Wednesday, February 24, 2010

yang bergelar insan....



Manusia (al-insan) itu bersifat pelupa..

senantiasa alpa dgn bisikan dunia..
Indahnya dunia melitupi segenap hati pancaindera..

saya copy & paste,
Sedikit sbg tazkirah & muhasabah kpd kita yg bergelar manusia:
di kala kita terleka mengejar dunia~


Makanan Ahli Neraka

ZAQQUM

Firman Allah swt:

إِنَّ شَجَرَةَ الزَّقُّومِ طَعَامُ الْأَثِيمِ كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ كَغَلْيِ الْحَمِيمِ

Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)

Firman Allah swt:

أَذَلِكَ خَيْرٌ نُّزُلاً أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِّلظَّالِمِينَ إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ

(Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.?Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. (62 – 66 : as-Saffat)

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini:

اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

“bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”

Rasulullah saw bersabda:

لَوْ أَنَّ قَطْرَةَ الزَّقُّوْمِ قَطَرَتْ فِي دَارِ الدُّنْيَا لَأَفْسَدَتْ عَلَى أَهْلِ الدُّنْيَا مَعَايِشِهِمْ فَكَيْفَ بِمَنْ يَكُوْنُ طَعَامهُ؟


“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?”

Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.

Imam Ibnu Kathir berkata:

“Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

GISLIN

Firman Allah swt:

فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ هَاهُنَا حَمِيمٌ وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِين لَا يَأْكُلُهُ إِلَّا الْخَاطِؤُونَ

Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah)

Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:

1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

DARIE’

Firman Allah swt:

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ

Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)

Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir)

2. Batu (pendapat Said bin Jubair)

3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil)

4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)

Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:

“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda:

“ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

إِنَّ لَدَيْنَا أَنكَالاً وَجَحِيماً وَطَعَاماً ذَا غُصَّةٍ وَعَذَاباً أَلِيماً

Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)

Ibnu Abbas berkata:

“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.”

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda:

يلقي أهل النار الجوع فيعدل ما هم فيه من العذاب فيستغيثون فيغاثون من ضريع لا يسمن ولا يغني من جوع فيستغيثون بالطعام فيغاثون بطعام ذي غصة قيذكرون أنهم كانوا يجيزون الغصص في الدنيا بالشراب فيستغيثون بالشراب فيدفع إليهم الحميم بكلاليب من حديد فإذا دنت من وجوههم شوت وجوههم فإذا دخلت بطونهم قطعت ما في بطونهم

“ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.

Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.

OLEH ITU KITA MESTI BERWASPADA DARI MELAKUKAN MAKSIAT DAN HENDAKLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH MELAKUKAN TAAT. JANGANLAH KITA BERPUAS HATI DENGAN APA YANG KITA AMALKAN. AMALAN ITU MUDAH ITU DILAKUKAN TETAPI MEMASTIKANNYA DITERIMA SANGAT SUKAR.

SAYA HARAP AYAT2 QURAN DAN HADIS INI DIBACA DAN DIRENUNG SELALU SEHINGGA TIMBUL PERASAAN TAKUT DAN MENANGIS. iNI SEMUA UNTUK MENAMBAHKAN IMAN DAN MENJAUHKAN MAKSIAT.


RUJUKAN: Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.

drpd : http://akhisalman.blogspot.com/2010/02/makanan-ahli-neraka.html

______________________________________________

Ya Allah..
Betapa indahnya dunia ciptaanMu..
Betapa segarnya udara yang dihirupku..

namun...
Indahnya itu sebesar-besar azabMu...

Cukup terkaku melihat ayat-ayat peringatanMu..
Terlutut sujud memohon kemaafanMu..
apakah ada jaminan bagiku..
terlepas dari segala azab seksaMu..

Jahilnya diriku menyingkap resah di hatiku..
Apakah ia cukup untuk melepaskan diri dari azabMu?..

daku masih bergembira..
bergelak-tawa dalam kehidupanku..
menapak di awangan..
tatkala 7 lapisan di bawahku..
menuntut akan kesalahan dosa-dosaku..

Itulah sifat al-insan dalam diriku..
sentiasa lupa dan alpa akan kehidupan kurniaanMu..

Apakah ia akan melepaskanku dari azabMu?

Kagum ku mendengar kisah hamba-hamba yang disayangiMu..
Bertapa mereka berpesan akan azabMu..
Jatuhnya titisan air mata mereka mengenangkan azabMu..
Sujud memohon maghfirah daripadaMu..

Sungguh jauh berbeza daripada naluri hatiku..
Kalaulah dapat ku kejar amalan hamba-hamba kesayangaMu..

Sakitnya tiada terasa melihat bertapa seksanya azabMu..
Menatap gelora dalam hatiku..
Menghitung balasan dosa yg bakal diterimaku..

Namun..
pada ketika..
aku masih terlalai daripada mengingatiMu..
Itulah indahnya dunia ciptaanMu..
Sehebat-hebat senjata musuhku melemahkan diriku..
Menghitung dan mengira..
apakah akan lepas diriku daripada azabMu?..

Ya Allah..
Yang Maha Pengasih..
Yang Maha Pengampun..

Daku memohon maghfirah daripadaMu..
Daku berlindung daripada kelalaianku..
Daku berlindung daripada titik-titik gelap di hatiku..

Tiada yang daku harapkan..
hanya pada belas Ihsan daripadaMu..
Mencari titik keredhaanMu akan diriku~


__________________________________________
Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Font size
Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.

هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".

Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤتي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.

daripada : http://akhisalman.blogspot.com/2010/01/ketika-manusia-berlutut-di-depan-neraka.html

Thursday, February 11, 2010

Ilmu & Peperiksaan..



"Tension..!"


"Tension..!"

"Tension..!"..

Beginilah suasane tika mana tibanya musim peperiksaan..bila ckp shj exam,kita menggeleng kepale..tepuk dahi..tak kurang juga,ade yg ckp "ala...asyik2 exam.."..

Itulah lumrahnya..kehidupan tidak pernah senang bila menjelmanya musim peperiksaan..langkah tertangguh..plg susah,time nie r kita kne bukak buku yg sudah lama 'diwakafkan'..

Bila mananya ruang waktu diberi utk melakukan ulangkaji..ayat2 di atas ini yg akan selalu berkumandang..


Bukanlah diriku seorg yg sempurna utk memperkatakannya..tetapi aggplah ia sbg suatu perkongsian drpd seorg sahabat yg sama2 di dalam bidang perubatan..




"Menuntut ILMU memerlukan KEINGINAN"


Pernah tak kita merasa susah tika mana mengulangkaji..duduk 10 minit..mengadap buku.."tup!"..terus tutup buku..angin dah mule naik kat kepala..tension sgt melihat perkataan2 di dlm buku..

ya,itulah yg berlaku di dlm jurang2 waktu yg diberikan utk ulangkaji sblm exam..

Susahnya diri kita utk menerimanya adlh kerana kurangnya keinginan kita terhadap apa yg kita baca..
Susahnya diri kita utk ada keinginan dlm diri kita adlh kerana larinya niat kita dlm usaha kita menuntut ilmu..

Sejauh manakah kita memandang buku2 medic & stp perkataan yg tertulis di dlm buku itu?..Kenalkah kita akn ilmu yg sdg kita tuntut?..


Jikalau kita memandang ILMU itu sekadar BUKU..
maka ia akan kekal di dalam buku..tidak akan membantu kita tika mana menjawab soalan peperiksaan nnt..hilang dan pergi dlm tikamana kita menutup buku itu...

Jikalau kita memandang ILMU itu sbg EXAM..
maka jadilah ia sbg jwpn kpd peperiksaan itu..tapi kekal hnya utk sementara..hilang hanyut apabila masa beredar dlm kehidupan kita..

Jikalau kita memandang ILMU itu sbg ILMU..
maka itulah cahaya..berkat yg akan menolong kita sepanjang kehidupan kita..kekal dlm ingatan..
memberi manfaat pd si penuntut dan jua kpd mereka yg mendapatkan manfaat drpd si penuntut ini..
Ia tidak pernah berkurangan..sebaliknya ia bertambah dan bertambah hasilnya drpd perkongsian ilmu kita..

Maka dari situlah kita menilai..sejauh mana KEINGINAN kita..sejauh mana kita meletakkan NIAT tika mana tibanya peperiksaan ini..dan dari situlah tarbiyah buat hati kita utk mendapatkan manfaat drpd stp ujian Yang Maha Esa..




"Memaksa diri utk membaca bukanlah suatu jalan penyelesaian utk score dlm exam"


Membaca memerlukan KEIKHLASAN..perasaan yg kita sukakan akn apa yg kita baca itu..semakin bnyk kita baca,semakin dahaganya kita utk melengkapkan kekurangan ilmu dlm hati kita..


Jagalah LISAN kita tikamana berhadapan dgn ilmu..
Usahlah kita mengeluarkan kata2 yg menghina ILMU itu sendiri..


Jgn lupa bahawa susahnya kita dlm menuntut ilmu itu..
malaikat di sebelah kanan kita terus menerus mencatit akan stp titik peluh kita dlm berusaha akannya..
Usahlah kita calarkan stp titisan peluh itu dgn lisan2 kita yg menghina ILMU itu sendiri..


Apabila mengeluarkan katakata yang menghina..
pada tika itulah syaitan2 akan bertepuk tangan,bergembira akan keluhan si penuntutnya..
maka tika itulah,segenap pelusuk hati kita senang ditembusi dgn bisikan syaitan & hawa nafsu kita..dan tika itulah kita jatuh tersungkur drpd JIHAD kita dlm menuntut ilmu..


nau'zubillahu min zaalik..



Yang terakhir,

Pengejaran kita dlm utk mendapatkan result terbaik bukanlah suatu yg salah..malah ia adlh sbg suatu motivasi utk menjadi seorg yg berjaya..

tetapi..
sedarlah jua bahawa apa yg kita kejarkan itu adlh terletak pd kehendak Yang Maha Esa..Allah s.w.t mngetahui apa yg terbaik utk hambaNya..maka,usahlah kita mengeluh akan ketentuanNya yg ditetapkanNya..

sebaliknya..
di dalam peperiksaan itu..

Bukanlah result yg gempak utk kita cari...tetapi adlh KEMANISAN drpd result itu itu sendiri utk kita capaikan..

Itulah yg lebih baik utk mengertikan result TERBAIK..sbb dlm kemanisan result itulah terletaknya usaha & keyakinan kita terhadap amalan kita dlm menuntut ilmu..



Akhir kalam drpdku..


buat sahabat2 yg sedang menempuh musim peperiksaan ini..

SEMOGA BERJAYA buat semua..
Ambillah masa ini juga utk mempertingkatkan amal ibadah kita terhadap Allah s.w.t..
Dan itulah yg akan membentuk erti kesusahan & ujian Allah S.W.T terhadap diri kita..
wallhua'alam..

Bitaufiq Wannajah wa Rabbuna Yusahillukum~


Monday, February 8, 2010

Ketenangan


Esok final exam..
pharmacology..

Entah kenape..
dlm kesibukan diri menyelak buku..

suatu perasaan dtg menerpa diriku..
tenang dan seketika..

menyingkap kembali suatu kehidupan yang lalu..
utk seketika..
aku termenung..

dan akhirnya ia berlalu..
dgn suatu ketenangan..

ya..ketenangan..
memberi satu makna & pengajaran tika saat itu..



Melepaskan..dan..Memaafkan



itulah yg terlintas melalui hatiku..


ketenangan yg mendtg..
tiada dpt diungkapkan.

jikalau dibenarkan utk melalui perasaan itu sekali lagi..
aku akan memilih akannya..


hnya diri ini yg lemah..
siapalah kita untuk mengadili stp sesuatu yg berlaku..


Hanya padaMu,Ya Allah..
aku serahkan segalanya..