Monday, March 1, 2010

Catatan Kembara Sinai 2010


Alhamdulillah..segala pujian bagi Allah s.w.t yang memiliki segala kebesaran..

Akhirnya,smpai jua di Alexandria selepas 3 hari 2 malam merentasi pengembaran menjejaki perjalanan sirah Nabi Musa a.s..

Perjalanan yang amat memenatkan tapi pengalaman yang ditimba adlah suatu yang sukar dilupai..sempat saya catitkan kembali diari perjalanan membawa seribu satu memori melihat akan Kebesaran Allah s.w.t..Memuji akan betapa besarnya kekuasaan Allah .s.w.t..

Saya catitkan di blog ini,mudah-mudahan bagi diri saya sendiri tidak akan melupai ibrah(pengajaran) yang boleh diteladani serta bagi sahabat2 yang lain,ia adalah sebagai penceritaan sirah Nabi Musa a.s dalam usaha baginda mendekati Pencipta alam semesta serta kisah-kisah umat baginda yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

PERMULAAN PERJALANAN

Perjalanan kami bermula agak lewat sedikit daripada masa yang dirancang atas sebab Kaherah yang ketika itu dilanda banjir kilat..Suatu kelewatan yang tidak diduga daripada pihak musyrif..namun itulah perancangan Yang Maha Esa..kita sudahpun merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah s.w.t..

Kami mula bertolak daripada Alexandria selepas solat Subuh,26 Februari..

TERUSAN SUEZ

Setelah beberapa jam perjalanan..Kami sampai jua di sempadan untuk menyemberangi Semenanjung Sinai

Terusan Suez adalah laluan utama sebelum menjejakkan kaki ke Semenanjung Sinai..tidak banyak ingin saya catitkan akan Terusan ini..terdapat beberapa sejarah yang dikaitkan ke atasnya cuma tidak ingin memanjangkan penulisan saya kerana ingin lebih menumpukan akan sirah baginda Nabi Musa a.s..

KUBU BAR-LEV

Tempat inilah persinggahan kami yang pertama..saya tidak pasti bagaimana ejaan ‘Bar-Lev’ yang sebenarnya..tapi itulah bunyinya yang disebut ketikamana melewati tempat ini..

Apa yang ingin dikisarkan akan kubu ini adalah kisah bagaimana boleh tercatitnya 6 Oktober1973.. sebagai tarikh kemenangan Mesir ke atas Israel laknatullah alaih..

Di sinilah tempatnya terletak suatu kubu Israel yang dikatakan begitu teguh untuk diruntuhkan oleh tentera Mesir..Diceritakan bahawa hampir semua kubu Israel berjaya ditumpaskan tentera Mesir dengan bantuan tentera Syiria namun tinggal kubu Barcliff ini sahaja yang masih belum boleh dirobohkan & ditawan oleh tentera Mesir..

Diringkaskan cerita bahawa tentera Mesir & Syiria ketika itu sudahpun kehabisan usaha untuk meruntuhkan kubu ini..

Namun,dengan kekuasaan Allah s.w.t..Salah seorang syeikhul azhar ketika itu,Syeikh Abdul Halim telah didatangkan mimpi akan cara untuk mengalahkan kubu Israel ketika itu..Bagaimana?

Caranya adalah dengan menyimbah air ke arah tempat letaknya kubu ketika itu..Maka,ilham Syeikh Abdul Halim digunapakai oleh tentera Mesir untuk mengalahkan tentera Israel..

Maka,dengan kekuasaan Allah s.w.t..Seteguh& secanggih mana kubu binaan Israel,runtuh dalam sekelip mata apabila disimbahi air oleh tentera Mesir..Bagaimana cara mereka menyimbah air itu..saya tak pasti bagaimana caranya..tetapi ibrah daripada kisah ini adalah bagaimana seorang ulama yang tidak mengerti akan selok-belok peperangan mampu mencetuskan strategi untuk mengalahkan Israel laknatullah..

Begitulah besarnya hikmah seorang ulama..Mereka lebih takut akan azab Allah s.w.t dan disebabkan faktor inilah mereka lebih dekat dan tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t..Saya teringat tazkirah daripada ustaz Thaisir ketika jaulah :

“Baiknya sesebuah negeri itu adalah apabila baiknya dua orang ini ; ulama dan pemimpin negara itu”..

Sikap sesetengah pemimpin yang membelakang ulama-ulama mereka mengundang bala Allah s.w.t.. nau’zubillahu min zaa’lik..

Tidak perlu ada pemisahan antara peranan para ulama dan dalam pemerintahan para pemimpin..ulama memainkan peranan sebagai penasihat besar dalam pimpinan para pemimpin..Mereka lebih arif akan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dalam menerajui sesebuah negara..Membelakangkan mereka,maka kita sudahpun membelakangkan baginda Rasullah S.A.W menunggu dan menempah murka Allah S.W.T.. nau’zubillahu min zaa’lik..

Tidak hairanlah apabila undang-undang barat menjadi pengantara,masyarakat menjadi mudah alpa gara-gara melupakan akan pesanan ulama-ulama kita..wallahua’alam

Kubu Bar-Lev

Bergambar bersama


U’UYUN MUSA

Tempat kedua persinggahan kami selepas Kubu Barliff..Di sini terletak 12 belas mata air terpancar daripada hentakan tongkat Nabi Musa a.s..memancarkan air keluar daripada tanah..Kisah ini termaktub di dalam Al-Quran :

وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ كُلُواْ وَاشْرَبُواْ مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ مُفْسِدِينَ

(al-Baqarah : 60)

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing).Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan.

12 belas mata air yang terhasil adalah khas untuk 12 suku kaum daripada Bani Israil yang diketuai oleh ketua masing-masing..

Namun,tika kami berada di u’uyun Musa ini..hanya terdapat 2 sahaja yang tinggal..manakala selebihnya dikatakan sudahpun ditimbus oleh pasir…wallahua’lam


Bergambar bersama di U'yun Musa


GUNUNG SINAI














Di sinilah pengembaraan bermula..kami tiba di penginapan dalam jam 9.00 malam..cuaca ketika itu terlalu sejuk..Kami ambil masa untuk berehat dan makan sebelum memulakan pendakian pada jam 1.00 pagi..Cuaca yang teramat sejuk ini juga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan baju 3-4 lapis untuk merehatkan diri sebelum pendakian..

Pendakian bermula pada jam lebih kurang 1.30 pagi..awal-awalnya memang terasa tidak sabar untuk mendaki..sampai sahaja berapa kerat jalan,kaki sudahpun terasa lenguh..stamina bukanlah sekuat sahabat yang lain yang sudah pun bergerak ke hadapan..

Saya tidak ingin memanjangkan kisah pendakian ini..Cuma saya terbayang bertapa jauhnya pendakian yang beribu meter Nabi Musa a.s dalam usaha bagindauntuk bermunajat kepada Allah s.w.t..Betapa sukarnya untuk dibayangkan pada zaman ketika itu dimana tiada ada kelengkapan sepertimana zaman sekarang,baginda mampu berjaya menapak dengan seribu daya mendaki untuk sampai ke puncaknya..Begitulah h

ebatnya & besarnya karamah seorang nabi yang dimuliakan Allah s.w.t..Nabi Musa a.s ketika itu dikatakan begitu teruja untuk bertemu dengan Allah s.w.t hinggakan 70 orang pengikut setianya keciciran di belakang..Alangkah indahnya nikmat iman ketika itu..

Saya sendiri pun belum cukup sempurna untuk menempuh perjalanan pendakian ini..kadang-kala,hati ini juga mengeluh ketika mana keletihan..Astaghfirullahal a’zim..

Begitulah lemahnya iman kita tatkala diuji Allah s.w.t..Namun ditetapkan hati jua untuk sampai ke puncak apabila mengenang bertapa susahnya Nabi Musa a.s ketika itu untuk sampai ke atas puncak..

Alhamdulillah..saya sampai ke puncaknya dalam jam 4.00 pagi..agak lewat berbanding sahabat2 yang lain yang sampai pada jam 3.30 pagi..sejuk teramat sangat tambahkan pula dengan angin yang kuat..berkelubunglah kami dgn selimut berlindung dari kekuatan angin di puncak Jabal Musa..menunggu pintu surau dibuka dan solat subuh di atas sana..

Kisah Nabi Musa bermunajat kepada Allah s.w.t

termaktub di dalam surah al-a’raaf :

وَوَاعَدْنَا مُوسَى ثَلاَثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً وَقَالَ مُوسَى لأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلاَ تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ

(al-A’araf : 142)

Maksudnya : Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya iaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan".

Kisah baginda diteruskan apabila ketika baginda memohon untuk melihat wajah Yang Maha Pencipta dalam munajat baginda :

وَلَمَّا جَاء مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَـكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكّاً وَخَرَّ موسَى صَعِقاً فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

(al-a’raaf :143)

Maksudnya:Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu,dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman".

* Para mufassirin mengertikan yang nampak oleh gunung itu ialah kebesaran dan kekuasaan Allah, dan ada pula yang menafsirkan bahawa yang nampak itu hanyalah cahaya Allah s.w.t. Bagaimanapun juga nampaknya Allah itu bukanlah nampak seperti sifat makhluk,hanyalah nampak yang sesuai sifat-sifat Tuhan yang tidak dapat diukur dengan ukuran manusia.

Nabi Musa a.s dimuliakan Allah s.w.t untuk melihat kebesaran Allah s.w.t yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa sebagai mukjizat baginda dalam menyebarkan agama Allah kepada Bani Israel :

قَالَ يَا مُوسَى إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالاَتِي وَبِكَلاَمِي فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ وَكُن مِّنَ الشَّاكِرِينَ

(al-a’raaf :144)

Maksudnya: Allah berfirman: "Hai Musa, sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) kamu dari manusia yang lain (di masamu) untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur."

Itulah antara sirah anbia’ yang boleh didapati tikamana di puncak Jabal Musa.

Rasa kecewa&sedih apabila melihatkan segelintir manusia yang ‘ber-hala-luya’ kat atas puncak itu..memuja dan menyekutukan Maha Pencipta..

Namun,kita sebagai seorang muslim bukanlah tugas kita untuk mengutuk,menghina & menghukum mereka..Moga-moga suatu hari nanti,akan disampaikan hidayah di antara mereka untuk melihat dan menerima jalan Islam yang sebenar..amin..


Tempat Nabi Musa a.s bermunajat


Ramai & sesak di puncak Jabal Musa


Salji di puncak Jabal Musa


DAHAB

Laut Merah

Di sinilah destinasi kami untuk beristirehat..tapi apa yang ingin dicatitkan di sini adalah berkaitan kisah Laut Merah tempat di mana kami sempat snorkelling melihat keindahan batu karang & hidupan laut..

Kisahnya termaktub di dalam al-Quran :

فَانتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا وَكَانُواْ عَنْهَا غَافِلِينَ

(al-a’raaf : 136)

Maksudnya : Kemudian Kami menghukum mereka,maka Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami itu.

‘Mereka’ yang diceritakan itu adalah firaun & para pengikutnya yang masih kufur tikamana selepas meminta kepada Nabi Musa a.s untuk berdoa kpd Allah s.w.t untuk melepaskan mereka daripada azab Allah s.w.t dan kemudiaannya akan beriman terhadap ajaran yang dibawa baginda Nabi Musa a.s.

Namun,kekufuran tetap bertakhta di hati,malahan firaun ketika itu mengarahkan tenteranya untuk mengejar Nabi Musa a.s dan pengikutnya..Maka,ditenggelamkan mereka di dalam lautan ketikamana cuba mengikut Nabi Musa a.s beserta pengikutnya yang melintasi Laut Merah dengan mukjizat kurniaan Allah s.w.t ke atas Nabi Musa a.s..walahua’alam..


WADI ARBAI’N

Selesai beristirehat dan check-out dari Dahab..Kami meneruskan perjalanan ke Wadi Arbai’n..Tempat yang dikatakan tempat pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan 40 orang nabi..Namun menurut ustaz Thaisir,terdapat khilaf akan Wadi Arbai’n ini kerana ia jua adalah antara kisah Israeliyat, antaranya :

(i)ia adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan 40 orang nabi

(ii)ia adlah tempat pertemuan Nabi Musa a.s dengan 40 orang auliyaa (wali)

(iii)ia adalah tempat pertemuan antara Nabi Musa a.s dengan puteri nabi Syuaib a.s,Safura..


Dalam perjalanan menapak menuju ke Wadi Arbai’n,salah satu tempat yang kami singgahi adalah tempat terpancarnya air daripada celah-celah batu hasil mukjizat hentakan tongkat Nabi Musa a.s :


Rekahan air yang mengalir

وَقَطَّعْنَاهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطاً أُمَماً وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

(al-A’raaf :160)

Maksudnya : Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing- masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!". Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa.(Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu". Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri.



BANJARAN TIIH
















Kami melintasi banjaran ini ketikamana dalam perjalanan hendak pulang ke Alexandria sebelum melepasi Terusan Suez.

Sempat jua Ustaz Imran & ustaz Thaisir menerangkan kisah yang tersirat di antara banjaran ini.Kisah perdebatan Nabi Musa a.s dengan kaumnya yang ingkar akan suruhan Allah s.w.t.

Kisahnya termaktub di dalam Surah al-maidah :

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنبِيَاء وَجَعَلَكُم مُّلُوكاً وَآتَاكُم مَّا لَمْ يُؤْتِ أَحَداً مِّن الْعَالَمِينَ

(al-Maidah : 20)

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi-nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain".

يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الأَرْضَ المُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَلاَ تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ

(al-Maidah : 21)

Maksudnya : Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu lari kebelakang (kerena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang rugi.

قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْماً جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا حَتَّىَ يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِن يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ

(al-Maidah : 22)

Maksudnya : Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya".

قَالَ رَجُلاَنِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُواْ عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللّهِ فَتَوَكَّلُواْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

(al-Maidah : 23)

Maksudnya : Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.

قَالُواْ يَا مُوسَى إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَداً مَّا دَامُواْ فِيهَا فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

(al-Maidah : 24)

Maksudnya : Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasuki nya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua,sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja".

قَالَ رَبِّ إِنِّي لا أَمْلِكُ إِلاَّ نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ

(al-Maidah :25)

Maksudnya : Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu"

قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الأَرْضِ فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ

(al-Maidah :26)

Maksudnya : Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."

Begitulah kisah yang saya sempat catatkan ketikamana penerangan Ustaz Thaisir berkenaan Banjaran Tiih..Terasa agungnya kebenaran al-Quran dalam menceritakan kisah-kisah umat terdahulu..Subahanallah..

Ada terdapat lagi tempat-tempat yang kami lawati..Cuma saya tak sempat nak catitkan & ingat akan penerangan yang ustaz berikan..maa’lish..Inilah semampunya yang saya tulis bagi mengingatkan diri saya akan kebesaran & keagungan Yang Maha Esa..

Saya teringat kata-kata seorang sahabat medic daripada India,Dr.Amin yang turut menyertai jaulah kami ini :

“Selama ini kita membaca al-Quran..melihatkan tafsirnya..tetapi tidak pernah melihat kebesarannya..tetapi lepas jaulah ini,kita dapat melihat bertapa besarnya kebenaran & keagungan ayat-ayat di dalam Al-Quran”

Ya..apa yang dikatakan sememangnya adalah benar..itulah sebesar-besar ibrah yang diriku dapati melalui jaulah ini..selama ini kita hanya duduk membaca al-Quran & membaca tafsir-tafsirnya sahaja tanpa bergerak & melihat kebenaran itu sendiri..

Alhamdulillah..segala pujian kepada Yang Maha Esa..kita diberi peluang untuk melihat kebesaranNya..kebenaran yang termaktub di dalam al-Quran diperlihatkan di depan mata kita..meningkatkan lagi pucuk keimanan di dalam hati..

Ribuan terima kasih kepada Ustaz Imran & Ustaz Thaisir yang memberi terlalu banyak input untuk kami lihatkan pengajaran yang termaktub di dalam al-Quran..Pengalaman ini tidak akan kami kecapi jikalau kami hanya mengikut tourist agency..

Juga kepada Ustaz Asyraf yang bertungkus-lumus menyediakan masakan & makanan untuk kami..memang sedap..juga ucapan terima kasih kepada Ustaz Mua’z,Ustaz Azhar & Ustaz Luqman yang menjadi musyrif sepanjang perjalanan kami..

Moga keredhaan Allah s.w.t dilimpahkan kepada ustaz-ustaz semua..


Kembara Sinai 2010 - Ikhwah Trip 2
(credit kepada Afiq Faiz)






6 comments:

  1. Terbaik.. moga ibrah drpd perjalanan yg sgt bermakna ini menjadi pendorong iman untuk terus berjuang menegakkan kalam Tuhan. Ameen! TAKBIRRR!! :)

    ReplyDelete
  2. islahmujahiddin : syukran :)


    ibnu salleh : syukran,ya syeikh :)
    Insya-Allah,ibrah ini adlh utk semua..amin~
    ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete
  3. terasa mcm pergi sana lak..menarik

    ReplyDelete
  4. farhanah :nape terdiam?


    kak huda :yup..kembara ke sinai mmg menarik..ade rezeki dtg r lawat & mengembara ke sinai.. :)

    ReplyDelete