Bismillahirrahmanirrahim
Moga-moga penulisan kali ini akan memberi sedikit pencerahan..
Meskipun,selepas ini pandangan mata semuanya akan merubah pada saya,namun sebaik-baik pencerahan ini,setinggi-tingginya haknya untuk saya sendiri laksanakan terlebih dahulu..
Saya yang menulis maka ia adalah sebagai peringatan besar jua buat diri saya..
Tidak banyak ilmu yang tersemat di dada ini..sedaif-daif penulis yang cuba mengubah normalisasi yang berlaku..
Semoga bermanfaat buat para pembaca khususnya Batch IUMP 08/14..
Lusa kita akan menempuh peperiksaan microbiology,dan berikutnya,akan datangnya peperiksaan Community Medicine (commed)..
15 markah..
Peruntukan markah yang diberikan kepada setiap mahasiswa Tahun 3 untuk menyiapkan ruang-ruang kosong dalam buku latihan dan dihantar ketika hari peperiksaan Commed kelak..
Saya pernah cuba untuk timbulkan persoalan ini dari tahun-tahun yang lepas namun belum cukup gah untuk berdepan dengan pelbagai jawapan serta ketidakterimaan daripada banyak pihak..
Namun,rasanya sudah sampai masanya sekarang untuk mengubah kembali apa yang kita nampak sebagai normalisasi dalam kehidupan kita..
Persoalan yang ingin saya lontarkan :
“Apakah haknya sesorang itu menyalin bulat-bulat jawapan latihan daripada buku latihan rakannya dan kemudiannya hantar buku tersebut kemudiaannya memperoleh markah ke atas tindakannya itu..
Apakah hak seseorang itu atas markahnya..apakah ada keberkatan di atas kejayaan yang diperoleh?..Bagaimana pula dengan hukum..apakah sama seperti meniru di dalam peperiksaan?”
Inilah yang saya lontarkan kepada sahabat-sahabat yang saya kunjungi hari ini,pelbagai respon dan jawapan yang diterima..tidak kurang ada yang jadikan ia bahan gelak tawa..
“Bagi aku,tak salah pun..sama-sama membantu,sama-sama dapat markah”..
Membantu orang itu tidak salah..tapi cara untuk membantu orang itu sewajarnya dipersoalkan..
Kita ada seribu satu cara untuk membantu sahabat-sahabat kita..mengapa dengan memberi tiru menjadi jalan penyelesaiannya?
Kita biarkan sahabat kita meniru bulat-bulat dan tanpa usaha,dia berjaya menyiapkan tugasan yang diberi..
Sedar tak sedar,kita sudah pun menjerumuskan sahabat kita kepada jurang pemikiran bahawa “segalanya perlu disuap”(spoon feeding)..
Kita meletakkan sahabat kita malas untuk berusaha lebih-lebih lagi untuk subjek commed yang sememangnya semua sedia maklum bukanlah satu subjek kegemaran semua..
Tapi ia tidak meletakkan hak/kebenaran untuk kita tidak amanah dalam berusaha mendapatkan markah 15% itu..
Tujuan latihan itu diberi untuk disiapkan adalah untuk manfaat kita sendiri..
Dalam usaha kita cuba mencari jawapan untuk setiap ruangan kosong itu,secara tidak langsung kita mampu mengulangkaji secara kasar akan subjek-subjek kecil yang terdapat di dalam silibus commed..
Kalaulah benar kita ingin menolong sahabat kita,berikan dia guideline ataupun memberi tunjuk ajar akan apa yang tidak difahami..bukannya “memberi suap” buku kita kepadanya untuk ditelaah bulat-bulat jawapan yang telah pun kita usahakan untuk selesaikannya..
Buka ruang diskusi antara sahabat-sahabat..Saling bertanya bahagian yang tidak difahami..kemudiannya menyelesaikann antara satu sama lain..
“Aku salin ini untuk kefahaman aku juga,nak tengok cara penyelesaiannya”
Kalaulah benar untuk kefahaman diri,usaha pertama yang patut dilaksanakannya adalah dengan merujuk pada sahabatnya sendiri..
Bertanya bagaimana untuk selesaikan permasalahan yang diberi..bukannya directly “bertanya” pada buku sahabat tersebut..
Bilamana sahabat tidak mengerti untuk menerangkan,barulah dirujuk jawapan yang dicatit ketika mana waktu praktikal..dan kemudiaanya duduk berbincang dengan sahabat apa rasionalisasi disebalik pemilihan jawapan yang diberi..
Inilah yang dikatakan belajar secara efektif..
Namun,
Inilah normalisasi yang berlaku..kita harung menuduh orang sana-sini,hukum meniru dalam peperiksaan adalah berdosa tapi kita tidak ingin melihat akan persepsi kesilapan yang dilakukan oleh kita sendiri.
Hatta,yang kita mengetahui perkara itu salah,namun kerana ingin diri kita lulus di dalam perperiksaan ,kita langgar segalanya..
kita nampak ia sebagai normal sedangkan ia melibatkan persoalan kita dengan Allah s.w.t
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya..Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah,nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula”
(Az-zalzalah : 7- 8)
Ia melibatkan sifat amanah kita dalam usaha kita untuk berjaya..
"Wahai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasulnya, dan jangan mengkhianati amanah sesama kamu sedangkan kamu mengetahui"
(al-Anfal: 27)
Bagaimanakah diistilahkan berjaya itu dalam hidup kita jika kita tidak mampu memahami konteks amanah dan penerapan ia dalam kehidupan kita sebagai muslim..
Bagaimana ia boleh terlepas dari sudut pandangan mata kita hatta kita berani mengatakan tidak mengapa untuk melaksanakan sedemikian..
“Tak cukup masa”
“Kalau tak siapkan,profesor tolak markah”
“Professor cakap laju sangat,tak sempat nak salin jawapan”
Bercakaplah sebanyak mana alasan yang ingin diletakan..
Bagi saya,jawapannya mudah..HADIR & FOKUS ketikamana waktu praktikal
Tidak sempat salin..maka cuba fokus dahulu,kemudiaanya salin kembali ketikamanalepas waktu praktikal
Hampir kebanyakkan ruang kosong yang perlu diisi ada jawapannya melalui buku teori..Cuma ada beberapa soalan sahaja yang kita perlu berfikir untuk selesaikannya
Hanya yang tidak hadir waktu praktikal akan mendapati kesukaran untuk menjawabnya kerana ia perlu pemahaman dari kelas praktikal yagn dihadiri..
Maka,muhasabah kembali,apakah kerana kesilapan kita ini membenarkan kita untuk menyalin bulat-bulat jawapan sahabat kita?
Apakah jawapan-jawapan yang di atas ini,sungguh berani untuk kita simpan dan jawabkannya kembali di akhirat kelak?
Kecewa..bilamana saya melontarkan apakah jawapan ini akan kita berikan di akhirat kelak?..saya dijadikan bahan tawa..
Tidak sedikit pun gentar tercetus di hati mereka ini..hatta tidak merisaukan bagaimana bakal mereka menghadap Tuhan mereka nanti..
Jangan khabarkan kepada saya anda dilatih dengan tarbiyah yang mantap kalau dalam hati tidak sedikit gentar bagaimana kita berdepan dengan yaumul hisab (Hari Perhitungan) kelak..
Andalah perosak keindahan agama itu sendiri..Andalah yang memalukan Islam itu sendiri..
Rasullah S.A.W menangis ketikamana mendengar balasan azab yang bakal timpa umatnya yang ingkar..
Saidina Umar al-Khatab r.a pengsan tikamana didengarkan bacaan Al-Quran bercerita tentang kekuasaan Allah s.w.t serta balasan-balasan atas kemurkaan-Nya..
Inikan diri kita,umat akhir zaman..Kita ketawa bilamana diminta untuk bermuhasabah jawapan-jawapan kita..
Kalaulah dicabut nyawa tikamana helaian ketawa kita itu,alangkah hilangnya peluang untuk kita membetulkan diri..nyawa disentap dalam kesombongan diri..Nauzubillahumin zaalik..
Sahabat,
Tangan yang menulis bukanlah untuk menghina cara..
Tapi hati ini sedih melihatkan pelbagai normalisasi yang berlaku di kalangan kita..
Perkara yang salah dianggap betul..Kita pejam sebelah mata bilamana kita kehabisan daya untuk bermujahadah dalam bidang ini..
Samalah bilamana kita “ambil” slide praktikal physiology tanpa kebenaran professor..sedangkan profsessor sudah berikan kata putus bahawa ia tidak boleh diambil kerana akan ada soalan keluar dari slide tersebut..
Namun,kita laksanakan,kita sebarkan pada rakan yang lain..dan kita menjawab dengan gembira bagi praktikal physiology tanpa segelumit rasa bersalah atas tindakan kita..
Ya..kita berjaya mendapat markah yang tinggi..tapi tidak sedar,sebesar keberkatan kita hilang tikamana kita buat pilihan jalan untuk melakukannya..
Sahabat,
Kejayaan kita bukanlah sekadar berpandukan pointer kita..
Tapi kejayaan itu terletak pada usaha kita,bagaimana kita realisasikan setiap mujahadah kita sebagai satu ibadah kita kepada Allah s.w.t..
Mengapa kita perlu cemarkan titik peluh mujahadah itu dengan sikap sambil lewa kita..
Mungkin sekarang anda berjaya..dilimpahi kekayaan hasil daripada kejayaan kita yang lepas..hidup mewah..
Namun Allah s.w.t Maha Adil,kemewahan itu tidak akan disertai dengan keberkatan dariNya..
Hidup akan porak-peranda meskipun nilai wang berganda-ganda..Inilah balasan dunia yag Allah janjikan bagi mereka yang murka..Nauzubillahumin zaalik..
Sahabat,
Samalah bermuhasabah di mana silapnya..
Penulisan ditulis adalah untuk melihat sahabat-sahabat sendiri sama-sama berjaya..
Sama-sama berusaha,sama-sama meniti duri dalam mengenal erti kehidupan..
Kita adalah pemuda-pemuda harapan..Pemuda yang perlu dilatih pengislahan dalam diri khususnya tikamana kita sedang menerusi arus kemajuan dunia masa kini..
Sebesar kemajuan yang dikecapi,sebesar itu jualah gelombang kemaksiatan yang perlu diharungi..
Ramai antara kita yang tenggelam dalam normalisasi..Akidah kita dipertaruhkan,agama kita sebagai bahan mainan..Islam itu hanya tertera pada nama..
Sultan Muhammed Fatih dalam usia 21 tahun,sudahpun berjaya menawan kota Constatinople..
Kita di usia 21 tahun ini,belum mampu menawan hawa nafsu kita..
Apakah akan nampak arusnya jika pemuda-pemuda ini masih lelah dalam memperjuangkan agamanya?
Baru sahaja di medan ilmu..banyak dalam diri kita belum mampu berdiri teguh di atasnya..mujahadah ke hadrat Ilahi..
Belum lagi menjejaki medan para shuhada,kita sudah pun tersungkur menenggelamkan diri..
Dimanakah Islam itu sendiri,kalau kita tidak mampu berdiri?..
Bangunlah dari kesusutan dan kelemahan diri itu..