Tuesday, May 19, 2009

35 Petua Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
(a) kita ingat 10 % apayang dibaca
(b) kita ingat 20% apa yang didengar
(c) kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
(d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
(e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
(a). pastikan cahaya adalah terang
(b) kurangkan gangguan bunyi
(c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
(d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
(e) kerusi dan meja menghadap kiblat
(f) jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
(a)memasukkan maklumat dalam memori (registration)
(b) menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
(c)mengingat kembali (recall)
(d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
(a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
(b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
(c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
(d)untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
(a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
(b) memberikan tumpuan sepanuhnya
(c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
(d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum, selepas bangun, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji

(a)cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
(b) siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
(c) duduk tegak dikerusi yang selesa
(d) baca doa penerang hati
(e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
(f)fikir dan ingat kembali isi utama
(g)catat/lakar
(h) semak semula ketepatan maklumat
(i)ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
(j) buat rumusan
(k) jawab soalan
(l) tampal maklumat yang rumit di dinding
(m) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
(a) jangan makan kepala ikan
(b) jangan makan organ dalaman
(c) jangan minum semasa makan
(d) jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
(e) jangan melihat kemaluan
(f) jangan melihat buih
(g) jangan membaca nama pada batu nisan
(h) banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
(i) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
(j) banyakkan makan kekacang
(k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
(l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
(m) jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
(a) tampal nota-nota penting di dinding
(b) tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
(c) gunakan kaedah akronim
(d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
(e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
(a) mempunyai jadual belajar
(b) patuh kepada jadual
(c) buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
(a) taat kepada Allah
(b)mendirikan sembahyang
(c)menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
(d)hormati & sayangi guru
(e) bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
(f) suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
(g)membantu rakan yang memerlukan
(h)berdoa dan bersyukur kepada Allah
(i) sentiasa bertawakal
(j) mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Sunday, May 17, 2009

:::Pilihan:::

Stp org ade pilihan utk dibuat..
Pilihan yg akn tentukan jalan yg kita tuju..
Tp Persoalannya...
apakah pilihan kita..pilihan yg tepat?

Life as Medic..
Dgr je medic..mmg gempak..
mmg best bile dgr mmber puji kita dpt amik medic..
dpt study oversea..dpt pengalaman..
tapi..hakikatnya..adakah itu sbb mengape kita pilih jalan nie?

Kita gembira bile kita sbg pelajar medic..
kebanggaan mak ayah..
kebanggaan sekolah...
kitalah jaguh..
kita rase kita dah pilih jalan yg betul..
kita kata kitalah doktor masa depan nanti..

Tp sebalik tabir hidupan sbg pelajar medic..
bukanlah mudah..
kdg2 kita merungut..
kita mengeluh..
dan tak kurang..
kita menyesal memilih jalan nie..
itulah realiti..itulah dugaan perasaan yg kita perlu hadapi..

apabila rungutan..keluhan melanda diri...
kita letakkan diri kita di tgh jalan kehidupan..
berhenti..mengatakan aku perlu berehat..
tidak sedar yg langkahnya harusnya diteruskan..
rehat sesaat..menjadi sejam..
rehat sejam menjadi sehari..
rehat sehari menjadi sebulan..
maka..terhentilah langkah kita tika itu..
sesal mula mendtg..
m'persoalkan pilihan kita..
adakah ini yg kita mahukan?
adakah ini yg kita idamkan?
aduhai..itulah keluhan yg akan kita ucapkan..

Kpd sahabat2,
Pilihan adlah hak kita..
mungkin ada yg memilih kerana ibu bapa..
ada yg memilih kerana ingin masa depan yg kaya..
ada yg memilih kerana inginkan nama..
semua itu adalah pilihan..
dan sesungguhnya pilihan yg terbaik..
adalah utk mendapat keredhaanNya..

dan kita sudahpun berada di tgh jalannya..
mengape kita perlu berhenti?
mengape kita perlu mengeluh?
langkah yg dipilih..
wajar dijuruskan..
wajar diteruskan..
itu tanggungjawab atas pilihan yg kita pilih..
Kdg2 diri nie
selalu mempersoalkan kemampuan kita..
selalu meragui kita..

tapi ingatlah..
kejayaan tidak akan dtg tanpa kesusahan..
biarlah susah kita lalui..
kerana dugaan yg akan mematangkan diri..
Kesabaran menjadi pengganti..
keredhaan bakal dikecapi..

kpd sahabat2..
tangan menulis..
bkn kerana keinginan diri..
tp sbg kata2..
sbg nasihat..
kpd shbat..dan kpd diri ini..
diri ini adlah spt shbt sekalian..
kdg2 mengeluh..
kdg2 merungut..
tp jgnlah kita hentikan langkah kita..
bnyak lagi liku2 bakal mendtg..
bnyk lagi kesusahan mendtg..
biasakanlah diri kita dgn semua ini..
susah senang..
berjaya gagal..
semua adalah takdir Ilahi..
sbg hamba..teruskanlah langkah kita..
dlm dugaan..
sntiasa yakin ada beribu peluang mendtg..
capailah peluang itu..
tawakkal menjadi pengiring..

satu hari..
kita akn kenangkan..
yg susah itulah..
adalah manisan kehidupan..


-khas sempena mengenang jasa guru-
-yg sentiasa ingatkan kita akan erti usaha-




Saturday, May 9, 2009

:::First Step:::

Huu~~
Akhirnya..ade r gak satu blog utk diri nie..
da lame nk wat..tp agk kesibukan smpai tertangguh bnyk kali..
klu x,tulis blog kt myspace je r..

Hmm..
buat permulaan..skang nie pn,xtau nk tulis ape lg..
tp hrp2 hasil penulisan yg akn dtg..
adlh utk peringatan&kenangan diri..juga utk bacaan semua..
waallahua'alam..