Thursday, July 7, 2011

Perfileman - Refleksi Budaya?


“KL Gangster,terbaik!..”

Filem terbaru dari Malaysia.Cepat sahaja khabar filem terbaru Malaysia sampai di bumi Mesir..

Teknologi & promosi, segalanya cepat dan mudah tersebarnya maklumat.

Bagi saya,cuma ambil endah tak endah mendengar komen-komen yang diberikan tentang filem ini.

Kurang berminat.

Bermulalah dari filem KL Menjerit , KL Drift dan seumpamanya.Hampir semua dinamakan sempena “Kuala Lumpur – KL” sebagai promosi perfileman aksi-aksi anak-anak muda Malaysia.

Dan hampir semua itu,saya kurang minat untuk ketahui perkembangannya mendengarkan tajuknya. Apatah lagi untuk menontonnya.

Hinggalah hari ini,saya datang melawat rumah seorang sahabat untuk selesaikan urusan tertentu.

Kebetulan seorang daripada mereka sedang duduk menghadap komputer.

Layan movie.. – KL Gangster

Pada awalnya, sekadar ingin selesaikan urusan dan kemudiannya angkat kaki.Namun,sengaja menjenguk filem tersebut –[sedang dalam pertengahan cerita ketika saya menjenguk filem tersebut].

Sahabat saya menceritakan jalan ceritanya.Saya sekadar mengangguk cuba memahami jalan ceritanya.

Saya menonton sekadar melihatkan aksi dan subtitle-nya memandangkan sahabat saya menggunakan headphone untuk menonton filem tersebut.

Macam-macam aksi keluar. Tumbuk sana,tendang sini,baling sana,ketuk sini. Makin kurang minat saya untuk terus menontonnya.

Hinggalah perkara ini terlintas di pemikiran saya :

“Inikah yang dikatakan budaya kita?


Refleksi Budaya

Adegan KL Gangster


Apa yang diketengahkan di dalam dunia perfileman adalah apa yang direfleksikan dalam budaya sesebuah negara ataupun bangsa.

Melihatkan filem tersebut,hati saya kecewa melihatkan apa yang diketengahkan melalui perfileman negara adalah satu perkara yang mampu mengguris kecantikan budaya timur kita.

Manakan tidaknya dengan pelbagai aksi dan gaya yang bagi saya tidak sesuai untuk ditayangkan dan dipromosikan sebagai salah satu produk keluaran perfileman negara.

Terkedu melihatkan perspektif pemikiran budaya ketimuran kita dibentangi dengan aksi anak-anak muda kita di alam perfileman.

Malulah,kalau ia dinilai oleh masyarakat dunia bahawa inilah “metamorphosis” budaya masyarakat kita.

Seolah-olah kita sudah hampir sama dengan mereka (barat) cara hidupnya. Perfileman negara diterapkan dengan aksi-aksi yang pernah mereka perkenalkan.Anak-anak muda pula dihidangkan dengan kehebatan aksi-aksi pemuda-pemuda yang gah dalam dunianya.

Pukul-memukul,bunuh-membunuh, rempit tidak tentu hala.Seolah-olah salah laku jenayah ditayangkan secara besar-besaran di kaca mata anak-anak remaja.

Sehinggalah sahabat saya komen :

Mengetengahkan filem camni,perkara perbualan tentang arak (dan seumpama) seolah-olah jadi cam biasa untuk remaja kat KL

Ya,memang besar kesannya pada jati diri remaja.Berapa banyaknya kajian menunjukkan betapa besarnya peranan media dalam komuniti? Medium yang banyak membentuk pemikiran anak-anak muda masa kini.

Saya masih ingat dahulunya,keluar di muka akhbar, seorang abang dengan tidak sengaja membuat aksi ‘wrestling’ ke atas adiknya yang masih bayi hingga menyebabkan adiknya maut dengan aksi tersebut.

Inilah hasilnya gara-gara aksi keterlaluan yang sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran anak-anak bangsa.

Seolah-olah nampak ‘hebat’ apabila dilaksanakan aksi tersebut.Apatah lagi untuk digayakan aksi salah laku jenayah yang lain.

Jiwa anak muda yang mudah memberontak akan mudah menuruti apa yang diketengahkan dalam industri perfileman.Mereka jadikan ia idola sebagai refleksi pemberontakan mereka terhadap kehidupan mereka.


Pengaruh

Dahulunya,kita sibuk melabelkan perfileman barat banyak mempengaruhi pemikiran anak-anak kita.Banyak negativiti yang timbul daripada berleluasanya penularan promosi perfileman barat khususnya daripada Hollywood.

Negatitviti yang banyak merosakkan pemikiran anak-anak muda.Bermula dengan adegan seks bebas,pergaulan yang tidak terkawal,mafia dan seumpamanya.

Sudah lupakah kita dari mana adaptasi “isu anak luar nikah” yang berleluasa di negara kita ini datang dari mana?

Nah,inilah dia salah satu faktornya, penangan kehebatan industri perfileman barat,adegan-adegan inilah yang diadaptasi oleh anak-anak muda kita.Perfileman barat yang tidak pernah meletakkan batas untuk apa yang ingin ditayangkannya.

Kini,kita pula mengadaptasikan cara perfileman mereka ke dalam industri perfileman negara.Kita sendiri yang menjadi agen sebagai perosak pemikiran anak-anak muda kita.

Kita sendiri yang menjajah dan meracuni sahsiah dan pembentukan jati diri anak-anak remaja kita.

Malu melihatkan ‘aksi-aksi panas’ di dalam perfileman negara ditayangkan secara berleluasa bak kata sebagai “preview” bagi menghangatkan lagi hasil promosi filem mereka.

Sensitiviti kita semakin berkurangan.

Lagi hebat aksinya,lagi gasak untuk kita tontoninya. Lagi hebat untuk kita pujinya.Lagi banyak sokongannya.Manakan tidaknya industri perfileman negara yang ala-ala Hollywood,tumbuh bak cendawan lepas hujan mempertaruhkan ‘adegan-adegan’nya.

Sensitiviti kita akan perkara ini amatlah kurang.Kita menakrifkan apa yang ditayangkan dalam industri perfileman sebagai hiburan.

Tidak kita sedar bagaimana sedikit demi sedikit ia mencungkil jati diri anak-anak muda. Kita bentuk mereka dengan fantasi perfileman dan kemudiaannya diadaptasi sebagai realiti dalam kehidupan oleh remaja.

Maka,hilanglah sedikit demi sedikit generasi pelapis pimpinan negara.Keuntungan & populariti perfileman menjadi timbang-tara.

“keuntungan dijulang,jiwa anak bangsa terbuang”


Hias kembali

Sungguhpun,saya bukanlah orang yang layak bersuara lebih daripada mereka yang terlibat dalam industri perfileman.

Sekecil-kecil pendapat yang mampu saya keutarakan.

Namun,apa yang dikeutarakan di dalam penulisan ini adalah untuk menyuarakan betapa pentingnya peranan yang dimainkan di dalam industri perfileman.

Setiap apa yang ditayangkan ini sebagai bukti bagaimana kita akan membentuk generasi-generasi remaja masa kini.

Kagum dengan perubahan yang cuba dilakukan dengan industri perfileman Indonesia dimana keluaran-keluaran filem mereka cuba menerapkan pembawakan Islamiyyah sebagai tontonan masyarakat mereka.

Mungkin,sudah tiba untuk adanya sensitiviti di kalangan produser-produser dan pengarah filem untuk meneliti kembali pembawakan filem-filem mereka.

Belum lagi mengambil kira isu pembawakan artis-artis perfileman negara,isu batas pergaulan dalam perfileman dan seumpamanya.Memang akan menjadi panjang perbincangannya.

Sungguh,perkara ini sewajarnya perlu dipandang oleh pimpinan negara.Perlu ada ketulusan dalam penapisan filem-filem keluaran negara.

Pembawakan-pembawakan industri perfileman dicorakkan kembali,dihiaskan kembali untuk mengembalikan budaya ketimuran negara.Perlunya promosi pembawakan sifat-sifat moral,akhlak dan sahsiah dalam industri perfileman negara.

Usah mengejar keuntungan semata, populariti di mata dunia dan pengiktirafan kemajuan industri perfileman negara hinggakan anak-anak bangsa dihujung nyawanya.

Orang mungkin berkata saya tidak memahami apa ertinya seni dalam perfileman.

Ya,saya tidak pernah memahaminya. Namun,satu perkara yang saya fahami bahawa syariat Islam ada batas dan garis panduannya.

‘Bersih’kan kembali jiwa anak-anak muda negara kita.. =)


“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?”

[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]


2 comments:

  1. Tambahan :

    Bukanlah untuk melabelkan kesemua filem masa kini adalah tidak boleh ditonton ataupun terlalu banyak keburukannya.

    Namun,ada juga filem2 yang menonjolkan pengajaran,fakta-fakta serta kebaikan mereka sendiri yang mampu kita olah untuk kita terapkan dalam kehidupan harian kita..

    Justeru,pilihlah yang mana kebaikannya lebih untuk kita.. =)

    N/B : Penulisan adalah untuk menyentuh sensitiviti/kesedaran terhadap pengaruh perfileman terhadap anak-anak remaja..

    wallhua'alam..

    ReplyDelete
  2. Salam..Afiq, once again I've to take two days. Baru baca separuh + tambahan kat atas ni.
    Haha...Tapi aku baca.

    Sangat setuju dengan post ni. Tak faham kenapa wujudnya filem macam KL Drift, KL Gangster, Samseng dsb. Aku ni orang luar dari KL, rasa takut nak datang KL. Takut terjumpa gangster, rempit dan org yang drift tu. Padahal kat mana-mana pun ada.

    Lagi satu, benda ni memang beri pengaruh kat orang lain. Bayangkan, kita duduk di hadapan beranda rumah, kemudian ada budak bawak motor laju2 ke arah kita dan berhenti depan rumah kita siap willy2 lagi.

    Lepas tu dia tanya, "ada macam citer Rempit x?"

    See? Orang nak tiru jugak aksi tu walau macam mana pun. Ok, komen aku pun dah panjang sekarang.

    ReplyDelete