Wednesday, September 9, 2009
:::Berakhlakkah Kita?:::
Baru2 nie,kita sendiri digemparkan dgn berita yg kurang menggembirakan...Lihatlah di kaca televisyen atau di akhbar2 di mana beberapa org pemuda akn didakwa di mahkamah berikutan demonstrasi berarak 'kepala lembu' membantah pembinaan sebuah kuil..
Astaghfirullahal A'azim...
Malahan...isu di mana rakyat 'Melayu' kita sendiri yg mengamuk ketika perbincangan dua mata antara semua pihak berkaitan isu ini menjadi bahan tayangan di kaca televisyen..tujuan menulis ini bknlah hndak memperkatakan isu yg sdg hangat ini..takutkan tgn yg menulis ini disalah aggpkan..
tp apa yg ingin diperkatakan..Inikah akhlak kita sbg umat Islam di kala bulan Ramadhan ini?..melontar kerusi..berarak dgn 'kepala lembu'...menengking...terpekak melolong ketika musyawarah..tidak malukah kita sbg Umat Islam merosakkan imej kita sendiri di depan mereka yg bukan beragama Islam..?adakah ini akhlak yg diajarkan oleh baginda Rasullah S.A.W?
Beberapa hari lepas,aku smpat mengikuti sesi tazkirah yg disampaikan oleh seorg ustz..menegur akn sikap kita sbg muslim..mengupas akn apakah sbnrnya yg diajarkan oleh baginda Rasulllah S.A.W ketika bermua'malah akn terhdp mereka yg bukan beragama Islam..mlahan menegur sikap golongan2 ini..
Berikut adlah bebrapa perkara sbg muhasabah kita terhdp perlakuan oleh mereka2 yg bertindak membuta-tuli di kaca televisyen..
"Islam mengajar kita menghormati agama lain...malahan adalah memalukan kita merasakan diri kita hebat dgn memperlakukan apa yg kita lihat hari ini..
Kita mengata dan menghina mereka yg kafir sdgkan yg sbnrnya diajar oleh Islam adlah kita sewajarnya memandang mereka yg kafir ini sbg orang yg belum menerima hidayah drpd Allah S.W.T...Maka adlah wajar kita sbg umat Islam berdakwah kpd mereka agar terbuka hati mereka utk menerima Islam bknnya menghukum mereka hanya kerana mereka adlah kafir...
Sirah Rasullah S.A.W pernah menyatakan bhawa ketika mana seminggu sblm baginda wafat,baginda berjln2..dlm perjlnan tersebut,baginda terserempak dgn seorg pengemis yg buta...mengigil2 meminta sedekah...yg mengejutkan,pengemis tersebut merupakan seorg yahudi & anti kpd Rasullah S.A.W..
Maka,Baginda Rasullah S.A.W merasakan kasihan terhadap pengemis tersebut,maka baginda pulang dan bertnyakan kpd Aishah r.a apakah yg ada di rumah...Aishah r.a mengatakan hnyalah sebuku roti yg ada sbg mknn terakhir..maka,Rasullah S.A.W membwa roti tersebut yg satu-satunya mknn baginda dan dibawa pd pengemis tersebut..baginda mematahkan roti tersebut...malahan baginda sendiri menyuap dgn tgn baginda roti itu kpd pengemis yahudi yg tidak sedar bhwa tgn yg menyuap itu..adlah baginda Rasullah S.A.W..
Rasullah S.A.W menyuap pengemis itu stp hari..hggalah baginda wafat....si pengemis itu pula kepelikan dan tertnya2 di manakah org yg selalu menyuapnya stp hari...hggalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq berjmpa dgn Aishah r.a...bertnyakan apakah amalan Rasullah S.A.W terdhlu yg boleh dia teruskan pd hari ini...maka Aishah r.a menceritakan perihal Rasullah S.A.W yg selalu memberikan makan pd seorg pengemis..lalu,Saidina Abu Bakar mengambil roti dan pergi utk melakukan sptmana Rasulllah S.A.W..maka ketika hndak menyuapkan pengemis itu,pengemis itu bertnya,di manakah lelaki yg selalu menyuapkannya sblm ini..maka,Abu Bakar As-Siddiq menjwb bhwa dia sudahpn wafat..Si pengemis itu pn menanyakan perihal si penyuapnya itu..maka,Abu Bakar menceritakan bhwa dia adlah Rasullah S.A.W...
Maka terkejutlah si pengemis itu...org yahudi sndri tidak pernah menyuapnya tetapi org yg dibencinyalah yg sggup menyuapnya hari demi hari..Si pengemis tersebut rasa sgguh bersalah mlahan dia menyatakan kpd Abu Bakar,tgn Abu Bakar yg menyuapnya itu sndiri tidak sama spt tgn Rasullah S.A.W..kerana dgn tgn Rasullah S.A.W,dia dpt merasakan kasih syg..
Alangkah betapa mulianya akhlak yg ditunjukkan oleh Rasullah S.A.W terhdp seorg yahudi...yg membenci baginda...namun adkah baginda pernah menyakiti yahudi tersebut?pernahkah baginda melaknat atau menghina hanya kerana pengemis itu adlah yahudi wlaupun baginda mengetahui akan kebencian pengemis tersebut pd dirinya?"
Maha Suci Allah...amat memalukan kita sbg yg mengaku sbg umat Muhammad S.A.W berkelakuan mencaci terhadap umat lain..malah bertindak melampaui batas yg tidak pernah diajar oleh Islam..
Kita lbih suke terpekik-melolong drpd kita berdakwah secara berhemah dan merendahkan suara...bknkah akhlak yg mulia itu suatu unsur dakwah utk menarik yg kafir utk memeluk agama Islam?..kenape perlu dicemari akhlak yg ditunjukkan Rasullah S.A.W dgn ego2 kita membantah tidak tentu hala?..bknkah Islam meletakkan suatu penyelesaian kpd suatu masalah adlah melalui musywarah..bknkah Islam menuntut kesabaran dlm diri stp umatnya?..jadi mengapa kita melupakan semua itu..
secara tidak sengaja,kita mencemarkan bulan rahmat ini dgn adegan 'panas baran' kita...alahai malunya kita utk menjwab perangai saudara kita di hdpn mereka yg beragama lain...malahan,alangkah ruginya puasa kita ketika itu...bagaimanakah amalan puasa itu utk dihadapkan di hdpn Allah S.W.T melihatkan kelakuan kita yg mencemari akhlak Islamiyyah yg diajar oleh baginda Rasullah S.A.W..jgnlah kita dijdkan golongan dimana apabila amalan kita dibawa oleh malaikat utk menghadap Allah S.W.T dicampak kembali kpd muka kita kerana tiadanya redha Allah S.W.T akannya...nauzubillahu min zaa'lik..
Maka,kita nilailah diri kita...sejauh mana kita mengaku akan diri kita sbg umat Muhammad S.A.W...
sbg peringatan utk diriku dan juga saudara2 yg lain..sama-samalah kita mentarbiyahkan diri kita smntara bulan Ramadhan yg semakin hari meninggalkan kita...sesungguhnya diriku ini juga mempunyai kekurangan..dan segala silap dan salah terhadap penulisan ini dpt dimaafkan..
yg baik itu dtg drpd Allah S.W.T dan yg buruknya itu dtg dr diriku sendiri..wallahua'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment