Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..syukur lillah atas nikmat keselamatan yang dikurniakanNya..
Akhirnya,pelan evakuasi untuk pelajar Malaysia di bumi Mesir telah bermula..
Insya-Allah,pelajar di Iskandariah akan bermula evakuasi ke Jeddah bermula 5hb ini..
Tidak banyak yang ingin dicatit semenjak line internet berfungsi kembali..
Line internet disekat menyebabkan banyak berita yang saya ketinggalan..hanya mendengar dari buah mulut tuan rumah sendiri menceritakan perkembangan yang berlaku..
Terkurung di dalam rumah semenjak 5 hari lepas dengan pelbagai bunyi di luar rumah pada hari pertama dan kedua memang membuahkan suasana yang cukup merisaukan..
Hampir kesemua balai polis dibakar bagi meluahkan rasa tidak puas hati rakyat atas pimpinan Husni Mubarak..malahan simpanan senjata polis juga turut dicuri oleh sesetengah pihak..
Memang saya tidak fokus untuk mengulangkaji subjek peperiksaan esoknya,(Community Medicine) mendengarkan khabar-khabar berita perkembangan demonstrasi di Mesir..
Alhamdulillah,nasib baik masih lagi mampu menjawab keesokkan harinya..Subjek terakhir,Human Rights pula ditangguhkan ke semester hadapannya setelah keadaan kembali stabil..
Kesemua bangunan dikunci rapi dgn pintu besi mengelakkan kemasukan perompak-perompak yang berleluasa semenjak hari demonstrasi bermula..
Inilah kali pertama terpaksa keluar rumah dengan berbekal senjata di dalam poket..merisaukan keadaan diri kalau terjebak dengan mana-mana keadaan pergaduhan ataupun demonstrasi..
Namun,apa yang dialami di Iskandariah tidak sama sepertimana apa yang berlaku di Kaherah..
Siang dan malam berdemonstrasi dan yang terbaru muncul pergaduhan antara dua belah pihak..
“anti-Mubarak dan pro-Mubarak”..
Baru sahaja malam tadi,laporan berita meletakkan 7 orang terkorban dalam insiden tembak-menembak dan pergaduhan antara dua belah pihak ini..
Sahabat-sahabat di Kaherah menghadapi suasana yang lebih teruk daripada kami di sini..Moga mereka tabah dan selamat berada di bawah lindunganNya…
Beberapa kali mak ayah menanyakan khabar diri di sini..risau..
Sungguh mana sekalipun dalam hati saya ingin pulang dan menemui mereka..dan ayah sendiri pun beberapa kali cakap mampu belikan tiket perjalanan pulang ke Malaysia dari Mesir..
Namun,masih tidak kesampaian untuk meninggalkan sahabat-sahabat yang masih lagi menetap di sini..
Biarlah kami bersama untuk mengharunginya..
Kesatuan dan kebersamaan…Hikmah dari suasana darurat yang berlaku..
Malah,ada di antara mereka yang bertungkus-lumus sepanjang masa bagi melancarkan program evakuasi pelajar-pelajar di sini..
Jazzakumullahu khairan kathiran atas usaha sahabat sekalian..
Memang hak bagi mereka (rakyat Mesir) untuk kembali bangkit setelah 30 tahun berada di bawah pemerintahan rejim Husni Mubarak..
Golongan yang menyokong disuapkan dengan pelbagai kemewahan..manakala yang miskin dibiarkan keciciran menanggung keperitan hidup sepanjang pemerintahan Husni..
Tidak banyak yang saya tahu mengenai perkembangan mereka sepanjang 30 tahun ini..
Namun..
Doa kami adalah untuk mereka yang berjuang menuntut hak mereka..
Moga pimpinan yang terbaik lahir dari perjuangan mereka..
Moga melalui kebangkitan ini,Mesir lahir kembali menjadi salah satu kuasa besar Arab,kembali memimpin negara-negara Arab suatu ketika dahulu..
Biarlah bergetar kembali di hati mereka-mereka yang ingin melihatkan kejatuhan negara-negara Islam..
Akhir kalam..
Sama-sama doakan kami di sini..moga proses evakuasi dapat berjalan dengan lancar..
Sama-sama bertawakkal kepadaNya..amin~