah kata akan mengundang kembali peristiwa yang hinggap sebagai kesedihan di hatinya..
Berseorangan?..ya,mungkin memori dahulu meletakkan dirinya sebagai keseorangan..
Namun,cukuplah bagi dirinya Allah Yang Maha Penyayang sebagai tempat untuk dia mencari ketenangan buat dirinya.
tempat untuk mengadu segalanya..kerana pada-Nya jualah akan dirinya kembali..
-TAMAT-