Sunday, September 19, 2010

[2nd year] - Panggilan Pulang


*post ini adalah post sementara..bakal di-delete kelak

Assalamualaikum w.b.t

Awwalan..saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat sahabat sekalian..Maaf dipohon jikalau ada salah dan silap dari pihak saya..

Seterusnya,baharu pagi tadi saya selesai berbincang dengan Dr.Huda Khalifah (coordinator 3rd year) bagi melihat sendiri perancangan jadual yang dilaksankan bagi semester kita yang berikutnya..

Beberapa perkara yang perlu diambil kira buat sahabat sekalian :

1) Tiada perubahan akan tarikh bermulanya kuliah..kita akan mulakan kuliah pada 2/10/2010..Insya-Allah dimulakan dengan PBL


2) Berikut saya senaraikan tarikh mid-term exam yang bakal kita tempuhi apabila bermulanya kuliah:

(a) 16/10/2010 – Mid-term Community Medicine

(b) 23/10/2010 – Mid term Integrated (Subjek belum ditetapkan)

(c) 30/10/2010 – Mid term Integrated (microbiology & Parasitology sahaja)

Justeru memandangkan saya mendapat respon ada sahabat yang ingin melewatkan tarikh untuk kembali ke Mesir,saya MENGINGATKAN & menyeru sahabat untuk mempertimbangkan hasrat tersebut kecuali bagi mereka yang sebenar-benarnya mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan..

Terutama buat Community Medicine,kita hanya mempunyai 6 lectures sahaja sebelum bermulanya mid-term exam..

Seawal 3/10/2010 lecture buat Community Medicine akan bermula..

Andai mungkin ada antara sahabat yang memandang ringan kan subjek ini,ingin saya BERPESAN buat sahabat bahwa Tahun 3 adalah Tahu terakhir kita sebelum memasuki tahun clinical..

Usahlah gara-gara sikap kita yang mengambil ringan akan usaha kita dalam menuntut ilmu,maka ditakdirkan kita untuk mengulangi subjek peperiksaan tersebut..

(berdoa mohon dijauhkan & dimasukkan kita dalam golongan yang berjaya)..

Sahabat sedia maklum untuk memasuki tahun clinical adalah TIDAK DIBENARKAN sesekali untuk ‘carry’ mana-mana subjek ke tahun clinical..

Justeru,elakkan niat meringan-ringankan pembelajaran pada semester yang akan datang ini..

Berusahalah sebaiknya..setiap kejayaan yang ingin dicapai memerlukan kepayahan & pengorbanan..mudah-mudahan sama-sama kita berjaya melalui tahun yang akan datang ini dan lulus untuk memasuki tahun clinical bersama..



PENANGGUHAN SEBARANG TARIKH EXAM

Beberapa perkara perlu saya jelaskan akan hal ini..

Ingin saya berterus-terang pada sahabat sekalian,sepanjang mana saya di bangku SR,kerapkali saya menerima pelbagai alasan untuk menangguhkan exam ke tarikh yang lain..

Bukan ingin menolak cadangan sahabat namun terlalu acap kali kita sering menganjurkan untuk menangguhkan tarikh exam..

Sepertimana pernah saya nyatakan dahulu..saya sendiri malu untuk berjumpa doktor &professor,berdepan dengan mereka sehingga menyusahkan mereka untuk melaksanakan hasrat kita..

Justeru,mulai semester hadapan,saya berharap sangat sahabat sekalian dapat bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan yang menduga..

Tidak perlu ditangguh-tangguh..langkah yang lebih baik adalah untuk bersedia atas apa jua rintangan yang datang menimpa..


Ambillah ia sebagai jihad kita di medan ilmu..sebagaimana bagi mereka yang pergi berperang di medan jihad,yang senantiasa bersedia dengan serangan musuh yang datang tanpa mengira masa..

Begitulah jua dengan kita,kita bersedia dengan apa yang sepatutnya..kelas kuliah&praktikal menjadi senjata persiapan kita sebelum bertemu harinya..itulah jihad kita sebagai penuntut ilmu..


Malahan,ambillah ikitibar akan semester lepas..bagaimana acapkali kita menangguhkan tarikh peperiksaan maka kesan jangka panjangnya,kita terpaksa menghadapi kuliah selama 4 jam berderetan..

Pilihlah yang sebaiknya..kami di pihak SR mengharapkan keputusan yang sebijaknya dari sahabat sekalian..

Sebagai tambahan,saya mendapat jaminan dari Dr.Huda bahawa kita tidak akan menghadapi kuliah selama 4 jam melainkan jikalau terdapat cuti umum dalam minggu tersebut..maka kuliah akan dilaksanakan selama 4 jam sebagai kuliah ganti cuti umum..

Yang terakhir,mungkin ada yang menyatakan kami di sini tidak memahami keadaan sahabat-sahabat di sana..pelbagai masalah yang perlu dihadapi untuk kembali ke Mesir..

Bukan niat kami untuk menyusahkan sahabat sekalian..namun itulah yang terbaik yang dapat kami hadirkan...sahabat sedia maklum akan bagaimana sistem pelaksanaan pembelajaran di sini..sedikit sebanyak menguji kesabaran & ketabahan kita dalam menuntut ilmu..

Daripada merungut meruntaikan permasalahan diri,apa salahnya kita berusaha untuk berdepan dengannya..cuba untuk mencapai penyelesaian sebaiknya..

jadikan kesusahan sebagai berkat untuk mencapai kejayaan..belajar untuk berkorban akan apa yang ada..dan belajar untuk bersyukur akan kemudahan yang diperolehi..Insya-Allah,akan lebih berkat ilmu yang diperolehi..



Maka,muhasabahlah diri masing-masing..kita sama-sama sudah matang untuk membuat keputusan sebaiknya..

seorang penuntut ilmu mengerti apa yang LEBIH UTAMA buat dirinya..cukuplah cuti panjang yang diberikan selama ini..wallahua'lam..

Maaf sebarang kekurangan dari diri saya..

Jzkk~


Tuesday, August 17, 2010

Tears


Berderai jua jernihan air mata ini..

Menitis membasahi bumi..

Melihatkan tangisan sang nurani..



Duhai hati,

Tangisilah sepuas bagimu..

Leraikanlah kesedihan di sebalik dirimu..

Tiada perlu disembunyikan lagi..


Biar cebis titisan itu..

Terpacaknya sebuah tiang kekuatan diri..

Membina dirimu kembali..


Kembali menempuh baki perjalanan hidup ini..

Dalam mencari keredhaan Ilahi..



Bersabar & tabahlah duhai hatiku..

Itulah yang terbaik buat dirimu..



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”

(al-Baqarah : 286)



Friday, August 13, 2010

Muhasabah Diri

بسم الله الرحمن الرحيم



Untuk melawan pengaruh nafsu amarah atas hati orang mukmin adalah dengan menyiasat(muhasabah) dan tidak memperturutkan kemahuannya,sebagaimana disebut dalam sebuah hadis Rasullah S.A.W yang bermaksud :

“Orang yang pandai ialah orang yang mahu menyiasat nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati.Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (dengan angan-angan kosong)”

(H.R : Imam Ahmad)


Rasullah S.A.W juga bersabda :

“Hisablah dirimu sebelum dihisab dan timbanglah amal perbuatanmu sebelum ditimbang (di hadapan Allah).Sebab lebih ringan bagimu,jika kamu mahu menghisab diri pada hari ini daripada menunggu nanti diperhitungkan pada hari penghisaban dan penimbangan iaitu pada hari pertemuan besar antara para makhluk dengan Tuhan mereka”

(H.R :Imam Ahmad dari Umar bin Khathab r.a)


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

“Pada hari itu kamu semua dinampakkan(kepada Tuhanmu) tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi-Nya)”

(surah al-Haaqqah :18)


Imam Hasan al-Basri berkata :

“setiap mukmin adalah pemimpin bagi dirinya,ia menghisab nafsunya kerana Allah.Penghisaban pada hari kiamat itu hanya diringankan bagi golongan yang mahu menghisab nafsunya di dunia dan penghisaban kelak akan berat bagi mereka yang melakukan perbuatan tanpa penghisaban(perhitungan) sendiri”


Bagi orang mukmin,apabila ia mendapati sesuatu yang ia senang dan takjub padanya,maka ia katakan,
“Demi Allah,aku senang terhadapmu dan aku sangat memerlukanmu tetapi Allah tidak memberi jalan bagiku untuk memilikimu,memang teramat jauh jarak antara kita”

Namun bila ia lalai dan melakukan sesuatu yang tidak terpuji,maka ia segera menilai dan berkata,

“Sungguh aku tidak menginginkan ini!..Mengapa aku melakukan ini?Demi Allah aku tidak akan mengulanginya lagi.”


Orang mukmin adalah orang yang mahu mengikuti petunjuk al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai tali kendali dari semua perbuatan yang menimbulkan kesan negatif bagi dirinya.

Kedudukan orang mukmin di tengah-tengah penduduk bumi ini bagaikan tawanan,yang selalu berusaha untuk bebas dari ikatan yang membelenggunya.

Ia belum merasa aman sedetik pun sebelum ia menghadap Allah s.w.t.Sebab ia sedar bahawa dirinya diminta pertanggungjawabkan atas pendengaran, penglihatan, lisan dan seluruh anggota tubuhnya. Semua itu akan dibebankan atas bahunya.

- (Ibnu khatsir –Bidayah Wan-Nihayah,jilid IX,halaman 272)

- (Abu Nuaim – Hilyau Auliyaa’,jilid II ,halaman 157)


Malik bin Dinar berkata :

“Semoga Allah merahmati hamba-hambaNya yang mahu menegur dirinya sendiri dan berkata, “Bukankah kamu melakukan ini? Bukankah kamu yang melakukan itu?” Kemudian ia mencelanya, berusaha menguasai dan mengalahkannya lalu menwajibkan agar mengikuti Kitabullah.Maka jadilah ia pembiming bagi nafsunya”



Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab bagi orang mukmin yang kuat imannya kepada Allah s.w.t dan hari Akhirat agar tidak alpa terhadap perhitungan nafsunya dan mempersempit peluang ke arahnya.

Setiap helaan nafas dalam kehidupan adalah butiran-butiran mutiara,yang setiap butirnya mampu menebus satu istana idaman yang kenikmatannya kekal abadi.

Membiarkan nafas-nafas itu hilang atau menggunakan di jalan yang sesat,adalah kerugian besar.Hanya orang yang tidak berakal sahaja yang membiarkan mutiara-mutiara itu hilang begitu sahaja.Kerugian besar ini akan dirasakan kelak di hari dinampakkannya segala kesalahan dan penyelewengan manusia.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala amal kebajikannya di hadapannya,begitu juga kejahatan yang pernah dikerjakannya,ia ingin sekiranya antara dirinya dan hari itu ada masa yang jauh”

(Surah Ali imran : 30)

Ada dua cara untuk mengadakan muhasabah diri atau membuatperhitungan kepada nafsu,iaitu sebelum dan sesudah melakukannya.


1.Berfikir sejenak sebelum melakukan

Hendaklah seseorang berhenti sejenak untuk berfikir ketika pertama kali ia bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan.Dan jangan tergesa-gesa mengambil keputusan sebelum jelas baginya bahawa keputusan itu menimbulkan kesan negatif.

Imam Hasan al-Basri berkata ;

“Semoga Allah merahmati hamba-Nya yang mahu berfikir sejenak ketika ia mahu melakukan perbuatan, jika memang perbuatan itu kerana Allah,maka teruskan dan jika kerana selain-Nya,maka batalkan”


Ada sebahagian ulama salaf yang meneliti masalah ini dan berkata :
“Apabila hati tergerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan,maka ia berhenti dahulu dan berfikir,apakah ia memiliki kemampuan untuk melakukannya atau tidak.Jika tidak bersedia untuk melaksanakannya, maka diputuskan untuk mengundurkan diri sahaja.

Andaikata ia yakin dan sanggup,maka dipertimbangkannya lagi,apakah melakukannya lebih baik daripada meninggalkannya atau sebaliknya? Jika cenderung pada alternatif kedua (meninggalkannya lebih baik),maka selesailah permasalahannya kerana tiada niat untuk melakukannya.

Namun,bila cenderung pada alternatif pertama,maka dipertimbangkannya lagi,motif apakah yang mendorong melakukannya itu,apakah kerana Allah dan mengharapkan pahala-Nya atau kerana jawatan, populariti dan kekayaan? Jika keputusan yang diambil justeru membawanya meraih nikmat duniawi,maka dengan lapang dada ia mundur diri darinya”


Keputusan ini diambil supaya tidak membudayakan jiwa berbuat syirik yang pada akhirnya jiwa menjadi ringan untuk berbuat seperti itu.Oleh sebab ituia merasa berat untuk melakukan hal yang sia-sia semata-mata kerana Allah s.w.t.

Sebaliknya bila ia cenderung pada pilihan pertama,maka ia pun berfikir,apakah sudah mempunyai kawan(pengikut) yang akan membantu dan menolongnya atau tidak,seandainya pekerjaan itu tidak mungkin diatasinya sendiri.

Andaikata tidak mempunyai pengikut,maka ditundaya pekerjaaan itu sebagaimna Rasullah S.A.W pernah menunda untuk memerangi kota Mekah sampai baginda memiliki kekuatan dan pengikut yang cukup.

Jika ternyata ia mendapat simpati dan memiliki bekal yang cukup,maka segeralah ia merealisasikan harapannya,sebab ia akan memperoleh kemenangan dengan izin Allah s.w.t.


2.Menilai diri setelah beramal

Pertama :

Menilai nafsu dalam ketaatan yang dilakukannya tetapi ia kurang dalam memenuhi hak Allah dalam perbuatan itu.Sehingga dalam pelaksanaannya tidak berjalan sebagaimana semestinya.

Adapun hak Allah dalam suatu perkara ketaatan itu ada 6 perkara :

a) Ikhlas melaksanakan

b) Mengharapkan kebaikan kerana Allah

c) Mengikuti ajran Rasullah s.a.w

d) Menampakkan sisi ehsan dalam beramal

e) Mengakui kurniaan Allah atasnya

f) Kemudian mengakui kekurangannya dalam melakukan perbuatan itu

Maka,dihisablah dirinya sendiri dari enam kriteria tersebut.


Kedua :

Menghisab diri atas setiap perbuatan yang apabila ditinggalkan lebih utama daripada dikerjakan


Ketiga :

Menghisab diri atas sesuatu perbuatanyang boleh (mubah) hukumnya,sebab ia relah melakukannya. Apakah ia melakukannya kerana Allah dan kehidupan akhirat supaya beruntung, atau demi mengejar kebahgiaan dunia yang bersifat semnetara ini,sehinggakan ia menyesal di hari kemudian?

Mensia-siakan nafsu tanpa kawalan (muhasabah) dan tidak mengambil berat permasalahannya akan membawa seseorang pada kerosakan yang nyata.

Hal sedemikian sudah menjadi budaya pada diri oeang yang suka dan tertipu oleh nafsu dan dunianya.

Ia menutup kedua matanya dari kenyataan akibat perbuatannya,dengan mengandaikan bahawa Allah akan mengampuninya..Sehingga meremehkannafsu dari sesuatu yang diperbuatnya tanpa pertimbangan yang bijaksana.

Apabila seseorang yang berbuat demikian,maka akan ringan baginya untuk melakukan dosa dan menganggapkannya sebagai perkara biasa.Jika kenyataanny sudah seperti itu,maka ia akan merasa sukar untuk melepaskan diri dari perbuatan dosa.

Seseorang hendak bermuhasabah dengan nafsu,maka pertama haruslah bertanya apakah sudah memenuhi kewajipannya sebagai hamba Allah s.w.t.

Jika merasa masih belum secara keseluruhan melaksanakannya,maka sepatutnya ia memperbaikinya kembali.Kemudian bermuhasabah dalam soal larangan Allah s.w.t.

Andaikata sudah terlanjur melakukan dosa,maka segeralah mengikutinya dengan taubat, memohon keampunan-Nya dan melakukan kebajikan bagi menghapuskan dosa tersebut.

Selain itu,juga melakukan muhasabah dengan nafsu atas kelalaiannya.Andaikata ia khilaf dan lupa akan hakikat hidup di dunia ini,maka segeralah berzikir dan menghadapkan hati ke hadrat Allah s.w.t.

Kemudian bermuhasabah atas nafsunya terhadap apa yang diucapkan lisan atau kemana kaki melangkah atau apa kedua tangannya atau apa yang didengar kedua telingannya.

Ia sentiasa bertanya :

- Apa yang aku harapkan dalam melakukan perbuatan ini?

- Mengapa aku melakukannya?

- Untuk siapa aku melakukannya?

- Atas dasar apa aku melakukan hal ini?

Ia sedar sepenuhnya bahawa selalu timbul pertanyaan dalm benak hatinya setiap kali untuk memulakan sesuatu pekerjaan :

- Kamu melakukan itu semua kerana siapa?

- Bagaimana kamu melakukannya?

Kalimat pertama merupakan pertanyaan yang berkaitan masalah keikhlasan dan yang kedua pertanyaan tentang metaa’bah(Yakni apakah ia melakukannya sesuai dengan syariat Rasullah s.a.w atau tidak)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka..”

(surah al-Ahzab :8)

Apabila mereka yang berbuat kebenaran sahaja akan ditanya tentang kebenaran mereka dan dihisab atas kebenarannya..

Maka bagaimanakah dengan orang yang berdusta?

Dipetik dari :

- Dr.Ahmad Faried

- “Penawar & Penyucian Jiwa”(halaman 86 -92)

- Terjemahan judul asal Tazkiyatun Nufuus Wa Tarbiyatuha Kama Yaqarriruhu Ulama’ us Salaf (oleh Ahmad Muhammad)

Sama-samalah ambil masa untuk bermuhasabah diri sepanjang madrasah Ramadhan ini~