Sunday, March 7, 2010

Mulakan dari Sekarang..


Alhamdulillah..segala pujian bagi Allah s.w.t..Pemilik sekalian alam.

Akhirnya sampai jua di Iskandariah setelah penat melintasi pengembaraan ke Luxor & Aswan..Perjalanan melihat ketamadunan Mesir Purba suatu tika dahulu..Tidak banyak ingin saya catatkan akan perjalanan ini..keseluruhannya ia suatu perjalanan yang best & relaxing..Cuma sedikit kecewa akan jadual perjalanan hinggakan lewat sampai ke Alex dan terpaksa skip dua lectures terutama pada hari pertama kuliah hari ini..Hilang juga mood semalam untuk berjalan gara-gara mengetahui akan lewat tiba di Alex..

Namun pihak penganjur sudah pun meletakkan yang terbaik untuk keseluruhan perjalanan..dan segala ucapan terima kasih bagi mereka yang menyediakan jaulah perjalanan yang menarik..wallahua’lam..

Baiklah..tujuan penulisan kali ini tiada kaitan dengan muqadimah di atas..Saya ambil peluang menulis ini memandangkan ini adalah minggu pertama kita memulakan kuliah bagi semester ke-4..Mudah-mudahan sebagai perkongsian dalam mengorak langkah yang baru dalam menuntut ilmu perubatan..







“semester baru,semangat baru”

Slogan yang akan biasa akan hadir dalam hati kita tikamana memulakan hari-hari kuliah kita pada minggu pertama ini..Alhamdulillah..ia merupakan suatu semangat dan motivasi menuju ke arah perubahan diri yang lebih baik daripada semester lepas..

Tetapi apakah persiapan kita untuk menetapkan hati dan semangat kita atas jalan perjuangan dalam menuntut ilmu perubatan?

apakahkita sudahpun merancang strategi2 untuk menaikkan kembali prestasi kita sebagai seorang pelajar?

ataupun yang semangat itu hanya tinggal semangat dan hilang tikamana masa berlalu?..

Saya menulis kali ini adalah sebagai perkongsian kepada sahabat sekalian..Sahabat berhak untuk mengambil mana-mana yang baik daripada perkongsian ini..

Mudah-mudahan sama-sama kita berjaya dalam mujahadah menuntut ilmu perubatan..Insya-Allah..

sama-sama kita membentuk peribadi seorang doktor muslim yang berjaya dan berwibawa kelak..amin..


KEHADIRAN KE KULIAH

Saya letakkan perkongsian ini sebagai yang pertama dalam adab kita dalam menuntut ilmu..Kalau post saya yang terdahulu,saya ada menulis akan betapa besarnya berkat berbanding IQ seseorang dalam menuntut ilmu..(klik di sini)..

Bagi mereka yang nampak akan besarnya berkat itu,sekalung tahniah saya ucapkan..itulah sebesar-besar hikmah yang dapat kita rasai sebagai warga penuntut ilmu..

Jadi,kali ini,selain daripada untuk mencari berkat,saya ingin membawa sahabat sekalian untuk melihat secara zahiriyah pula akan apa itu kepentingan dalam kehadiran kita ke kuliah..

“pemerhatian & pendengaran”

Ini adalah dua elemen penting yang kita peroleh daripada kehadiran kita ke kuliah..Kita melihat,mendengar dan menilai sendiri ilmu yang diperoleh..

80% daripada kunci kejayaan sesorang pelajar adalah melalui fokusnya sendiri ketika di dalam kelas ataupun di dewan kuliah..dan selebihnya 20% terletak pada ulangkaji & homework..

saya pasti sahabat semua sudah pun mendengar banyak kali peratusan ini dibawa oleh penceramah2 motivasi di sekolah sahabat sekalian..jadi,tidak perlu bagi saya untuk menghuraikannya secara lebar..Cuma inilah antara hakikat yang menyumbang kepada kejayaan seorang pelajar..

Kita akan lebih senang mengingat akan apa yang diperkatakan berbanding membaca sendiri daripada buku..

Pemerhatian & pendengaran akan melatih otak kita untuk bergerak dan memikirkan setiap kenyataan yang diucapkan oleh lecturer kita..Sebab itu adalah penting bagi kita untuk benar2 menumpukan perhatian tika mana lecturer sedang mengajar..

Baiklah..cukup berkata akan fakta..takut nanti akan memeningkan kepala semua orang.. ;p


BUAT CATATAN

Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh lecturer kita adalah lebih mudah daripada apa yang ditulis di dalam buku..catitlah apa yang dipernyatakan oleh lecturer kita sebab adakalanya apa yang diperkatakan itu tiada di dalam buku kuliah kita..

Saya faham bahawa setiap orang ada cara mereka tersendiri untuk fokus di dalam dewan kuliah..tetapi apa salahnya bagi mereka yang tetiba diserang rasa malas dan mengantuk untuk merajinkan diri menulis dan menangkap akan apa yang diperkatakan oleh lecturer kita..

Hakikatnya,mendengar adalah lebih baik daripada menulis..

Cuma ia sebagai inisiatif untuk merangsang otak kita daripada terlelap tikamana waktu kuliah..sekurang-kurangnya ada input yang boleh kita peroleh daripada kita melelapkan mata..

Terutama bagi subjek pharmacology & physiology..catitlah sebanyak mana input yang kita boleh peroleh sebab professor kita gemar mengeluarkan dalam exam akan apa yang diperkatakan daripada apa yang tertulis di dalam buku..

jadi,senang bagi kita untuk membuat revision ketika study leave nanti ..wallahua’lam..


PRE-LECTURE

Saya teringat kata-kata seorang senior ketika waktu panel discussion bersama pelajar 1st year:

“kalau tak nak tertidur dalam lecture,kita baca dahulu tajuk yang akan kita belajar sebelum mulakan kuliah sebagai pre-lecture kita”

Ya..itulah sebaik-baik cara untuk kita senang tangkap akan apa yang diajar oleh lecturer..Malam sebelum hari kesokkan kuliahnya,bacalah tajuk yang akan kita pelajari..

Biarlah kita tidak faham akan apa yang tertulis di dalam buku sebab itu bukanlah objektif utama kita membaca pada malam itu..Ia hanya sekadar “to get the idea” akan apa yang bakal kita pelajari..

Untuk pengetahuan sahabat juga,bacaan kali pertama adalah susah untuk melekat di dalam kepala..Sebab itulah bila istilah “study last minute” ketika exam dengan hanya sekali lalu membaca apa yang tertulis dalam buku susah untuk hinggap di kepala…

ia memerlukan pemahaman daripada apa yang diajarkan oleh professor..

Maka,ambillah iktibar akan pengajaran semester yang lalu..

Jadi untuk bacaan kali pertama ini,tidak perlulah untuk “tensionkan” diri untuk memahami apa yang kita baca malam itu..sekadar bacaan sambil relax..Kemudian esoknya,kita fahamkan apa yang kita baca daripada penerangan professor..

Bila senang faham & senang tangkap akan apa yang diajar,tidak timbullah keinginan untuk melelapkan mata tika waktu kuliah melainkan sahabat sendiri yang meletakkan diri lewat untuk tidur pada malam itu..

Tidak faham itulah faktor yang menyumbang untuk melelapkan mata itu sendiri..wallahua’alam..


POST-LECTURE

Bila ada “pre-lecture”,maka sudah tentu ada “post-lecture”..

Segala yang kita dapat daripada kuliah akan disimpan sebagai memori jangka pendek..Hilang tatkala kita habiskan hari-hari kita..

Jadi,penting bagi kita untuk mengulang kaji kembali topik2 yang sudah pun kita pelajari dalam HARI YANG SAMA..usah bertangguh untuk menunggu hari esok untuk mengulang kaji topik yang sudah pun pelajari..

Bertangguh inilah yang menyumbang kepada kemalasan diri untuk mengulangkaji..

Ambillah ruang antara 1-2 jam atau beberapa minit ikut kesesuaian sahabat untuk mengulangkaji topik yang dipelajari hari itu..

Pilih tempat yang sesuai untuk sahabat fokuskan diri memahami apa yang sudahpun sahabat pelajari..Tanyalah sahabat2 yang lain jikalau kita tidak memahami apa yang dipelajari..

Insya-Allah,apa yang dipelajari akan tersimpan sebagai memori jangka panjang dan akan memudahkan kita ketika study leave/gap nanti..wallahua’lam..


NOTA

Membuat nota sendiri antara jalan yang terbaik untuk kita memahami sesuatu subjek..

Nota sendiri tidak bermaksud kita menyalin kembali apa yang tertulis dalam buku kuliah..tetapi ia adalah suatu nota yang diringkaskan bagi memudahkan kita mengulangkaji tikamana kita terlupa akan sesuatu topik/subjek..

Saya faham,membuat nota memakan masa dan kadang-kadang kita sendiri tidak sempat untuk menyiapkannya..

tapi sekurang-kurangnya,kita berusaha untuk mencari inisiatif dalam menuju puncak kejayaan..

Sebagai strategi,usahlah kita habiskan masa membuat nota akan topik2 jikalau dengan hanya sekali-dua baca daripada buku,kita sudah mampu memahami & ingat akannya..

Pilihlah subjek yang sukar untuk diingingati ataupun sukar untuk dibaca di dalam buku untuk dijadikan nota..

Tambahan juga,saya mencadangkan sahabat untuk melatih diri menulis nota adalah sebagai langkah untuk merajinkan diri dalam menuntut ilmu..

sekurang-kurangnya ia sebagai pelatih untuk membuangkan titik-titik kemalasan di dalam hati..

Tiada perkara yang mudah dalam menuntut ilmu perubatan ini..

“Biarlah bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian”


MOVIE ,FACEBOOK & YM..

Fenomena inilah antara duri dalam menuntut ilmu..Ramai daripada kita senang terlalai apabila berhadapan dengannya..

Bukanlah bermakna saya berkata kita tidak patut ada facebook ataupun tengok movie dalam kehidupan harian kita..Cuma,cukuplah kalau ia dikurangkan..

Tiada halangan untuk kita berhibur sebab kadang-kala kita memerlukannya..Tetapi biarlah kena pada tempat & masanya..

Janganlah menghabiskan sepanjang malam kita menelaah movie2,”ber-facebooking” ataupun chatting yang tidak sudah..displinkan diri untuk memperuntukkan diri untuk mengulangkaji pelajaran..

Apa salahnya jikalau kita ingin sangat tengok movie,kita lakukannya tikamana kita sedang makan malam/tengah hari..kemudian kita berhentikan ia apabila sudah selesai makan..dan sambungkannya kembali pada makan malam/tengah hari pada keesokkan harinya.. ( ini sebagai cadangan ) =)

Tetapi..apa yang ingin saya sampaikan..displinkanlah diri terhadap hiburan..Terlebih hiburan menyebabkan kita mudah terlalai..Kurang hiburan menyebabkan kita tertekan..Maka,pilih yang sederhana..

Dan sebaik-baik penghibur hati tikamana jiwa terasa resah adalah membaca al-Quran..Ambillah masa untuk melihat isi kandungannya..membaca tafsirnya..melihat peringatan-peringatan yang Allah turunkan kepada manusia..

Moga akan hadir nikmat ketenangan di hati tikamana membacanya..Insya-Allah..


ISTIQAMAH

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh menyumbang kepada kejayaan seseorang..dan ia bergantung kepada individu masing-masing,setiap orang ada cara mereka tersendiri untuk berjaya..

Jikalau saya menulis berpuluh muka surat sekalipun,ia hanya akan kekal sebagai 2-3 hari sahaja..dan kemudiannya akan dilupakan,kerana itulah fitrah manusia iaitu bersifat pelupa termasuklah diri saya sendiri..

Segalanya bergantung kepada hati sahabat sendiri..sejauh mana azam & semangat untuk kita meletakkan diri sebagai seorang yang berjaya..

Firman Allah s.w.t

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ...

(Ar-Ra’d :11)

Maksudnya : Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…..(ila akhir ayah)

Jikalau benar-benar hadir dalam hati kita keinginan untuk berjaya..maka berusahalah akannya..setiap apa yang kita niatkan maka itulah yang kita bakal kecapi..

sebaik-baiknya niatkanlah hati kita menuntut ilmu ini adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda:


“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang adalah apa yang dia niatkan….(ila akhir hadith)”

(H.R :Bukhari & Muslim)

Latihkanlah diri kita untuk beristiqamah atas apa yang kita lakukan..sedikit demi sedikit..Insya-Allah,ia akan menjadi kebiasaan bagi kita dan dipermudahkan usaha kita dalam menuntut ilmu..

Kita masing-masing mengenali diri kita sendiri..Jadikanlah kelemahan itu sebagai penjana kekuatan diri..setiap orang ada kemampuan yang tidak dapat mereka lontarkan..Maka,sekaranglah waktunya untuk kita bangkitkan kekuatan yang ada dalam diri..

“Tiada manusia yang dilahirkan adalah untuk gagal”..

Kita dah buktikan diri kita sebagai antara yang berjaya tikamana lahirnya kita di muka bumi ini..Apa salahnya kita cuba berusaha sekali lagi ke arah kejayaan yang kita ingini..dan selebihnya,kita berserah pada ketentuan Allah s.w.t..

“Usaha adalah milik kita,natijahnya adalah ketentuan Ilahi”..

Latihkan diri kita untuk bersabar atas setiap apa kesusahan yang diuji pada diri kita ketika mana dalam usaha menetapkan azam kita dalam menuntut ilmu..


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya.
Ia mendapat pahala(dari kebaikan) yg diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yg dikerjakannya... "

(al-Baqarah : 286)

Sama-samalah kita berusaha..Usah bertangguh..


Mulakan ia dari SEKARANG..




8 comments:

  1. ini sangat bagus.

    sedikit lemparan diterima.

    sakit sedikit.

    gatal.

    aduhai.

    tq.

    ReplyDelete
  2. nice...
    sangat setuju pasal semua benda. cuma nak komen sikit.

    Pasal kehadiran tu, aku rase ak boleh dtg. Tapi slalu hilang fokus dlm kelas sbb ngantuk. Cmne eh?

    ReplyDelete
  3. tept : ur,welcome..hehe ;p


    khairi : cube try pre-lecture technique,sbb biasenye kita ngantuk sbb x dpt pick-up ape yg lecturer ajar..ade macam2 cara lg nk ilangkan..but for me,sebenarnya ia b'gantung kepada diri kita..if we're anxious about what we are learning..kita akan lebih fokus n susah nk ngantuk..that's my opinion.. ;)

    ReplyDelete
  4. anas likes this post...

    make studying medic enjoyable... make it interesting... kagumilah ciptaan Allah...
    penah tak ngantok main game?... tak penah an?... coz games are enjoyable...
    yes, i know "Easier said than Done"... but not impossible... like afiq said... it all depends on us... datang lecture tidur pun, xde masalah (tapi kalo boleh jgn la)...at least dapat barakah... sah keda?

    ReplyDelete
  5. anas : aiwah..bisobh kida..
    enjoyment gives out the taste..n semuanya bergantung pd hati kita..sedikit demi sedikit kita melatih hati utk sentiasa kuat dlm harungi kesusahan dlm sudying medic..mgkn bkn skrang akan timbul kekuatan itu..tapi kalau dipupuk,kita akan lihat betapa besarnya nikmat bersusah dalam usaha kita..yang penting,istiqamah~

    ReplyDelete
  6. Nice shot...
    hehe..
    study3x...
    study sampai x boring k
    relax2 sambil makan batotis pun boleh study gak
    hehe
    like this post..
    kalau xboleh contoh semua
    amik 2,3 kucing berlari pun dah cukup

    ReplyDelete
  7. Tak baca semua pon sbb pnjg sgt.
    so, malas nak baca. Lompat2 je baca.
    Ketahuilah, saya memang pemalas sbnrnya...
    but from the bits of i've read,
    nice conveyance~

    Kehadiran ke lecture...
    Many times i was able to answer the questions in the exam, be it the MCQs or essays, by recalling what i heard the professors said in the lectures or practical classes. So, lectures really do helps you out a great deal.

    ReplyDelete
  8. islahmujahidin : thanks..
    yg mane baik bole dijadikan tauladan..
    tp kan..dlm blog nie xde r lak kisah kucing yg berlari utk dijadikan contoh.. :p


    nisaku: thanks..Itulah berkat drpd seorg guru..sbb itu r kata2 & ilmu yg dicurahkan mereka akan terngiang di telinga kita di kala diperlukan..mane nak cari berkat itu?tentulah dgn kehadiran kita ke kuliah.. :)

    ReplyDelete